24/09/2026
Tidak dilupakan juga Program Kerja-Kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan (Jalan Awam) yang telah dilaksanakan sebelum ini di kawasan Parlimen Setiawangsa.
Lokasi yang terlibat kali ini adalah di sebahagian Jalan 34/26, 53300 Kuala Lumpur. (Ini merupakan laluan di sebelah kiri, berhampiran kawasan perumahan Seksyen 5, Wangsa Maju.)
Tujuan penyelenggaraan adalah untuk membantu menyelesaikan aduan awam berkaitan kerosakan jalan. (Aduan boleh diterima melalui pelbagai pihak samada Pusat Khidmat Rakyat, Majlis Perwakilan Penduduk, Persatuan Penduduk, Wakil Penduduk, Individu, emel ataupun Pejabat Cawangan DBKL) dan akan dipanjangkan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL untuk dibuat semakan terdahulu.
Satu surat permohonan telah dikemukakan sekitar bulan Mac 2025.
Mohon maaf, admin baru berkesempatan menyemak rekod lama.
Nik Nazmi