19/04/2026
Majlis Hari Raya BRO 2026
Bumiputra Retailers Organization (BRO) dengan penuh rasa syukur telah berjaya menganjurkan Majlis Hari Raya BRO 2026 pada 17 April 2026 yang berlangsung dengan meriah di Serai @ The Curve, Damansara.
Majlis ini telah dipimpin oleh Presiden BRO, YBhg. Dato’ Syed Naqiz Shahabuddin, bersama tuan rumah, YBhg. Datuk Mohd Najib Abdul Hamid dari Serai Group. Turut menyerikan majlis ialah tetamu kehormat, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa.
Majlis ini menghimpunkan para usahawan, rakan strategik serta ahli-ahli BRO dalam suasana penuh kemesraan dan silaturahim sempena Aidilfitri. Selain menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dan memperluas jaringan perniagaan, ia juga membuka ruang kepada potensi kolaborasi strategik, perkongsian pandangan serta perbincangan cabaran yang dihadapi oleh para usahawan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penaja, rakan kolaborasi serta para tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis ini. Sokongan anda amat bermakna dalam menjayakan program ini dengan cemerlang.
Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. 🌙