20/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua penduduk PPR Sri Pantai.
Di kesempatan yang mulia ini, Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa KRT PPR Sri Pantai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa kegembiraan, kesihatan, dan keharmonian kepada semua.
Marilah kita jadikan Aidilfitri sebagai medan untuk mempererat tali silaturahim sesama jiran, memupuk semangat kejiranan yang harmoni, dan terus bersama-sama membina komuniti yang aman dan bersatu padu.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua sepanjang tahun ini. Semoga Allah SWT memberkati kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026.
Tulus ikhlas,
Pengerusi & Jawatankuasa KRT PPR Sri Pantai