Eduko

Contact the organization

Eduko Pertubuhan Literasi Eduko

Mengangkat budaya intelektual bagi melahirkan masyarakat cintakan ilmu

07/09/2026

Imbasan kembali momen bermakna sepanjang program Suara Belia, Masa Depan Negara anjuran Pertubuhan Literasi Eduko dan pemuda Permatang Pasir, yang telah diberikan ruang kepada anak muda untuk berkongsi pandangan, pendapat dan pengalaman mereka berkaitan politik serta masa depan negara.

Melalui sesi diskusi yang santai dan terbuka, para belia berpeluang menyuarakan pandangan mereka tentang isu yang dekat dengan kehidupan seharian, di samping memahami dengan lebih jelas peranan mereka sebagai rakyat dalam sistem demokrasi.

Ruang seperti ini penting bagi memastikan suara anak muda bukan sahaja didengari, tetapi turut menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembentukan pemikiran mereka. Kerana anak muda hari ini bukan sekadar generasi yang akan mewarisi negara, tetapi pemimpin yang bakal mencorakkan masa depan Malaysia.

Mari kita terus membuka lebih banyak ruang untuk anak muda bersuara, belajar dan memahami peranan mereka dalam membina negara yang lebih baik.

EDUKO berkesempatan menyertai Budget 2027 Roundtable Discussion (RTD): "Navigating a Volatile World for the Next Phase o...
10/08/2026

EDUKO berkesempatan menyertai Budget 2027 Roundtable Discussion (RTD): "Navigating a Volatile World for the Next Phase of Growth" yang berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Sunway University anjuran ASLI dan HEYA Inc.

Berada di titik pertengahan pelaksanaan RMK13, Malaysia berada di dalam situasi ekonomi dan geopolitik yang semakin tidak menentu. Perbincangan ini menghimpunkan pelbagai suara masyarakat sivil membincangkan masa depan dan jalan yang sesuai untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi negara. Bagi EDUKO, penyertaan dalam ruang seperti ini bukan sekadar untuk bersuara, tetapi juga untuk mendengar, memahami dan memastikan pandangan masyarakat dapat diterjemahkan kepada input dasar yang lebih bermakna.

Terima kasih atas ruang dialog dan perkongsian yang diberikan. EDUKO akan terus menyokong penglibatan belia dan masyarakat sivil dalam membentuk dasar yang responsif terhadap realiti kehidupan rakyat.

Kredit gambar: ASLI

06/08/2026

Imbasan kembali momen bermakna sepanjang program Jelajah Kuasa Orang Muda anjuran Pertubuhan Literasi Eduko telah selamat dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota dengan penuh bermakna.

Sepanjang program ini, para belia telah didedahkan dengan pelbagai ilmu penting berkaitan sistem pentadbiran negara serta konsep asas demokrasi di Malaysia, sekaligus membuka minda mereka tentang bagaimana negara ini ditadbir dan bagaimana suara rakyat memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan.

Kefahaman ini bukan sekadar teori, tetapi bekalan penting untuk melahirkan generasi muda yang matang, celik, dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan pada masa hadapan.

Mari kita terus perkasakan generasi muda dengan ilmu, kesedaran, dan semangat cintakan negara. 💪🏻🇲🇾

28/07/2026

Bila 800 mahasiswa berkumpul dalam satu dewan, apa yang didengari adalah suara generasi yang bersedia untuk memimpin.

Jelajah Kuasa Orang Muda di Politeknik Sultan Idris Shah membuka ruang dialog terbuka mengenai demokrasi, pentadbiran dan peranan sebenar belia dalam pembangunan negara.

Belia hari ini adalah penulis dan pelakar sejarah, bukan sekadar penontonnya.

EDUKO berbesar hati dapat meneruskan jelajah Kuasa Orang Muda, wacana bermakna mengenai peranan belia dalam membugar dem...
07/06/2026

EDUKO berbesar hati dapat meneruskan jelajah Kuasa Orang Muda, wacana bermakna mengenai peranan belia dalam membugar demokrasi dan ekosistem negara bersama 200 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)!

Bangga melihat cetusan idea bakal-bakal pemimpin negara — membuktikan suara anak muda adalah tunjang pencorak masa hadapan.

Terima kasih UPNM atas sambutan yang sangat luar biasa! Sekalung penghargaan juga buat IMPACT Malaysia atas sokongan berterusan yang tak terhingga. 🤝✨

07/06/2026

Rangkuman semangat dan tenaga belia UPNM 💪

Manifestasi jelas bahawa suara dan idea anak muda hari ini sudah bersedia untuk mencorak hala tuju demokrasi negara.

07/06/2026

Sekitar sesi EDUKO di Sambutan Hari Belia Negara 2026! 🔥

EDUKO berbesar hati untuk berkongsi peranan penting anak muda dalam ekosistem pembangunan negara.

Bangga melihat tenaga dan idea belia Malaysia yang bersedia memacu perubahan — bukan sekadar menjadi pewaris, sebaliknya nadi penggerak zaman.

Kuasa Orang Muda!EDUKO telah menganjurkan sesi ‘Kuasa Orang Muda’ bersama pelajar Universiti Geomatika Malaysia, bagi be...
17/02/2026

Kuasa Orang Muda!

EDUKO telah menganjurkan sesi ‘Kuasa Orang Muda’ bersama pelajar Universiti Geomatika Malaysia, bagi berkongsi tentang demokrasi serta peranan anak muda dalam membentuk masa depan negara. 🇲🇾

Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengisi lompong maklumat berkaitan sistem kenegaraan dalam kalangan belia, dengan tumpuan kepada pembinaan negara dan pemerkasaan generasi muda.

Terima kasih Impact Malaysia atas kolaborasi yang bermakna ini! 🙌

Kuasa Orang Muda!EDUKO telah menganjurkan sesi ‘Kuasa Orang Muda’ bersama pelajar Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), ...
17/02/2026

Kuasa Orang Muda!

EDUKO telah menganjurkan sesi ‘Kuasa Orang Muda’ bersama pelajar Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), bagi berkongsi tentang demokrasi serta peranan anak muda dalam membentuk masa depan negara. 🇲🇾

Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengisi lompong maklumat berkaitan sistem kenegaraan dalam kalangan belia, dengan tumpuan kepada pembinaan negara dan pemerkasaan generasi muda.

Terima kasih Impact Malaysia atas kolaborasi yang bermakna ini! 🙌

Mewakili Eduko, kami mengalu-alukan pelantikan Sdr. Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.Semoga ama...
16/12/2025

Mewakili Eduko, kami mengalu-alukan pelantikan Sdr. Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Semoga amanah yang digendong untuk memberdaya belia negara dapat dilaksanakan dengan penuh iltizam, berteraskan dasar yang progresif serta berpaksikan suara dan aspirasi anak muda kebanyakan.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eduko posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Eduko:

Shortcuts

Sponsored

Share