Wawasanex

Call Contact the organization

Wawasanex Wawasanex is a new policy startup think tank with a fresh take on public policy — focused on tech, competitiveness, and making life better.

We have yet to launch our website, it will go live soon.

Siapa yang menggerakkan pengedaran rokok seludup di peringkat bawah? Tinjauan kami mendapati 68.8% pembeli mengenal past...
09/06/2026

Siapa yang menggerakkan pengedaran rokok seludup di peringkat bawah?

Tinjauan kami mendapati 68.8% pembeli mengenal pasti pekerja asing sebagai penjual utama di kaunter kedai runcit.

Keadaan ini menunjukkan hubung kait antara rantaian bekalan, tenaga kerja tidak formal, dan kelonggaran regulasi. Apabila sindiket menggunakan pekerja asing di barisan hadapan, penguatkuasaan tidak boleh hanya fokus kepada produk. Kita perlu menyemak semula tadbir urus tenaga kerja dalam sektor peruncitan secara menyeluruh.

Data mendedahkan rokok seludup dijual terbuka di atas rak yang sama dengan barang runcit harian. Sebanyak 83.8% pembeli ...
07/06/2026

Data mendedahkan rokok seludup dijual terbuka di atas rak yang sama dengan barang runcit harian. Sebanyak 83.8% pembeli mendapat bekalan dari kedai runcit biasa, manakala 12.5% lagi di kedai Aceh, satu aktiviti komersial yang terang-terangan, bukan lagi di lorong gelap.

Pakar polisi di Consumer Choice Center menyatakan lambakan bekalan terbuka ini menjejaskan keberkesanan undang-undang kesihatan seperti Akta 852.

Larangan daripada pihak atasan akan gagal selagi rantaian bekalan seludup ini terus bertapak dalam sektor peruncitan harian.

Sumber: https://www.businesstoday.com.my/2026/05/21/illicit-cigarette-trade-costs-malaysia-rm11-5-billion-annually-says-ccc/

Faktor ekonomi menjadi punca utama jutaan rakyat Malaysia memilih rokok seludup. Hasil tinjauan mendapati 91% membeli ke...
06/06/2026

Faktor ekonomi menjadi punca utama jutaan rakyat Malaysia memilih rokok seludup. Hasil tinjauan mendapati 91% membeli kerana harga murah dan 75% p**a membeli kerana mudah didapati.

Regulasi ketat meletakkan harga rokok sah pada RM20 ke atas, jauh berbeza dengan rokok seludup yang dijual sekitar RM4 hingga RM8. Penetapan harga lantai yang tinggi dan peralihan regulasi yang drastik hanya menolak pengguna ke pasaran seludup.

Polisi yang tidak berpijak kepada realiti kos sara hidup akan sentiasa kalah kepada ekonomi bayangan.

Sumber: https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2026/04/30/the-rm4-cigarette-how-to-spot-illicit-smokes-why-malaysians-keep-buying-them-and-what-theyre-actually-inhaling/ .tab=0

3 juta perokok di Malaysia memilih rokok seludup. Tinjauan kami mendapati 63.8% perokok membeli rokok seludup ini dalam ...
05/06/2026

3 juta perokok di Malaysia memilih rokok seludup. Tinjauan kami mendapati 63.8% perokok membeli rokok seludup ini dalam tempoh 12 bulan lalu.

Malah, data Dialog Khas PDRM (Mei 2026) mendedahkan barangan seludup kini menguasai hampir separuh pasaran tempatan. Jelas, tindakan penguatkuasaan biasa tidak lagi berkesan.

Isu ini bukan sekadar masalah kawalan sempadan, tetapi trend pasaran utama yang berpunca daripada kelonggaran polisi sedia ada.

Sumber: https://to***coreporter.com/2026/05/13/malaysias-illicit-cigarette-market-at-critical-stage/

Hampir dua pertiga rakyat Malaysia didapati membeli rokok seludup dalam tempoh setahun yang lalu. Ini bermakna, dianggar...
04/06/2026

Hampir dua pertiga rakyat Malaysia didapati membeli rokok seludup dalam tempoh setahun yang lalu. Ini bermakna, dianggarkan tiga juta pembeli terlibat dalam pasaran gelap yang begitu terbuka dan terancang ini.

Data terbaharu daripada Tinjauan Persepsi Wawasanex membuktikan bahawa selagi akses membeli kekal mudah, undang-undang sedia ada sukar untuk menyekat aktiviti ini daripada terus beroperasi secara terbuka.

Rakyat mahukan tindakan yang lebih tegas dan penguatkuasaan yang lebih jelas di premis-premis runcit harian.

Baca artikel penuh di sini: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2026/05/1563847/688-peratus-rokok-seludup-dijual-warga-asing-tinjauan-wawasanex

Seorang warga Indonesia telah ditangkap di Selayang Baru minggu lalu dengan 389 karton rokok seludup di lokasi yang dipe...
23/05/2026

Seorang warga Indonesia telah ditangkap di Selayang Baru minggu lalu dengan 389 karton rokok seludup di lokasi yang dipercayai telah dijadikan pusat pengedaran tempatan.

Kes ini bukanlah kes yang terpencil.

Oleh itu, Wawasanex telah menjalankan tinjauan nasional mengenai siapa yang menjual rokok haram, di mana rakyat Malaysia membelinya, dan apakah langkah seterusnya yang patut dilakukan.

Hasil eksklusif akan diumumkan minggu depan. Ikuti laman media sosial untuk info lanjut.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/779793/berita/semasa/premis-disyaki-simpan-rokok-seludup-diserbu

Illicit ci******es account for 54.4% of all ci******es consumed in Malaysia in 2025*, making Malaysia one of the largest...
09/05/2026

Illicit ci******es account for 54.4% of all ci******es consumed in Malaysia in 2025*, making Malaysia one of the largest illicit to***co markets in the world.
Every ringgit spent on an illegal pack is revenue that never reaches public funds. It sustains black market networks that operate openly across the country.

Wawasanex is conducting an independent poll to understand how Malaysians view the illicit cigarette trade, what that they know, who they hold responsible, and what they think should be done about it.

Takes 3 minutes. Completely anonymous. No personal data collected.
*Source: [https://to***coreporter.com/2026/02/27/malaysian-illicit-cigarette-rate-still-above-54/]

Take the poll: [https://tinyurl.com/TinjauanRokokSeludup]

An independent poll by Wawasanex Research.

Sebanyak 54.4% rokok dalam pasaran Malaysia bagi tahun 2025* terdiri daripada rokok haram. Statistik ini meletakkan Mala...
09/05/2026

Sebanyak 54.4% rokok dalam pasaran Malaysia bagi tahun 2025* terdiri daripada rokok haram. Statistik ini meletakkan Malaysia sebagai antara pasaran tembakau haram terbesar di dunia.

Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk sekotak rokok haram adalah hasil yang sepatutnya disalurkan kepada tabung awam. Sebaliknya, ia memperkukuh rangkaian pasaran gelap yang beroperasi secara terang-terangan di seluruh negara.

Wawasanex sedang menjalankan satu tinjauan bebas untuk memahami pandangan rakyat Malaysia mengenai isu perdagangan rokok haram ini, tahap pengetahuaan umum, siapa yang harus dipertanggungjawabkan, serta langkah yang patut diambil bagi menanganinya.

Hanya 3 minit. Identiti anda dirahsiakan sepenuhnya. Tiada maklumat peribadi akan diambil.

*Sumber: [https://to***coreporter.com/2026/02/27/malaysian-illicit-cigarette-rate-still-above-54/]

Sertai Tinjauan : [https://tinyurl.com/TinjauanRokokSeludup]

Tinjauan bebas oleh Wawasanex Research.

🔒 Notis Privasi/Privacy Notice Privasi anda adalah penting bagi kami. Semua maklum balas yang dikumpulkan melalui tinjauan ini adalah sulit sepenuhnya dan akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pelaporan sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan, dijual, atau dikongsi dengan mana...

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60136848313

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wawasanex posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wawasanex:

Shortcuts

Sponsored

Share