Kelab Sumber Manusia Mindef Kesuma

Kelab Sumber Manusia Mindef Kesuma Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sumber Manusia Mindef Kesuma, Non-Governmental Organization (NGO), Kuala Lumpur.

Together We Do Better

Kelab Sumber Manusia Mindef (KESUMA MINDEF) merupakan platform komuniti yang memacu inisiatif kebajikan, pembangunan insan dan program tanggungjawab sosial melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi bersama rakan strategik.

Ucapan Penghargaan dan Terima KasihSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai ya...
16/07/2026

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang telah bertukar keluar dari Kementerian Pertahanan (MINDEF).

1.Miss Chee Yit Hua yang telah bertukar keluar ke Intan Bukit Kiara

2.Encik Syahrizal bin Zainul yang telah bertukar keluar ke Kementerian Kerja Raya

3.Encik Rizal Azwandy bin Hassan yang telah bertukar keluar ke Parlimen

Segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat amat dihargai dan menjadi kenangan serta inspirasi buat seluruh warga kerja. Kehadiran dan dedikasi tuan/puan telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh di MINDEF menjadi bekalan berharga dalam meneruskan amanah di tempat baharu. Didoakan agar tuan/puan terus mencapai kejayaan, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih atas segala jasa bakti dan selamat maju jaya di penempatan baharu.

Pada 11 Jun 2026, Festival Nasyid anjuran KAKEP telah berlangsung dengan penuh meriah di Foyer Wisma Kementerian Pertaha...
12/07/2026

Pada 11 Jun 2026, Festival Nasyid anjuran KAKEP telah berlangsung dengan penuh meriah di Foyer Wisma Kementerian Pertahanan, melibatkan penyertaan daripada 10 bahagian. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menghantar Kump**an Ar Razi sebagai wakil pertandingan dan berjaya mengharumkan nama bahagian apabila dinobatkan sebagai Naib Johan. Kump**an Ar Razi dianggotai oleh lima orang ahli yang terdiri daripada tiga (3) wakil Cawangan Khidmat Awam, seorang (1) wakil Cawangan Pembangunan Kompetensi, dan seorang (1) wakil Cawangan Tadbir. Kejayaan ini mencerminkan semangat kerjasama, komitmen serta bakat warga BPSM dalam memartabatkan seni nasyid di samping menyemarakkan nilai-nilai murni dan ukhuwah dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan.

02/05/2026

Kecil langkah kita, besar makna mereka 🌱

Kementerian Pertahanan Malaysia AffinMy Little Ones Eduworld Preschools - LOE Farm In The City 城の农场

Alam, Inklusiviti dan Pemerkasaan: Menyemai Kesedaran Neurodiversiti di Farm In The CityPada 30 April, Program AFFIN Dis...
02/05/2026

Alam, Inklusiviti dan Pemerkasaan: Menyemai Kesedaran Neurodiversiti di Farm In The City

Pada 30 April, Program AFFIN Discovery Day: Embracing Neurodiversity telah berjaya dilaksanakan hasil kolaborasi antara Affin Islamic Bank, KESUMA MINDEF dan Little Ones Eduworld (LOE), melibatkan seramai 40 orang kanak-kanak neurodivergen dari LOE sekitar Kuala Lumpur dan Selangor di Farm In The City, Seri Kembangan.

Program ini dirangka khas untuk memberi peluang kepada anak-anak istimewa ini menikmati pengalaman pembelajaran luar bilik darjah dalam suasana yang menyeronokkan, selamat dan penuh rangsangan. Melalui pelbagai aktiviti interaktif, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran sosial, malah turut mengasah deria serta membina keyakinan diri secara semula jadi.

Dalam masa yang sama, program ini turut membuka ruang kepada para sukarelawan untuk lebih memahami, mendekati dan menyantuni kanak-kanak neurodivergen dengan penuh empati dan keikhlasan. Setiap interaksi menjadi pengalaman bermakna yang menyemai nilai keprihatinan serta memperkukuh semangat kesukarelawanan.

Hasilnya, kanak-kanak dilihat lebih yakin, ceria dan responsif sepanjang program berlangsung. Para sukarelawan p**a p**ang dengan perspektif baharu — bahawa inklusiviti bukan sekadar konsep, tetapi sesuatu yang perlu dirasai dan diamalkan bersama.

Kerana setiap langkah kecil mampu mencipta impak besar — kepada mereka, dan juga kepada kita semua 💙

🎨✨ Penuh Warna, Penuh MaknaSemalam memang hari yang cukup indah.Gelak tawa, warna-warni lukisan, dan momen kecil yang ba...
26/04/2026

🎨✨ Penuh Warna, Penuh Makna

Semalam memang hari yang cukup indah.
Gelak tawa, warna-warni lukisan, dan momen kecil yang bagi kesan besar. 💛❤️🩷💚💙💜

KESUMA MINDEF melalui Kelab CKA berpeluang meluangkan masa dengan anak-anak di NASOM Titiwangsa melalui sesi Art Jamming—dan jujurnya, kami yang belajar lebih banyak daripada mereka.

Setiap contengan ada cerita, setiap senyuman ada makna.
Simple moments, but truly meaningful.

Sebagai tanda sokongan, kami juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000—harapnya sedikit sebanyak dapat menceriakan lagi mereka.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

p/s: boleh tengok gambar sampai habis - setiap foto ada cerita

Creating impact through creativity 🎨This Saturday, 25 April 2026, KESUMA MINDEF, in collaboration with CKA Club, will be...
22/04/2026

Creating impact through creativity 🎨

This Saturday, 25 April 2026, KESUMA MINDEF, in collaboration with CKA Club, will be engaging with the children of NASOM Titiwangsa through an Art Jamming programme — designed to nurture self-expression, build confidence, and spark joy.

Because sometimes, the simplest colours can create the biggest smiles.😊

Looking forward to this Saturday and the opportunity to share meaningful, joyful moments together!🎉

KESUMA MINDEF telah mengadakan lawatan ke NASOM Titiwangsa sebagai langkah awal dalam meneroka inisiatif pelaksanaan akt...
09/04/2026

KESUMA MINDEF telah mengadakan lawatan ke NASOM Titiwangsa sebagai langkah awal dalam meneroka inisiatif pelaksanaan aktiviti bersama kanak-kanak autisme.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan sosial organisasi melalui pendekatan yang lebih inklusif, berimpak dan menyentuh komuniti secara langsung. Diharapkan kolaborasi ini dapat memberi nilai tambah dari aspek pembangunan emosi, kreativiti serta kesejahteraan kanak-kanak autisme. 💙

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Manonmaney, Koordinator NASOM Titiwangsa, atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pandangan dalam menjayakan inisiatif ini.

Semoga langkah ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program bermakna pada masa akan datang. 🤝









Setiap individu dengan autisme adalah unik dan mempunyai kelebihan tersendiri. Marilah kita sama-sama memupuk sikap prih...
02/04/2026

Setiap individu dengan autisme adalah unik dan mempunyai kelebihan tersendiri. Marilah kita sama-sama memupuk sikap prihatin, empati dan penerimaan dalam masyarakat.

Bersama kita wujudkan persekitaran yang lebih memahami dan inklusif untuk semua.

Address

Kuala Lumpur
50634

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sumber Manusia Mindef Kesuma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share