Orang Kota - Tinggi

Call Contact the organization

Orang Kota - Tinggi Pencetus revolusi terkini untuk orang Kota dan memperkenalkan Kota Tinggi kepada pelancong dan rakan di luar daerah Kota Tinggi dengan info Terkini.
(1)

12/10/2026

View dari tambak Johor Singapore pun hilang gais

Kredit : Haslizam Abu

Pemandangan dari bumi, Jambatan E22  pun hilang...Kredit : Aji Runner
12/10/2026

Pemandangan dari bumi, Jambatan E22 pun hilang...

Kredit : Aji Runner

12/10/2026

Memang patut lah tutup lagi sekolah di Negara Johor, dari udara Jambatan E22.

Kredit Video : Hafiq Budiman

Jambatan E22 Senai - Desaru 0300pm. Harap tiada yang tembus ke Negara lain.Kredit : Hafiq Budiman
12/10/2026

Jambatan E22 Senai - Desaru 0300pm. Harap tiada yang tembus ke Negara lain.

Kredit : Hafiq Budiman

LELAKI WARGANEGARA DITEMUI MAUT DI TEPI JALAN FELDA ADELA, IDENTITI MANGSA BELUM DI KENAL PASTIKOTA TINGGI, 12 Oktober 2...
12/10/2026

LELAKI WARGANEGARA DITEMUI MAUT DI TEPI JALAN FELDA ADELA, IDENTITI MANGSA BELUM DI KENAL PASTI

KOTA TINGGI, 12 Oktober 2026 – Seorang lelaki warga negara tidak pasti ditemukan meninggal dunia di tepi Jalan Besar KM21, Felda Adela menghala ke Sungai Rengit, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof bin Hj. Othman berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira jam 6.46 pagi berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.

Menurut beliau, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia dan ditemukan dalam keadaan terbaring kira-kira satu meter dari rumah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta kira-kira 20 meter dari jalan raya.

Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri. Selain itu, tiada tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah.

Pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi turut menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel TNB, antaranya sebuah cangkul kecil berukuran 45 sentimeter, sebuah mesin canai tanpa kord (cordless grinder), sebatang tukul besi, sebuah perengkuh paip dan sebuah lampu suluh kepala.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa disyaki meninggal dunia ketika cuba melakukan kegiatan mencuri kabel elektrik.

IDENTITI MANGSA MASIH BELUM DISAHKAN

Menurut polis, identiti mangsa masih dalam proses pengesahan, manakala punca kematian masih dalam siasatan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, SM Muhammad Aliff Syah bin Abdullah, Ketua Polis Balai Adela di talian 013-742 6353, atau mana-mana balai polis berhampiran. Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis IPD Kota Tinggi di talian 07-883 1222.

Ibu Pejabat Polis Daerah Pengerang.Adakah ini penanda awal Pengerang bakal menjadi Daerah mereka sendiri. Kita tunggu da...
12/10/2026

Ibu Pejabat Polis Daerah Pengerang.

Adakah ini penanda awal Pengerang bakal menjadi Daerah mereka sendiri. Kita tunggu dan lihat.

Kredit Photo : Tuan Hj Mohammad Syahrin

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TERANCANGPihak Ranhill SAJ akan melaksanakan kerja-kerja terancang sebagai usaha meningkatkan...
12/10/2026

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TERANCANG

Pihak Ranhill SAJ akan melaksanakan kerja-kerja terancang sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air di kawasan anda. Oleh itu, pihak kami menjangkakan kawasan anda akan menerima bekalan air pada tahap minimum atau di sebahagian kawasan berkemungkinan tidak menerima bekalan air sebagaimana ketetapan berikut :

Jenis Program: PEMASANGAN “FLOW METER”

Jangka Masa Gangguan (10 JAM):
14/10/2026 (RABU), 08:00 MALAM hingga 15/10/2026 (KHAMIS), 06:00 PAGI.

Kawasan Terlibat :

Keseluruhan Jalan Md Amin, Jalan Sg Siput, Jalan Padang, Lorong Melor 1 hingga Lorong Melor 4, Jalan Bukit Kerajaan, Jln Yahya, Jln Abdullah, Jln Tun Habab, Lrg Indah 2, Jln Indah 3, Jln Tun Sri Lanang, Lrg Tun Sri Lanang, Jln Selar, Jln Gelama, Jln Kerapu hingga Kerapu 3, Jln Bawal, Jln Kota Kecil, Jln Yusof, Jln Tambatan, Jln Niaga 1 hingga Niaga 11, Jln Jaya Mawai 1 hingga Jln Jaya Mawai 4, Jln Laksamana dan Jln Biru 1, Hotel Myrress, Hotel HM, KIP Mall dan Hospital Kota Tinggi.

i. Tangki simpanan di setiap premis anda boleh bertahan sehingga 24 jam penggunaan normal sekiranya gangguan melibatkan kawasan anda.

ii. Sekiranya anda tidak mempunyai tangki simpanan, anda dinasihatkan untuk menyediakan bekas simpanan air yang mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

iii. Gunakan air secara berhemah. Elakkan pembaziran.

Maklumat Perhubungan Ranhill SAJ

☎️ Talian Khidmat Pelanggan : 1800-88-7474

📱 Aduan melalui SMS :Taip
ATRanhillSAJADUAN dan hantar ke 63001.

📧 E-mel : [email protected]

Pelanggan digalakkan untuk mengemas kini nombor telefon di kaunter Ranhill SAJ berhampiran bagi mendapatkan notis gangguan air melalui SMS.

Notis ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan.

Alhamdulillah Tok Karim Sudah selamat di jumpai di Felda Air Tawar 5. Polis Bawa Tok Karim ke Klinik Kesihatan Air Tawar...
12/10/2026

Alhamdulillah Tok Karim Sudah selamat di jumpai di Felda Air Tawar 5. Polis Bawa Tok Karim ke Klinik Kesihatan Air Tawar 2 untuk pemeriksaan kesihatan

Motor jumpa 500meter dr kuari ke sempadan Air Tawar 4/5

Rujukan https://www.facebook.com/share/p/1FThbtoc8Y/

Mohon pemilik IC whatsaap no ini +60 11-1124 3221 beliau ada terjumpa wallet anda. Di Taman Sri Saujana.
12/10/2026

Mohon pemilik IC whatsaap no ini +60 11-1124 3221 beliau ada terjumpa wallet anda. Di Taman Sri Saujana.

Kami menyediakan pelbagai pilihan insurans seperti Allianz, Liberty, Kurnia, Takaful Malaysia dan Tune Protect.JS ERA Ag...
12/10/2026

Kami menyediakan pelbagai pilihan insurans seperti Allianz, Liberty, Kurnia, Takaful Malaysia dan Tune Protect.

JS ERA Agency — Rakan Insurans yang Anda Percayai.

Hubungi kami untuk pembaharuan, sebut harga dan pertanyaan insurans

📍 11, Jalan Mawar 2, Kota Tinggi
📲 018-2870272 (WhatsApp / call)
www.wasap.my/60182870272/renewInsurance

Address

Kota Tinggi

Telephone

+60127776265

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Orang Kota - Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Orang Kota - Tinggi:

Shortcuts

Share