15/10/2026
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI BAHAGIAN KEROHANIAN ISLAM ATM KE NIOSH
15 Oktober 2026
NIOSH hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Bahagian Kerohanian Islam, Angkatan Tentera Malaysia (BKI ATM) sempena Konvensyen Daโei Askari ATM 2026 yang diadakan di Ibu Pejabat NIOSH Bandar Baru Bangi.
Delegasi BKI ATM diketuai oleh Brigedier Jeneral Haji Mohd Hamzah Adam, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan BKI ATM bersama pegawai-pegawai pengiring Leftenan Kolonel Syamsul Arianas Daud serta Kapten Amsyar Abdullah.
Delegasi disambut oleh Mejar Haji Hanif Maidin (B), Setiausaha Eksekutif NIOSH, dan Encik Shahir Addenan, Pemangku Pengurus Besar Jabatan Latihan NIOSH.
NIOSH merakamkan penghargaan atas kunjungan ini dan berharap hubungan baik yang terjalin dapat membuka ruang kerjasama dalam memperkukuh budaya keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.
Kementerian Sumber Manusia
Malaysia MADANI