08/03/2026
PERUTUSAN HARI WANITA ANTARABANGSA
HAL EHWAL WANITA ABIM (HELWA)
HELWA ABIM mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026 kepada semua wanita seluruh dunia. Tema pada tahun ini βMemartabat Wanita, Memperkukuh Negaraβ jelas menonjolkan pemberdayaan wanita mempunyai impak yang signifikan terhadap pembangunan negara.
Justeru, agenda penghakupayaan wanita perlu terus dirancang dan disuburkan secara lebih strategik demi pembangunan negara yang sejahtera dan harmoni. Wanita bukan sahaja berperanan sebagai pemangkin pembangunan keluarga dan komuniti, malah turut menyumbang secara signifikan dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan kepimpinan. Akses kepada ruang dan peluang dalam membangunkan potensi dan kemahiran wanita mesti ditingkatkan demi mencapai impak yang optimum.
Bagi tujuan ini, HELWA ABIM komited untuk terus melaksanakan agenda pembangunan wanita melalui pendidikan, advokasi serta sokongan terhadap kesejahteraan mental, sosial dan ekonomi wanita. Apabila martabat wanita dipelihara dan potensi mereka diberi ruang serta peluang untuk berkembang, maka terbinanya sebuah negara yang lebih adil, berdaya tahan dan berdaya maju.
Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026!!
Bersama memartabat beliawanis Muslim yang sejahtera dan berjaya!!
8 Mac 2026
Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026
Daripada
Seluruh warga HELWA ABIM Pusat dan HELWA ABIM Negeri
Seluruh tenaga kerja Rumah Perlindungan Bayt al Rahmah
Seluruh Jawtankuasa Rahmah Support Team (RST)