SALWA Wilayah Persekutuan

  • Home
  • SALWA Wilayah Persekutuan

SALWA Wilayah Persekutuan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SALWA Wilayah Persekutuan, Non-Governmental Organization (NGO), .

Objektif utama SALWA WP adalah memperkasa wanita dan keluarga melalui peningkatan ilmu, kecerdasan, dan daya fikir dalam memahami Islam serta menangani isu semasa, dengan menggalakkan dakwah progresif.

USRAH SALWA WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 6/2026Alhamdulillah, Program Usrah SALWA Wilayah Persekutuan Bil. 6/2026 telah berj...
17/08/2026

USRAH SALWA WILAYAH PERSEKUTUAN
BIL. 6/2026

Alhamdulillah, Program Usrah SALWA Wilayah Persekutuan Bil. 6/2026 telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad, 16 Ogos 2026 bertempat di kediaman Ustazah Adilah di Kampung Jenderam Hilir.

Sesi pengisian ilmu dimulakan dengan Himpunan Hadis 40 – Hadis ke-27: Beza antara Pahala dan Dosa yang telah disampaikan oleh Dr Marsufah Jalil.

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi Kupasan Buku Talbis Iblis, Bab 1: Perintah Mengikuti As-Sunnah Wal-Jamaah, yang disampaikan oleh Puan Jamilah Hussin.

Program usrah pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran jiran tetangga tuan rumah serta saudara-saudara mualaf daripada Islamic Outreach ABIM dari Masjid Negara.
Penyertaan mereka telah menambah nilai ukhuwah, kemesraan serta memperluaskan jaringan silaturahim dalam kalangan peserta.

SALWA Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustazah Adilah sekeluarga atas kesudian menjadi tuan rumah serta menyediakan jamuan makan tengah hari kepada para peserta. Semoga segala jasa baik dan kemurahan hati tersebut dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda serta keberkatan yang berpanjangan oleh Allah SWT.

Diharapkan agar program usrah ini terus menjadi wadah dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan, memperkukuh keimanan, mempererat ukhuwah serta memperbaiki amalan dalam kalangan peserta, insya-Allah.

“Dan hendaklah kamu saling tolong-menolong dalam kebajikan dan ketakwaan.”
( Surah al-Ma’idah: 2)


14/08/2026

[Hidup Antara Syukur dan Sabar]

Hidup kita ini adalah antara syukur dan sabar.

Allah SWT berfirman:

﴿وَاشكُروا لي وَلا تَكفُرونِ ۝ يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا استَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصّابِرينَ﴾
[البقرة: ١٥٢-١٥٣]

“Dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

Ibn Kathir rahimahullah berkata:

«لما فرغ تعالى من بيان الأمر بالشكر، شرع في بيان الصبر، والإرشاد إلى الاستعانة بالصبر والصلاة؛ فإن العبد إما أن يكون: في نعمة فيشكر عليها، أو في نقمة فيصبر عليها».

"Setelah Allah SWT selesai menjelaskan perintah untuk bersyukur, Dia kemudian menjelaskan tentang sabar serta memberi petunjuk agar memohon pertolongan dengan kesabaran dan solat.

Hal ini kerana seorang hamba sentiasa berada dalam salah satu daripada dua keadaan: sama ada dia berada dalam nikmat, lalu dia bersyukur atasnya; atau dia berada dalam kesusahan, lalu dia bersabar menghadapinya."

Rujukan : Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim

Moga bermanfaat.

Jemput sebarkan.

14/08/2026

BAHAYA PENAFSIRAN AL-QURAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan sebagai petunjuk kepada seluruh manusia, merentasi zaman dan tempat, yang menjadi panduan lengkap dalam seluruh aspek kehidupan seharian bagi membimbing manusia ke arah kehidupan yang diredai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya: “bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...”.

[Surah Al-Baqarah, 185]

Dalam memahami dan menafsirkan al-Quran, Imam Ibn Kathir mengingatkan kita bahawa kaedah yang terbaik adalah dengan merujuk sendiri kepada tafsiran Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri. Namun sekiranya tiada tafsiran daripada Al-Quran mahupun Al-Sunnah, rujukan terbaik dalam tafsir adalah berdasarkan kepada tafsiran golongan Salaf, bermula dengan tafsiran para Sahabat, tabiin dan seterusnya para tabi’ tabiin kemudiannya yang merupakan golongan yang hampir dengan zaman penurunan Al-Qur’an.

Justeru dalam penafsiran Al-Quran, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan pandangan sendiri tanpa disiplin ilmu yang betul. Walaupun tafsiran tersebut betul sekalipun, seseorang yang menafsirkan Al-Quran tanpa disiplin ilmu yang betul tetap dianggap sebagai melakukan kesalahan kerana dia hanya bersangka-sangka dalam memahami kalam Allah SWT. Syeikh Manna’ Al-Qattān menjelaskan hal ini seperti berikut:

فهذه الآثار وما شاكلها عن أئمة السلف محمولة على تحرجهم من الكلام في التفسير بما لا علم لهم به. أما من تكلم بما يعلم من ذلك لغة وشرعًا فلا حرج عليه ولهذا رُوِي عن هؤلاء وغيرهم أقوال في التفسير -ولا منافاة- لأنهم تكلموا فيما علموه، وسكتوا عما جهلوه، وهذا هو الواجب على كل إنسان، ويكون الأمر أشد نكيرًا لو ترك التفسير بالمأثور الصحيح وعدل عنه إلى القول برأيه

Maksudnya: “Maka riwayat-riwayat ini dan yang seumpamanya menunjukkan bahawa para salaf berhati-hati untuk bercakap dalam tafsir tentang perkara yang mereka tidak ada ilmu tentangnya. Adapun sesiapa yang bercakap tentang apa yang dia ketahui dari sudut bahasa dan syarak, maka tiada kesalahan ke atasnya. Oleh sebab itu, diriwayatkan daripada mereka dan selain mereka pelbagai pendapat dalam tafsir — dan ini tidak bercanggah — kerana mereka bercakap tentang apa yang mereka ketahui, dan mereka diam tentang apa yang mereka tidak ketahui. Inilah kewajipan ke atas setiap insan. Dan perkara ini menjadi lebih tercela lagi sekiranya seseorang meninggalkan tafsir bil-ma'thur yang sahih, lalu berpaling daripadanya kepada pendapatnya sendiri (ra'y)”.

Namun pada hari ini kita dapati bahawa terdapat sebahagian pihak yang menafsirkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran bagi menyokong ideologi dan pandangannya, bukannya ayat tersebut yang menjadi panduan baginya. Apatah lagi dalam kehangatan politik dan pilihanraya, sehinggakan ada pihak yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran tertentu demi kepentingan parti politik yang diperjuangkan, yang berpunca daripada ketiadaan metodologi yang tepat dalam menafsirkan Al-Quran.

Bacaan lanjut di pautan: https://muftiwp.gov.my/ms/arkib/tinta-mufti/6640-tinta-mufti-bil-122-2026-bahaya-penafsiran-al-quran-untuk-kepentingan-politik

14/08/2026
13/08/2026
SALWA WP BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) 🤝🌷13 Ogos 2026, Hari ini SALWA Wi...
13/08/2026

SALWA WP BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) 🤝🌷

13 Ogos 2026,
Hari ini SALWA Wilayah Persekutuan menghadiri Mesyuarat Siri 2 Bersama Rakan Strategik Dakwah (NGO Islam) di Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

SALWA WP telah diwakili oleh:

🌷 Pn. Martinelli Hashim
🌷 Pn. Nor Aziah binti Mohd Hassan
🌷 Puan Rusnani binti Nasir

Dalam sesi pembentangan, dua kertas kerja cadangan program SALWA WP telah dibentangkan untuk perkongsian, penyelarasan dan penerokaan potensi kerjasama strategik bersama pihak JAWI.

Pertemuan ini menjadi ruang yang sangat bermakna untuk SALWA WP berkongsi aspirasi dan inisiatif dakwah, di samping membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh demi manfaat masyarakat di Wilayah Persekutuan.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam memperkasa dakwah, pendidikan dan kebajikan ummah. 🌸

SALWA WP — Bersama Memperkasa Dakwah, Membina Ummah.




10 & 11 Ogos 2026Alhamdulillah.Kelas Tadabbur PAWE Ampang telah berjalan dengan lancar pada hari Isnin dan Selasa minggu...
12/08/2026

10 & 11 Ogos 2026

Alhamdulillah.

Kelas Tadabbur PAWE Ampang telah berjalan dengan lancar pada hari Isnin dan Selasa minggu ini.

Seramai 12 orang peserta telah mengikuti kelas ini.

Kami meneruskan pembelajaran Tajwid, bacaan, terjemahan dan tadabbur ringkas Al-Quran.

Alhamdulillah banyak maklumat yang kami perolehi daripada perbincangan yang diadakan selepas membaca Al-Quran beserta terjemahannya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita untuk terus mempelajari isi kandungan Al-Quran Al-Karim.

Amin Ya Rabbal Alamin.

💛💚❤️💙🩷💜💛💚❤️💙

📖Ahad 9 Ogos 2026 PENGAJIAN AL-QURAN @ DESA REJANG KL. Alhamdulillah, satu lagi langkah kecil dalam usaha menyemarakkan ...
09/08/2026

📖Ahad 9 Ogos 2026
PENGAJIAN AL-QURAN @ DESA REJANG KL.

Alhamdulillah, satu lagi langkah kecil dalam usaha menyemarakkan pendidikan Al-Quran dalam komuniti. 🤍

Sesi Kelas Pengajian al-Quran di Surau Muhajirin, Desa Rejang berlangsung hari ini antara jam 10pg- 12 tghri. Anak-anak duduk bersama guru dan fasilitator, belajar membaca Al-Quran dan memperbaiki bacaan masing-masing.

SALWA WP melalui Pusat Tunas Nahdah SALWA Malaysia diberi kepercayaan mengendalikan kelas ini selama 7 bulan dengan menggunakan kaedah dan silibus pembelajaran yang mudah diikuti oleh para pelajar.

Bukan sekadar kelas mengaji — tetapi membina generasi melalui Al-Quran. 📖✨

Terima kasih kepada semua guru, fasilitator dan sukarelawan yang terus memberikan masa dan tenaga untuk anak-anak Desa Rejang, Kuala Lumpur.

🤲 Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi pahala yang terus mengalir buat semua yang terlibat.

========
Pusat Tunas Nahdah juga mengendalikan kelas pengajian al-Quran dewasa untuk komuniti Flat Sri Melaka KL dan Kelas Tuisyen Ting.4&5 di PPR Wahyu.




Selasa 4 Ogos 2026 📍 Ziarah Komuniti Orang Asli Bukit Kala, Batu 13, GombakAlhamdulillah, hari ini kami berpeluang melaw...
07/08/2026

Selasa 4 Ogos 2026

📍 Ziarah Komuniti Orang Asli Bukit Kala, Batu 13, Gombak

Alhamdulillah, hari ini kami berpeluang melawat Perkampungan Orang Asli di Bukit Kala, Batu 13, Gombak.

Lawatan ini bertujuan untuk bertanya khabar, mengeratkan silaturahim serta mengadakan perbincangan bersama penyelaras aktiviti komuniti, Puan Fahana, mengenai cadangan pelaksanaan Kelas Mengaji Iqra’ dan Al-Quran untuk kanak-kanak serta komuniti setempat.

Semoga usaha kecil ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang baik dalam menyebarkan ilmu Al-Quran dan memperkasakan pendidikan Islam dalam komuniti Orang Asli.

Mohon doa agar segala perancangan dipermudahkan dan diberi keberkatan oleh Allah SWT.

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
— Hadis Riwayat al-Bukhari

Jumaat 7 Ogos 2026. Kelas Mengaji Wanita Dewasa diteruskan pagi ini bertempat di Akar Budi Centre, Bt.11, Gombak.Alhamdu...
07/08/2026

Jumaat 7 Ogos 2026.

Kelas Mengaji Wanita Dewasa diteruskan pagi ini bertempat di Akar Budi Centre, Bt.11, Gombak.

Alhamdulillah para pelajar Kelas mengaji di bawah bimbingan Ustazah Che Zarah Omar ini begitu komited mendalami ilmu al-Quran setiap pagi Jumaat .

Mudah-mudahan al-Quran terus menjadi cahaya dan bimbingan buat sesiapa yang membacanya.


Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60133316424

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SALWA Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share