MCPF Hulu Selangor

MCPF Hulu Selangor The Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) is a NGO committed to reducing crime through education, awareness, and community empowerment.

In Hulu Selangor, we work hand-in-hand with local communities, and authorities to make this a safe haven. MCPF Hulu Selangor bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan keselamatan masyarakat melalui pendidikan, kesedaran dan langkah proaktif. Kami sering terlibat dalam pelbagai aktiviti, termasuk menjalankan program jangkauan komuniti dan sekolah untuk memaklumkan penduduk tentang

trend jenayah dan amalan keselamatan. Selain itu, MCPF Hulu Selangor bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasa undang-undang, perniagaan tempatan dan pemimpin masyarakat untuk mengenal pasti dan menangani isu keselamatan terkini dan mendesak.

03/06/2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

03/06/2026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, merangkap Timbalan Pengerusi MCPF atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri”.

Pengurniaan tersebut telah disempurnakan dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2026.



🚨 Jiran Sepakat, Hulu Selangor Selamat! 👮‍♂️Salam sejahtera Warga Hulu Selangor!Adakah anda tahu ada cara super pantas d...
02/06/2026

🚨 Jiran Sepakat, Hulu Selangor Selamat! 👮‍♂️
Salam sejahtera Warga Hulu Selangor!
Adakah anda tahu ada cara super pantas dan efektif untuk buat laporan polis tanpa perlu beratur panjang di balai?
📣 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Hulu Selangor, dengan kerjasama erat Bahagian Pencegahan Jenayah, IPD Hulu Selangor, ingin menjemput kalian:
📲 MUAT TURUN APLIKASI VSP SEKARANG!
> VSP (Volunteer Smartphone Patrol) adalah aplikasi rasmi yang membolehkan anda membuat aduan atau laporan terus ke pihak polis dengan lebih cepat dan berkesan!
>
* ⚡️ Lebih Cepat: Kurangkan masa menunggu!
* ✅ Lebih Efektif: Salurkan maklumat tepat terus kepada IPD Hulu Selangor! Pihak PDRM akan sampai di lokasi anda mengikut lokasi gps dalam masa terdekat.
Jangan berlengah lagi! Keselamatan komuniti kita adalah tanggungjawab bersama. Muat turun, guna, dan jadikan Hulu Selangor lebih selamat!
➡️ Muat Turun "VSP" di Google Play Store atau Apple App Store hari ini!

PENGGUNA IOS:
https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol/id1118234031

PENGGUNA ANDROID:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&pcampaignid=web_share

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh Umat Islam khususnya sahabat-sahabat di daerah Hulu Selangor. Di sempena kit...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh Umat Islam khususnya sahabat-sahabat di daerah Hulu Selangor. Di sempena kita meraikan perayaan yang Mulia ini, juga jangan kita leka sambil memberi peluang kepada aktiviti jenayah. “Mencegah Jenayah Tanggungjawab Kita Semua”

11/05/2026
27/04/2026

Bimbing anak di alam maya. Jangan biarkan mereka belajar sendiri.

Bawah 16 tahun, mereka masih belajar memahami risiko dan membuat keputusan.

👨‍👩‍👧‍👦 Pantau. Bimbing. Lindungi.
🔒 Keselamatan bermula dari rumah.


31/03/2026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail merangkap Timbalan Pengerusi MCPF atas pengurniaan Darjah Datuk Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran "Datuk Seri Panglima".

Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid dikurniakan S.P.D.K. dalam Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Sabah sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang berlangsung di Istana Seri, Kinabalu pada 30 Mac 2026.



25/03/2026
11/03/2026

Kumpulan pelampau manfaat perasaan ingin tahu anak muda

Sumber : Berita Harian Online



16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).



Address

Kuala Kubu Bharu
44100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MCPF Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MCPF Hulu Selangor:

Share