PACSU Cawangan Bukit Aman

PACSU Cawangan Bukit Aman This page is managed by Police Administrative and Civillian Staff Union, Bukit Aman Branch

26/05/2026
Faedah-faedah sebagai ahli PACSU.
15/05/2026

Faedah-faedah sebagai ahli PACSU.

PACSU Bukit Aman mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMX atas pengumuman ini.Terima kasih juga dipanjangkan kepada se...
11/03/2026

PACSU Bukit Aman mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMX atas pengumuman ini.
Terima kasih juga dipanjangkan kepada semua yang terlibat di dalam merealisasikan cadangan ini.

BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU

11 FEBRUARI 2026 - TAKLIMAT PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS)Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selango...
11/02/2026

11 FEBRUARI 2026 - TAKLIMAT PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS)

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selangor dan Wilayah Persekutuan telah mengadakan Taklimat Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja yang berlangsung di Grand Ballroom 2, Hotel De Palma Shah Alam.

Majlis taklimat ini telah dirasmikan oleh Pengarah JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Azzal bin Abu Talib. Di dalam ucapan beliau, Tuan Haji Azzal berharap agar semua kesatuan memohon geran PHEKS ini supaya dapat membantu dalam aktiviti kesatuan yang akan dijalankan pada tahun 2026 ini. Beliau juga berpesan agar wang hasil geran ini digunakan sepenuhnya mengikut kluster permohonan yang diminta.

PACSU Cawangan Bukit Aman telah diwakili oleh Saudara Fahlawi Haji Jamaludin, Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman. Turut hadir bersama, Presiden PACSU Malaysia, Saudara Anuar Mamat, Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Saudara Mohd Azli Suhaimi dan Bendahari PACSU Cawangan Selangor, Saudari Noor Shafinaz Omar.

PROGRAM KESIHATAN MENTAL ANJURAN PACSU CAWANGAN BUKIT AMANTarikh: 27 Januari 2026Tempat: Dewan Theatrette, Menara 1Tema ...
23/01/2026

PROGRAM KESIHATAN MENTAL ANJURAN PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN

Tarikh: 27 Januari 2026
Tempat: Dewan Theatrette, Menara 1
Tema Pakaian: Hijau

Jemput semua ahli PACSU Bukit Aman datang beramai-ramai.

16/09/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2025

PENGERUSI & AJK PACSU Cawangan Bukit Aman mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 kepada semua.

"Malaysia MADANI:Rakyat Disantuni" ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐——๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—–๐—ฆ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ9 OGOS 2025 - Johor BahruPACSU Cawangan Bukit Aman telah menyertai ...
11/08/2025

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐——๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—–๐—ฆ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

9 OGOS 2025 - Johor Bahru

PACSU Cawangan Bukit Aman telah menyertai Pertandingan Ten Pin Boling Piala Presiden PACSU 2025 yang berlangsung di Lite Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru.

Pertandingan ini telah disertai sebanyak 23 pasukan dari cawangan PACSU seluruh negara. PACSU Cawangan Bukit Aman menghantar dua pasukan pada edisi kali ni yang diketuai oleh Biro Sukan & Sosial, Saudara Mohd Faisal Mat Zin dan turut disertai seramai 8 orang AJK dan petugas.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDH CP Tuan Ab Rahman bin Arsad, Ketua Polis Kontinjen Johor dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Kontinjen Johor serta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua polis daerah Kontinjen Johor.

"Bersatu Membantu Bersama PACSU"

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—–๐—ฆ๐—จ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—”๐— ๐—”๐—ก7 OGOS 2025 - WANGSA WALKPasukan Ten Pin Boling PACSU Cawangan...
07/08/2025

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—–๐—ฆ๐—จ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—”๐— ๐—”๐—ก

7 OGOS 2025 - WANGSA WALK
Pasukan Ten Pin Boling PACSU Cawangan Bukit Aman telah mengadakan sesi latihan dan persiapan akhir sebelum menyertai Pertandingan Ten Pin Boling Piala Presiden PACSU Malaysia 2025 yang akan berlangsung di Pelangi Mall, Johor Bahru, Johor pada 9 Ogos 2025.

Sesi latihan ini telah diadakan di Wangsabowl, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan terdiri daripada 2 pasukan seramai 8 orang pemain.

Selain dari 8 orang pemain, Kontinjen Bukit Aman turut disertai dengan 9 orang pegawai dan AJK beserta penyokong.

Selamat berjaya kepada pasukan PACSU Cawanagan Bukit Aman.

Address

Kuala Lumpur
50560

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PACSU Cawangan Bukit Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share

Category