Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Call Contact the organization

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar A charity honoring YAM Tengku Abdul Aziz ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar’s compassionate legacy, dedicated to uplifting and supporting those in need.

DAULAT TUANKUYayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan Selamat U...
17/09/2026

DAULAT TUANKU

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-31 kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 17 September 2026.

Sembah doa dipohon ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, keberkatan usia serta terus dilimpahi rahmat dan kebijaksanaan dalam menaungi rakyat dan Negeri Pahang Darul Makmur.

Sembah Takzim Daripada Kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah & Barisan Kepimpinan Tertinggi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA16 SEPTEMBER 2026Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, keberanian dan kecintaan kita ke...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
16 SEPTEMBER 2026

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, keberanian dan kecintaan kita kepada tanah air. Marilah kita terus berdiri teguh bersama, menghargai kepelbagaian dan menyemai harapan demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang, sejahtera dan berdaulat.

Daripada kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Barisan Kepimpinan Tertinggi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

BENGKEL KELAS SOLEKAN | MENYERLAHKAN KETERAMPILAN, MEMBINA KEYAKINANYayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA), t...
15/09/2026

BENGKEL KELAS SOLEKAN | MENYERLAHKAN KETERAMPILAN, MEMBINA KEYAKINAN

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA), terus memperkukuh agenda kebajikan dan pemerkasaan komuniti menerusi Bengkel Kelas Solekan — sebuah inisiatif yang mengangkat nilai keterampilan diri, keyakinan dan kebersamaan dalam masyarakat.

Program ini bukan sekadar mengenai penampilan, tetapi menjadi ruang untuk membina keyakinan diri, kemahiran dan semangat saling menyokong melalui pendekatan yang lebih kreatif, inklusif dan dekat dengan komuniti.

Kerjasama strategik YTAA, Muhibbah Alliance dan Trendztok ini, mencerminkan komitmen bersama dalam menjadikan inisiatif CSR lebih berimpak, relevan dan bermakna, di samping membuka ruang kepada masyarakat untuk berkembang dengan lebih yakin dan positif.

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) berbesar hati menerima kunjungan Yayasan Tropicana ke Ranaco Education...
07/09/2026

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) berbesar hati menerima kunjungan Yayasan Tropicana ke Ranaco Education & Training Institute (RANACO), Kolej Angkat YTAA di Kemaman, Terengganu.

Lawatan ini menjadi platform penting untuk memperkenalkan dengan lebih dekat ekosistem pendidikan dan latihan yang disediakan oleh pihak RANACO, di samping membuka ruang perbincangan serta penerokaan kerjasama strategik dalam pembangunan pendidikan, kemahiran dan masa depan golongan belia.

Menerusi lawatan tersebut, pihak RANACO dilihat mempunyai peranan penting dalam menyediakan latihan berasaskan industri, khususnya dalam bidang maritim dan kejuruteraan, manakala Yayasan Tropicana turut melihat potensi sinergi melalui inisiatif Youth Forward bagi membantu golongan belia mempersiapkan diri untuk melanjutkan pengajian atau memasuki alam pekerjaan.

YTAA percaya bahawa pendidikan dan kemahiran merupakan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan. Semoga pertemuan ini menjadi langkah bermakna ke arah membina lebih banyak peluang pendidikan dan kerjaya untuk generasi belia, khususnya kepada golongan yang memerlukan.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026 | 69 Tahun MerdekaEnam dekad lebih kita melangkah seb...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026 | 69 Tahun Merdeka

Enam dekad lebih kita melangkah sebagai sebuah bangsa yang merdeka — berbeza latar, namun bersatu di bawah satu nama, Malaysia.

Marilah kita terus menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama mengangkat nilai kemanusiaan demi membina masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang.

Merdeka bukan sekadar sebuah sejarah,
tetapi amanah untuk kita terus menjaga, membina dan memakmurkan tanah air tercinta.

Ikhlas Daripada Kami,
Ahli Lembaga Pemegang Amanah & Barisan Kepimpinan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar






Salam TakziahDengan penuh sembah takzim dan rasa dukacita, Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar merafakkan ucapan ...
27/08/2026

Salam Takziah

Dengan penuh sembah takzim dan rasa dukacita, Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar merafakkan ucapan takziah atas kemangkatan Almarhumah YAM Tengku Puteri Seri Kamala Tengku Dato’ Seri Setia Hajah Aishah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa serta menempatkan Almarhumah dalam kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

Sembah Takzim daripada

YM Tengku Hassanal Badyr Bin Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Abdul Aziz (Pengerusi YTAA) serta Barisan Kepimpinan Tertinggi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448HSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi telada...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan dalam akhlak, kepimpinan, kasih sayang dan perjuangan.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikan akhlak Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

🎙️ KENALI YTAA | CORPCAST EPISOD 4Apa peranan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) dan apakah sumbangan yan...
20/08/2026

🎙️ KENALI YTAA | CORPCAST EPISOD 4

Apa peranan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) dan apakah sumbangan yang kami usahakan untuk masyarakat?

Dalam CorpCast Episod 4, Ketua Pegawai Eksekutif YTAA, Tuan Khairiul Anuar bin Khahfi, berkongsi dengan lebih dekat mengenai YTAA, aspirasi kami serta usaha yang dilaksanakan dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

Lebih daripada sekadar sebuah yayasan, YTAA komited untuk menjadi sebahagian daripada usaha membina masa depan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

🎥 Jom kenali YTAA dengan lebih dekat. Saksikan CorpCast Episod 4 sekarang!

👉 https://youtu.be/hCjXR0es698

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Bersama Membina Masa Depan, Membantu Kehidupan.

Membina masa depan, membantu kehidupan. Dalam episod CORPCAST kali ...

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mul...
30/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448H.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, keberkatan serta terus memayungi Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh kebijaksanaan dan kedaulatan.

Ikhlas daripada kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Barisan Kepimpinan Tertinggi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA), selaku Agen Lantikan Sah Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wi...
15/07/2026

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA), selaku Agen Lantikan Sah Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), telah berjaya menganjurkan Program Taklimat dan Pendaftaran Potongan Zakat Melalui Potongan Gaji untuk warga kerja syarikat korporat bagi meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan potongan zakat melalui potongan gaji sebagai satu kaedah yang sistematik, mudah dan efisien dalam menunaikan kewajipan zakat pendapatan.

Program yang berlangsung hampir dua (2) jam ini telah disertai oleh 70 orang peserta, menampilkan sesi penerangan komprehensif yang disampaikan oleh pegawai-pegawai PPZ-MAIWP serta disusuli dengan sesi soal jawab interaktif. Turut diadakan ialah sesi pendaftaran potongan zakat melalui potongan gaji, yang membolehkan para peserta mendapatkan panduan secara langsung mengenai proses pendaftaran, kaedah pelaksanaan serta manfaat potongan zakat melalui potongan gaji mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.

Melalui inisiatif ini, YTAA terus komited memperkukuh kerjasama strategik bersama sektor korporat dalam memperluaskan budaya berzakat di tempat kerja, di samping menyokong usaha meningkatkan kesedaran, pematuhan dan pengurusan zakat yang lebih sistematik, telus dan mampan demi kesejahteraan ummah serta pembangunan sosioekonomi negara.

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60103698414

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar:

Shortcuts

Sponsored

Share