Jejak Air Tawar

Jejak Air Tawar Hobi dan konservasi perairan air tawar Malaysia.

Saya terima sebuah rakaman video seorang kanak-kanak disuruh oleh bapanya untuk melepaskan ikan Bandaraya (pendatang) di...
04/08/2026

Saya terima sebuah rakaman video seorang kanak-kanak disuruh oleh bapanya untuk melepaskan ikan Bandaraya (pendatang) di sebatang tali air atau anak sungai kecil, dengan alasan "Seekor saja, kesian nak bersiang". Video ada di komen.

Kejadian mungkin berlaku di sekitar negeri Kedah, berdasarkan lokasi perniagaan pemilik video yang bernama Faizall Azmi. Ini link profile https://www.facebook.com/share/1BSyYoY4z2/

Saya mohon DOF Malaysia untuk menggesa DOF Kedah (saya cari tak jumpa nak tag) mengambil tindakan sewajarnya, bukti rakaman ada di komen berserta nombor telefon pelaku.

Untuk makluman, walaupun seekor saja ikan pendatang invasif dilepaskan ke perairan terbuka, ia tetap menjadi satu kesalahan. Walaupun seekor, ia masih memberikan kesan yang sama.

Apatah lagi sebahagian besar perairan di Kedah, ikan Bandaraya telah pun banyak direkodkan dan semakin tidak terkawal. Jika ikan yang dilepaskan itu menemui pasangan lain yang mungkin berada di sekitar, ia dengan mudah akan mula berkembang biak secara tidak terkawal.

Benda begini tak sepatutnya berlaku kerana maklumat dan mesej kesedaran tentang ikan pendatang sudah dihebahkan di pelbagai platform, sudah pasti kita sedia maklum tentangnya, tak mungkin tidak pernah dengar.

Benda dah terjadi dan berserta dengan bukti kukuh, salah tetap salah.

04/08/2026
Teringat kes gantung anjing ni dulu, sebab kes ni walaupun hangat namun tiada p**a siapa yang sampai sanggup menunjuk pe...
04/08/2026

Teringat kes gantung anjing ni dulu, sebab kes ni walaupun hangat namun tiada p**a siapa yang sampai sanggup menunjuk perasaan di hadapan balai polis.

Seperti yang saya katakan semalam, ada sesetengah isu begini terbawa-bawa untuk mengambil kesempatan terhadap kekeliruan situasi bagi meletakan kesalahan kepada sebelah pihak. Senang kata "pusing cerita" dan inilah peluang untuk hentam pihak autoriti yang selama ini banyak isu lain yang tak berkaitan pun. Saya tak nampak isu begini terlalu berkait dengan kaum, sebab kes baru-baru ini turut mendapat respon agresif dari semua kaum juga, terlalu ikut emosi, baik Melayu, Cina, dan India.

Berbalik pada post saya semalam, saya sudah jelaskan pun bahawa anjing mahupun kucing domestik tempatnya bukan di hutan mahupun jalanan. Korang kena baca post saya semalam untuk fahami apa yang saya sampaikan, tak perlu saya taip di sini lagi. Ini post semalam https://www.facebook.com/share/p/1DHzYtMSRj/

03/08/2026

Tahukah anda bahawa nama Royal Belum sebenarnya mempunyai kisah yang cukup unik dan berkait rapat dengan sejarah serta alam semula jadi? Ramai mengenali Royal Belum sebagai antara hutan hujan tertua di dunia yang terletak di Daerah Hulu Perak berhampiran sempadan Thailand, namun tidak ramai mengetahui bagaimana nama Belum itu sendiri tercipta. Menurut cerita yang diwarisi penduduk tempatan, asal usul nama tersebut bukan datang daripada nama seorang tokoh atau pemerintah, sebaliknya dikatakan terhasil daripada bunyi seekor serangga yang hidup di dalam hutan ini.

Sekitar awal abad ke 19, Kampung Belum Lama dipercayai telah dibuka oleh Wan Agas, pasangan diraja daripada Kerajaan Patani atau Siam ketika pemerintahan Raja Reman. Beliau juga dikenali dalam kalangan penduduk sebagai Tok Mekong Gas atau Tok Pulang Hari. Menariknya, masyarakat setempat percaya bunyi yang dikeluarkan oleh belalang kayu atau serangga kayu yang dipanggil Belang Belong seakan akan berbunyi "Belummm... Belummm..." sehingga akhirnya nama Belum terus digunakan untuk kawasan tersebut. Kisah ini menjadikan Royal Belum bukan sekadar destinasi pelancongan, malah sebuah kawasan yang sarat dengan warisan lisan masyarakat tempatan.

Sejarah Royal Belum turut berkembang apabila Taman Negeri Belum ditubuhkan pada tahun 2000 sebelum dikenali sebagai The Royal Belum pada tahun 2003. Pada 3 Mei 2007 p**a, kawasan ini diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum bagi melindungi khazanah flora dan fauna yang semakin terancam. Di sebalik kehijauan hutannya, tersimpan pelbagai cerita yang mungkin belum pernah didengari ramai. Ada yang pernah mendengar kisah asal usul nama Belum ini sebelum ini, dan ada juga yang baru mengetahuinya hari ini.

03/08/2026
Selalu juga orang kata saya tak pernah pun kongsi ilmu, asyik kritik orang je untuk kejar engagement. Sebenarnya hari-ha...
03/08/2026

Selalu juga orang kata saya tak pernah pun kongsi ilmu, asyik kritik orang je untuk kejar engagement. Sebenarnya hari-hari saya ada je kongsi ilmu, tapi tengoklah semua ilmu yang saya kongsikan, sendu je, mana kau?

Kadang memang rasa hampa, sebab saya lebih teruja kalau perkongsian ilmu lebih banyak dapat perhatian berbanding isu-isu semasa, sebab saya nak orang dapat ilmu, dapat belajar, sama-sama berpengetahuan. Tapi memang realitinya lebih ramai orang seronok dengan isu sensasi bebanding perkara yang berilmiah.

Bayangkan, post saya pasal lepas ikan asing, pencemaran dan sebagainya boleh capai beratus ribu atau berjuta klik, kan lagi bagus kalau konten ilmu yang dapat lebih banyak klik dari tu? Tak rugi tambah ilmu.

Saya nak masyarakat saya semakin berpengetahuan dan celik tentang perikanan serta ekosistem. Manalah tahu esok anak awak atau cucu awak jadi pelapis saintis negara, asbab ilmu dan perkongsian dari awak p**a, kan?

Address

Kuala Kangsar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jejak Air Tawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share