16/11/2024
SKUAD Antidadah Kuala Muda akan menyertai program Peluncuran Kempen Antidadah Peringkat Kebangsaan 2024 dan Pelancaran SKUAD Junior secara rasmi. Secara tidak langsung, selepas ini semangat dan gerak kerja kesukarelawanan Antidadah akan dipupuk kepada generasi muda mulai sekolah rendah lagi...
Tahniah pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia atas kerjasama dalam membina generasi yang cakna dalam memerangi penyalahgunaan dadah...
Taufiq Johari
Arnida Ishak
SKUAD Antidadah Negeri Kedah
Skuad Antidadah Kebangsaan
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
AADK Kedah
AADK Daerah Kuala Muda
KEMPEN ANTIDADAH DI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Program Peluncuran Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah pada 17 November 2024.
Program itu akan dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Objektif program adalah untuk menyemarak dan memobilisasi semua warga sekolah sama ada pendidik, pekerja dan murid agar lebih cakna terhadap masalah penyalahgunaan dadah dan bahan.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pameran agensi kerajaan, pertandingan pidato antidadah, pertandingan mewarna, pocket talk bertajuk ancaman v**e, permainan interaktif dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang ini, datang beramai-ramai.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah