02/08/2026
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Datoโ/Datin/Tuan/Puan,
*PERTANDINGAN HIAS PREMIS
"PREMIS CERIA, JIWA MERDEKA"
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026*
_Pihak Persatuan Penyewa Premis Perniagaan Medan MARA Kuala Lumpur_
menganjurkan *Pertandingan Hiasan Premis bertemakan "Premis Ceria, Jiwa Merdeka"* bersempena sambutan bulan kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta mewujudkan suasana perniagaan yang ceria, kreatif dan kondusif di premis Medan MARA.
2. Untuk makluman tuan/puan, semua penyewa adalah disarankan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan *menghias premis masing-masing mengikut tema kemerdekaan dan kreativiti masing-masing* sepanjang tempoh pertandingan seperti berikut:
*Tempoh Pertandingan : 3 Ogos 2026 hingga 16 September 2026*
Bagi memastikan pertandingan berjalan lancar, semua peserta disaran untuk :
1. Menghias premis menggunakan elemen dan dekorasi bertemakan Hari Kebangsaan.
2. Memastikan premis sentiasa bersih, kemas dan menarik sepanjang tempoh pertandingan.
3. Mengibarkan Jalur Gemilang serta mempamerkan elemen patriotik yang bersesuaian.
4. Memastikan semua hiasan dipasang dengan selamat dan tidak mengganggu laluan atau operasi premis lain.
5. Memastikan penyertaan dikekalkan dan hiasan berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh pertandingan.
6. Memastikan bendera Jalur Gemilang dipasang dengan betul, kemas dan tidak rosak bagi memelihara imej serta menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara. (Sila rujuk di lampiran A untuk cara pemasangan bendera yang betul)
*_Kriteria Penilaian_*
1. Kreativiti dan keunikan dekorasi.
2. Penghayatan tema Hari Kebangsaan.
3. Impak visual dan daya tarikan keseluruhan.
4. Elemen warisan dan budaya Malaysia
*_Kategori Penilaian_*
Penilaian akan dilaksanakan mengikut kategori premis seperti berikut:
*Kategori A : Tingkat G*
*Kategori B : Tingkat 1*
*Kategori C : Pasar Rakyat*
*Kategori D : Tingkat 2*
*Kategori E : Medan Selera*
Kami percaya penganjuran pertandingan ini mampu menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan kerjasama serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan usahawan penyewa.
Di samping menceriakan suasana premis Medan MARA, pertandingan ini turut mewujudkan persekitaran yang lebih menarik, meningkatkan kehadiran pengunjung, serta memacu jualan usahawan. Selain itu, ia diharapkan dapat mengangkat imej Medan MARA sebagai destinasi pilihan pelanggan dan pelancong.
Kerjasama serta penyertaan daripada semua penyewa amatlah dihargai bagi menjayakan pertandingan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ini serta memeriahkan suasana di bangunan Medan MARA.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
*SUHAILY HAMZAH*
*Presiden*
*Persatuan Penyewa Premis Perniagaan Medan MARA Kuala Lumpur*