ENSANY MALAYSIA

ENSANY MALAYSIA Ensany adalah sebuah platform digital mengumpul dana antarabangsa di 72 negara bagi membantu mereka yang memerlukan.

Ensany is a digital platform that gathers international funds from 72 countries to support those in need.

Salam Ramadan Al-Mubarak.Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua...
18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak.
Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua. Semoga setiap amalan diterima dan dilipatgandakan ganjarannya.

12/02/2026

AGIHAN BANTUAN BANJIR – ACEH TAMIANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Aceh Tamiang telah berjaya dilaksanakan. Bantuan ini disalurkan bagi meringankan beban saudara-saudara kita yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda kawasan tersebut.

Antara bantuan yang telah diagihkan merangkumi keperluan asas dan rohani, termasuk kelambu, Al-Quran, sejadah, buku Yasin, buku Iqra’, tilam, beras, minyak masak, serta bekalan air dan makanan. Kesemua sumbangan ini diharap dapat membantu mangsa banjir meneruskan kehidupan harian mereka dalam keadaan yang lebih selesa dan terjaga.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang telah menginfakkan harta dengan penuh keikhlasan, serta para sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi ini. Jasa, tenaga dan pengorbanan kalian amat bermakna buat mereka yang diuji.

Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda, meluaskan rezeki, mempermudahkan segala urusan, serta menjadikan segala sumbangan ini sebagai amal jariah yang berterusan.

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, hari yang penuh keberkatan dan peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah...
23/01/2026

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, hari yang penuh keberkatan dan peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Dalam kesibukan dunia, Allah hadiahkan Jumaat sebagai ruang untuk kita berhenti sejenak, membersihkan hati dan memperbaharui niat.

Lebih istimewa, kita berada dalam bulan Syaaban bulan yang Nabi Muhammad ﷺ perbanyakkan ibadah sebagai persiapan menyambut Ramadan. Baginda ﷺ sangat menjaga amalan sunnah dalam bulan ini, kerana Syaaban adalah bulan diangkatnya amalan kepada Allah.

Maka, marilah kita hidupkan Sunnah Hari Jumaat dengan penuh kesungguhan:

1. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ

2. Membaca Surah Al-Kahfi

3. Menjaga solat berjemaah

4. Memperbanyakkan doa dan zikir, terutama pada waktu mustajab

5. Menyucikan diri dan memperelokkan akhlak

Jangan pandang kecil amalan sunnah, kerana amalan kecil yang konsisten lebih dicintai Allah. Mudah-mudahan Jumaat di bulan Syaaban ini menjadi titik perubahan, melembutkan hati kita dan mempersiapkan jiwa untuk Ramadan yang bakal tiba. Semoga Allah menerima setiap niat baik dan amalan kita.
🤍 Selamat Hari Jumaat, moga dipenuhi rahmat dan keberkatan.

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah malam yang penuh keajaiban dan keberkatan, salah satu peristiwa paling agung dalam sej...
16/01/2026

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah malam yang penuh keajaiban dan keberkatan, salah satu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam. Pada malam itu, Nabi Muhammad ﷺ diisrak dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, menaiki Buraq, makhluk yang diciptakan Allah untuk memudahkan perjalanan suci ini. Setibanya di Masjidil Aqsa, baginda memimpin solat para nabi sebelum dimikraj ke langit-langit tinggi, bertemu Allah SWT dan menyaksikan keagungan-Nya yang tiada terhingga.

Di puncak perjalanan ini, Nabi ﷺ menerima perintah solat untuk umat Islam. Pada awalnya, perintah itu adalah 50 waktu sehari semalam, tetapi atas rahmat Allah, jumlah itu dikurangkan menjadi 5 waktu sehari semalam. Inilah saat yang menegaskan betapa pentingnya solat sebagai Rukun Islam kedua, sebagai tiang utama yang menghubungkan hamba dengan Pencipta, membimbing kehidupan kita, dan menjadi sumber ketenangan serta kekuatan dalam menghadapi cabaran dunia.

26 Disember: Penyerahan wang telah dilaksanakan. Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada para penderma atas sokongan d...
29/12/2025

26 Disember: Penyerahan wang telah dilaksanakan. Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada para penderma atas sokongan dan keprihatinan semua. Hasil kutipan telah diserahkan kepada En. Mukhlis Yeap bin Abdullah, seorang bapa tunggal yang telah kehilangan isteri dan kini menanggung dua orang anak yang masih bersekolah. Jazākumullāhu khayran kathīran atas sumbangan semua

Lawatan kerja Ensany Global ke IKIM FM telah membuka ruang perbincangan mengenai pelbagai peluang kerjasama dan strategi...
22/12/2025

Lawatan kerja Ensany Global ke IKIM FM telah membuka ruang perbincangan mengenai pelbagai peluang kerjasama dan strategi bersama.

Pertemuan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan ukhuwah antara Ensany Global dan IKIM FM, seterusnya melahirkan kerjasama strategik yang mampu menjayakan pelbagai inisiatif dan aktiviti bermanfaat untuk masyarakat setempat.

Alhamdulillah, kutipan dana bagi Misi Bantuan Banjir Sumatera telah berjaya disalurkan bagi fasa pertama. Setinggi-tingg...
22/12/2025

Alhamdulillah, kutipan dana bagi Misi Bantuan Banjir Sumatera telah berjaya disalurkan bagi fasa pertama. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Gerakan Madinah Barakah yang telah menjadi wakil bagi menyampaikan bantuan kepada para mangsa banjir di Aek Garoga, Sumatera Utara.

Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada semua penderma serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan misi ini. Sokongan, kepercayaan dan keprihatinan anda amat bermakna buat saudara-saudara kita yang sedang diuji.

Insya-Allah, usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Bagi yang ingin turut bersama menyumbang dan meringankan beban mangsa banjir, sumbangan boleh disalurkan melalui:

🔗 Kempen dalam talian
https://ensany.com/campaign/7835

🏦 Akaun rasmi Ensany
Nama Akaun: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 8010 4266 27
Rujukan: Banjir Sumatera

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kebaikan dan diganjarkan sebaik-baiknya oleh Allah SWT. Jazakumullahu khairan.

Perjumpaan antara di Ensany Malaysia dan TNB .Pihak Ensany di sambut mesra oleh pasukan TNB yang diketuai oleh : Tuan Ir...
18/12/2025

Perjumpaan antara di Ensany Malaysia dan TNB .

Pihak Ensany di sambut mesra oleh pasukan TNB yang diketuai oleh : Tuan Ir. Ts. Mohd Azmer bin Md Zainol, Senior manager Corporate Responsibility.

Pelbagai peluang kerjasama telah dibincangkan, untuk sama-sama terus berbakti kepada masyarakat setempat.

Kebaikan & Keistimewaan Sayyidul Istighfar1. Doa istighfar paling utamaNabi ﷺ menyebut ini sebagai “penghulu segala isti...
12/12/2025

Kebaikan & Keistimewaan Sayyidul Istighfar

1. Doa istighfar paling utama
Nabi ﷺ menyebut ini sebagai “penghulu segala istighfar” — iaitu bentuk istighfar paling lengkap dan paling tinggi kedudukan.

2. Menghapuskan dosa
Sesiapa yang membacanya dengan penuh yakin kepada Allah, dosa-dosanya akan diampunkan.

3. Jaminan Syurga
Dalam hadis sahih, Nabi ﷺ bersabda:
“Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh yakin lalu meninggal pada hari itu sebelum malam, dia masuk syurga.
Sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh yakin lalu meninggal sebelum subuh, dia masuk syurga.”
(Riwayat Bukhari)

4. Membawa ketenangan hati
Mengaku kelemahan diri dan memuji Allah secara lengkap memberi rasa reda, tenang dan dekat kepada Allah.

5. Mendekatkan diri kepada Allah
Doa ini mengandungi pujian kepada Allah, pengakuan nikmat-Nya, pengakuan dosa kita, dan permohonan ampun—empat unsur terpenting untuk taubat sebenar.

6. Menjadi zikir harian yang melindungi
Amal yang kecil tetapi konsisten seperti ini menjadi pelindung dari kemurungan hati, rasa bersalah berlebihan, dan bisikan negatif.

250 anak asnaf perlukan kelengkapan sekolah. Jom bantu mereka untuk Kembali ke Sekolah dengan lebih semangat.Sumbang di ...
10/12/2025

250 anak asnaf perlukan kelengkapan sekolah.

Jom bantu mereka untuk Kembali ke Sekolah dengan lebih semangat.

Sumbang di sini:
https://ensany.com/campaign/7823?n=Bantuan-Awal-Persekolahan

Bagi yang ingin menyumbang, berikut adalah akaun rasmi:

Nama Akaun: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 8010426627
Rujukan: Sekolah

Semoga Allah membalas kebaikan anda. 🤲

Hari ini, Ensany Malaysia menerima kunjungan susulan daripada Syria Care.Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak berbincang...
10/12/2025

Hari ini, Ensany Malaysia menerima kunjungan susulan daripada Syria Care.

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak berbincang tentang pelbagai peluang kerjasama bagi memperkukuhkan usaha kebajikan dan bantuan kemanusiaan.

Syria Care juga telah sudi untuk berdaftar sebagai salah satu partner Ensany. Semoga kerjasama ini membuka lebih banyak ruang kebaikan untuk mereka yang memerlukan.

08.12.2025 — Satu pertemuan penuh inspirasi antara Ensany Global dan Bahagian Wakaf IKIM.Alhamdulillah, banyak peluang k...
08/12/2025

08.12.2025 — Satu pertemuan penuh inspirasi antara Ensany Global dan Bahagian Wakaf IKIM.
Alhamdulillah, banyak peluang kerjasama telah dibincangkan untuk memperluaskan lagi impak program kebajikan.
Semoga usaha ini terus dipermudahkan.

Address

Pusat Komersial, STARPAC POINT E-03-06, Jalan Taman Ibukota, Setapak
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+601111111084

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ENSANY MALAYSIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ENSANY MALAYSIA:

Featured

Share