Gagasan Komuniti SPPZ
Bermulanya Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) merupakan inisiatif bersama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Lembaga Zakat Sela Umat Islam Perlu Menjadi Penyokong
Ini merupakan komuniti yang terdiri dari semua golongan masyarakat yang bersatu menyokong secara bersungguh-
sungguh kepada usahawan, pengusaha dan peniaga pembayar zakat. Budaya kepenggunaan Islam yang makin berkembang dan meresap dalam sanubari ummat Islam sebagai suatu perjuangan dan jihad ekonomi ummah dapat dizahirkan dengan sokongan kepada seluruh rantaian pembangunan ekonomi Muslim serta seluruh aktiviti dan muamalat umat Islam. Gerakkan Kuasa Ummah Bagi Melindungi Hak dan Maruah
Kita sangat yakin pembelian produk orang Islam akan meningkatkan kualiti perniagaan dan sekaligus mengukuhkan ekonomi Islam yang mana akhirnya dapat diterjemahkan melalui kemampuan membayar zakat oleh peniaga. Usaha menerusi Komuniti SPPZ ini dipercayai dapat memberi impak dalam meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang diniagakan. Maka ianya akan secara nyata akan diterjemahkan menerusi peningkatan jualan dan pendapatan pengusaha. PPIM turut merancang mengembangkan kempen ini ke seluruh Malaysia dengan kerjasama semua pusat pungutan zakat negeri. Kerjasama ini akan diperluaskan kepada seluruh institusi zakat di seluruh negara dan ke seluruh dunia. Gagasan SPPZ merupakan suatu penzahiran atas kejayaan umat Islam yang bersatu beramai-ramai ke arah menjayakan Agenda Ummah dengan menyokong Produk Muslim. Kesedaran ini membawa banyak kebaikan dan kelebihan kepada pengguna dan peniaga. Kesannya yang dapat dilihat antaranya adalah seperti berikut:
1. Harga barangan menjadi semakin rendah.
2. Produk Muslim semakin dikenal dan mendapat pasaran meluas.
3. Premis perniagaan Muslim mendapat peningkatan jualan yang mendadak. Dengan perubahan ini kami yakin akan berlaku kenaikan bilangan pembayar zakat dan peningkatan jumlah zakat yang akhirnya akan memberi banyak manafaat kepada umat Islam.. Siapa Yang Menjadi Keutamaan Sokongan? Produk dan Perkhidmatan Peniaga Pembayar Zakat. Produk dan Perkhidmatan Peniaga Yang Berazam Membayar Zakat. Produk dan Perkhidmatan Peniaga Pembayar Zakat Yang Sentiasa Berusaha Meningkatkan Kualiti. Produk dan Perkhidmatan Peniaga Pembayar Zakat Yang Sentiasa Berusaha Meningkatkan Kualiti Serta Melibatkan Diri Menyumbang kepada Pembangunan dan Siasah Ummah. (Hubungan Dengan Allah dan Manusia)
Tanggungjawab Pengusaha Islam
Apa itu GTZ? Gerakan Tunai Zakat (GTZ) adalah suatu simbol usaha dan gerakan golongan usahawan, pengusaha dan peniaga yang mengeluarkan zakat sebagai sesuatu yang wajib dan berharap dengan penuh yakin untuk mendapat keberkatan dan keredaan Allah Ta’ala dalam usaha yang dijalankan. Menjadi Penggerak dan Penyokong
Simbol Gerakan ini akan memudahkan seluruh Gagasan SPPZ mengenalpasti mereka dan menterjemahkan sokongan padu kepada para usahawan GTZ ini dengan menyokong, membeli, mengguna, memasar, mengedar dan memanfaatkan segala produk mereka dalam kehidupan setiap hari. Setiap ahli Wajib Bersikap Memberi Kebaikan dan kebajikan serta mendoakan kebaikan seluruh ummah. Kelebihan menjadi Ahli GTZ mengikut komitmen Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR)
1. Mendapat “endorsement“ dari Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat, PPIM dan Ummah sebagai syarikat yang perihatin dan berusaha mengekalkan kualiti bagi menyambut sokongan komuniti Islam.
2. Mendapat Sijil Perakuan sebagai bukti keahlian.
3. Mendapat Kad Keahlian GTZ SPPZ
4. Mendapat Waktu bersiaran dalam Radio BMF dan media-media dibawah sokongan SPPZ.
5. Berpeluang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Gerakan.
6. Sesi khas bersama Majlis Tertinggi.
7. Perkhidmatan Penasihat Undang-Undang.
8. Perkhidmatan Nasihat Penyelesaian Syarikat Pinjaman Wang.
9. Berpeluang menjadi Ahli Ekslusif “Movement of Justice, Peace and Humanity (JUSTICE).”
10. Iklan dalam Buletin PPIM.
11. Logo Khas untuk diletakkan sebagai Label Produk dan Perkhidmatan.