HEWI PKPIM

Website Contact the organization

HEWI PKPIM Sekretariat Hal Ehwal Siswi (HEWI) telah dibentuk pada sesi 1968/1969. (Mayzatul Akmam Kamaruddin, 1991)

Dengan adanya sekretariat ini, ianya dapat membantu PKPIM merangka program yang lebih sesuai dan bermakna untuk dimainkan oleh golongan wanita terutamanya dalam menangani persoalan semasa dalam bentuk penyelesaian Islam.

Selamat Hari Wanita Antarabangsa | 8 MacWanita merupakan tonggak penting dalam pembangunan masyarakat dan pengukuhan neg...
08/03/2026

Selamat Hari Wanita Antarabangsa | 8 Mac

Wanita merupakan tonggak penting dalam pembangunan masyarakat dan pengukuhan negara. Dalam konteks pembangunan ummah, mahasiswi sebagai kelompok wanita terdidik memainkan peranan besar sebagai agen perubahan yang memimpin dengan ilmu, iman dan akhlak.

Seiring dengan itu, HEWI PKPIM komited untuk terus memperkasa pembangunan wanita dan mahasiswi melalui pendekatan tarbiyah, kepimpinan serta penglibatan aktif dalam masyarakat.

Semoga sambutan ini terus menjadi pemangkin untuk memartabatkan wanita dan memperkukuh peranan mereka dalam membina masa depan ummah dan negara.**

*Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.*
HEWI Bitara, Perkasa dan Berdaya




KANGAR, 28 Februari 2026— Seramai hampir 80 pelajar perempuan telah menyertai Program Daya Identiti Aspirasi (D.I.A) yan...
02/03/2026

KANGAR, 28 Februari 2026— Seramai hampir 80 pelajar perempuan telah menyertai Program Daya Identiti Aspirasi (D.I.A) yang berlangsung di Sekolah Agama Al-Islahiyyah (Menengah), baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh HEWI PKPIM Perlis itu bertujuan memperkukuh jati diri serta membina kefahaman tentang peranan muslimah dalam mendepani cabaran semasa. Perkongsian memberi penekanan terhadap konsep Muslimah Solehah, Aspirasi Ummah serta tanggungjawab wanita sebagai pembina generasi.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan sesi Usrah Hewi yang berlangsung di Masjid Alwi. Sesi tersebut memberi ruang kepada para peserta untuk bermuhasabah, memperkukuh ukhuwah serta mendalami pengisian rohani dalam suasana yang lebih santai dan berfokus.

Keseluruhan program dilihat berjaya mencapai objektif dalam menyemai kesedaran, membina identiti serta mengangkat peranan muslimah sebagai aset penting dalam pembangunan ummah. Diharapkan usaha berterusan seperti ini dapat melahirkan generasi wanita yang berilmu, berakhlak dan berjiwa besar dalam memimpin masa depan.

Hewi Bitara - Hewi Perkasa - Hewi Berdaya

🌷Selamat Menyambut Hari Hijab Sedunia 2026HEWI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh rasa syu...
01/02/2026

🌷Selamat Menyambut Hari Hijab Sedunia 2026

HEWI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh rasa syukur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Hijab Sedunia 2026.

Di sebalik hijab, terserlah kehormatan dan penjagaan maruah seorang wanita. Hijab bukan sekadar penampilan, bahkan lambang ketaatan, kesucian serta keteguhan jiwa dalam memelihara nilai diri.

Hijab adalah amanah yang menuntut keazaman dan keistiqamahan, agar terus dipelihara dalam setiap langkah kehidupan.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Islam tidak menafikan keindahan dan fesyen, namun nilai malu dan adab perlu terus diperkasakan sebagai asas kepada penampilan seorang wanita Muslimah.

Semoga hijab terus menjadi simbol kekuatan, keyakinan dan kemuliaan wanita dalam melangkah dengan penuh bermaruah.

Tulus daripada
Majlis Hewi Kebangsaan PKPIM 25/26

Kenyataan HEWI PKPIM MALAYSIAIsu Program Aerobik Bertemakan Back to School
23/01/2026

Kenyataan HEWI PKPIM MALAYSIA
Isu Program Aerobik Bertemakan Back to School

22/01/2026

HEWI PKPIM Malaysia menolak sekeras-kerasnya tindakan memperagakan pakaian sekolah, khususnya baju kurung dan tudung sahaja, dalam keadaan pemakaian tidak lengkap bagi tujuan aktiviti aerobik seperti yang tular baru-baru ini.

Perbuatan ini bercanggah dengan adab bersukan serta merendahkan martabat baju kurung yang melambangkan maruah, kehormatan dan kesopanan wanita.

Hijab dan pakaian sekolah bukan bahan hiburan demi viral. Nilai malu adalah asas akhlak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Jika kamu sudah tiada sifat malu, maka buatlah sahaja apa yang kamu mahu.” (Riwayat al-Bukhari)

HEWI PKPIM Malaysia menyokong usaha PDRM dan JAIS dalam menjalankan siasatan serta menyeru semua pihak agar lebih beradab dan bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan.


Address

Pusat Kegiatan Pelajar Islam Malaysia, , No. 8, Tingkat 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang
Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEWI PKPIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HEWI PKPIM:

Shortcuts

Sponsored

Share