Komuniti FELDA Soeharto

Komuniti FELDA Soeharto Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Komuniti FELDA Soeharto, Community Organization, Kuala Kubu Bharu.

Felda Soeharto yang dulu dikenali Felda Sg Dusun dibuka pada 1962 seramai 653 peserta peneroka yang terletak di Daerah Hulu Selangor, Parlimen Hulu Selangor PP 94, DUN Hulu Bernam.

29/12/2025

montaj aktiviti sepanjang tahun 2025 sempena Family Day JKKR FELDA Soeharto.

Alhamdulillah selesai program Jelajah MADANI Rancangan (JMR) FELDA 2025 yang telah diadakan di Ladang Pkt 001 Felda Soeh...
19/12/2025

Alhamdulillah selesai program Jelajah MADANI Rancangan (JMR) FELDA 2025 yang telah diadakan di Ladang Pkt 001 Felda Soeharto.

Sepanjang program berlangsung, aktiviti bermanfaat telah dianjurkan seperti bacaan Yassin dan Roll Call MADANI. Penyertaan aktif daripada pelbagai lapisan masyarakat jelas menunjukkan minat dan keprihatinan rakyat terhadap usaha kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan sosial dan ekonomi.

Penyampaian maklumat turut disampaikan mengenai pengurusan ladang dan info tentang Felda dan komuniti kepada warga komuniti.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mudahan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Felda Wilayah Trolak
GPW Felda Soeharto

Berita baik untuk semua warga peneroka FELDA Soeharto❗️❗️❗️Kini ada Skim Perlindungan Khas Rumah Peneroka dengan bayaran...
11/11/2025

Berita baik untuk semua warga peneroka FELDA Soeharto❗️❗️❗️

Kini ada Skim Perlindungan Khas Rumah Peneroka dengan bayaran serendah RM65 setahun (RM5.42 sebulan) sahaja!

Skim ini melindungi rumah peneroka daripada:
🏠 Kebakaran
🌊 Banjir
💨 Ribut / Taufan
⚡ Kilat / Petir
dan turut merangkumi perlindungan kemalangan diri kepada pemilik rumah.

Untuk makluman borang setuju/tidak setuju telah diedar kepada Ketua Ketua Blok Lelaki /Wanita.
Borang persetujuan hendaklah dihantar ke pejabat sebelum @ pada 18 November 2025.

Sama-sama kita ambil langkah bijak untuk melindungi rumah dan keluarga daripada sebarang risiko yang tak dijangka. ❤️

Sertai caruman Insurans Kebakaran hari ini. Lindungi rumah, premis, dan harta anda daripada risiko yang tidak dijangka. Sedikit pelaburan hari ini, membawa ketenangan di masa hadapan.


22 OKTOBER 2025 (RABU)Lawatan Ziarah Kasih Kaum India sempena Perayaan Deepavali di FELDA Soeharto.Terima kasih kepada k...
22/10/2025

22 OKTOBER 2025 (RABU)

Lawatan Ziarah Kasih Kaum India sempena Perayaan Deepavali di FELDA Soeharto.

Terima kasih kepada kerjasama Ketua Peneroka,Tim Ketua Peneroka,Pengerusi GPW, Ketua Blok JKKR, Ketua Blok GPW,MBFM,KAF dan semua yang terlibat.

Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan semangat kasih sayang antara komuniti, tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui kunjungan ini, kita ingin menyampaikan mesej bahawa nilai kasih, hormat, dan persaudaraan adalah asas keharmonian masyarakat majmuk di negara kita.

Deepavali, yang sinonim dengan cahaya kemenangan menentang kegelapan, mengingatkan kita semua tentang pentingnya menyalakan sinar kebaikan, kasih sayang, dan harapan dalam kehidupan.

Semoga program hari ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara masyarakat pelbagai kaum dan menjadi simbol perpaduan yang kita banggakan.

Akhir kata, Selamat Menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga cahaya Deepavali terus menerangi hati dan kehidupan kita semua dengan kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan.

Felda Wilayah Trolak

21 MAC 2025 (JUMAAT)Program Ziarah Kasih & Penyampaian Kotak dan Bakul Makanan dari FELDA Wilayah Trolak dan MBFM Felda ...
21/03/2025

21 MAC 2025 (JUMAAT)

Program Ziarah Kasih & Penyampaian Kotak dan Bakul Makanan dari FELDA Wilayah Trolak dan MBFM Felda Soeharto.

Penyampaian melibatkan 6 desa yang diwakili oleh Ketua Desa dan 10 buah rumah yang dilawati kategori (OKU, Asnaf, Uzur, Warga Emas)

Terima kasih kepada pengurusan badan JKKR,GPW dan MBFM Felda Soeharto dalam menjayakan program hari ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan beban dalam menjalani ibadah bulan Ramadan.

Terima kasih kepada khususnya pihak Pengurusan Felda Wilayah Trolak dan Ketua Peneroka Felda Wilayah Trolak diatas sumbangan kepada warga peneroka sempena bulan Ramadan.

Tidak dilupakan juga kerjasama MBFM Felda Soeharto dalam menjayakan program dengan pemberian sumbangan kepada warga generasi Felda Soeharto.

Felda Wilayah Trolak
GPW Felda Soeharto
Komuniti Belia MBFM Kpg Felda Soeharto



Warga Felda Soeharto mengucapkan Selamat menghadapi Peperiksaan SPM 2024 kepada semua calon SPM 2024 SMK Kg Soeharto.Sem...
30/12/2024

Warga Felda Soeharto mengucapkan Selamat menghadapi Peperiksaan SPM 2024 kepada semua calon SPM 2024 SMK Kg Soeharto.

Semoga usaha anda membuahkan hasil yang baik yang boleh membanggakan keluarga,bangsa,agama dan negara di masa mendatang.

Semoga Allah memudahkan urusan pelajar-pelajar sekalian dalam menghadapi peperiksaan.

“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir.”

YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”

SMK Kampong Soeharto
FELDA Wilayah Trolak
GPW Felda Soeharto

20 Disember 2024 | Jumaat Majlis Kenduri Doa Selamat di Pkt 003 Felda Soeharto yang diadakan di Ladang Pkt 003. Turut be...
20/12/2024

20 Disember 2024 | Jumaat

Majlis Kenduri Doa Selamat di Pkt 003 Felda Soeharto yang diadakan di Ladang Pkt 003. Turut bersama Regional Controller FPMSB FELDA Wilayah Trolak, Mohd Encik Zainuddin Bin Baweh dan Ketua Peneroka Felda Soeharto, Hasan Bin Jamaludin.

Tujuan majlis ini dapat memberikan keberkatan,perlindungan semasa menjalankan kerja dalam ladang. Ianya tempat mencari rezeki bersama dan makhluk Allah SWT.

Doa selamat dibaca oleh Imam 2 Masjid Al Taufiqiah Felda Soeharto, Al Fadhil Imam Mohammad Afif Bin Jaafar. Kehadiran turut dihadiri oleh ketua-ketua blok JKKR & GPW, kontraktor, kakitangan FELDA & FPM.

GPW Felda Soeharto
Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto
Felda Wilayah Trolak


11 OKTOBER 2024PROGRAM ZIARAH KASIH FELDA SOEHARTOProgram Ziarah Kasih Anjuran Pengurusan FELDA Soeharto, JKKR FELDA Soe...
11/10/2024

11 OKTOBER 2024

PROGRAM ZIARAH KASIH FELDA SOEHARTO

Program Ziarah Kasih Anjuran Pengurusan FELDA Soeharto, JKKR FELDA Soeharto & GPW FELDA Soeharto yang telah diadakan pada 11 Oktober 2024 (Jumaat) ke 5 buah rumah peneroka dan Staf FELDA.

FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
FELDA Wilayah Trolak
GPW Felda Soeharto

INFO KEMATIAN FELDA SOEHARTOإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونKembali nya kerahmahtullah Penerokawati Lamah binti...
10/10/2024

INFO KEMATIAN FELDA SOEHARTO
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Kembali nya kerahmahtullah Penerokawati Lamah binti Zainuddin Peringkat 004 Blok 05 pada 9 Oktober 2024 (09 Rabiulakhir 1446H) di FELDA Soeharto.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Pihak Pengurusan Rancangan FELDA Soeharto mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh ahli Keluarga Allahyarhamah Dan Semoga Rohnya dicucuri rahmat Serta ditempatkan Dalam Kalangan orang beriman..

Address

Kuala Kubu Bharu
44010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60360463631

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti FELDA Soeharto posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Komuniti FELDA Soeharto:

Share