Seni Silat Gayung Sumur 7 Kg Lukut

Seni Silat Gayung Sumur 7 Kg Lukut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Seni Silat Gayung Sumur 7 Kg Lukut, Nonprofit Organization, Kampung Lukut, Kota Tinggi.

01/12/2022

Bermula 11.8.2022 - 11.11.2022 begitulah perjalanan fasa 1 SGS7 bermula.

11.8.2022 latihan Asas SGS7 Fasa 1 bermula dengan kehadiran seramai 70 orang dari peringkat umur 5 tahun keatas.

Segala rintangan dan cabaran ditempuh baik didalam gelanggang mahu pon diluar gelanggang.

3 purnama latihan asas ditempuh.kini detik yang ditunggu menjelang tiba.

11.11.2022 seramai 50 orang anak² SGS7 dapat melaksanakan Tamat Latihan Asas Peringkat Bengkong Hitam dan Putih.

Kami jurulatih SGS7 mengucapkan tahniah dan syabas kerana anda berjaya menempuh segala cabaran.

Fasa ke 2 bermula.pada yg berminat boleh hadir ke tempat kami Kg Lukut Kota Tinggi Johor
01/12/2022

Fasa ke 2 bermula.pada yg berminat boleh hadir ke tempat kami Kg Lukut Kota Tinggi Johor

04/09/2022

Komitmen serta komited daripada anda semua amatlah kami hargai. Semoga terus berusaha anak-anak SGS7✨🌹

31/08/2022

SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIAKU🇲🇾

26 Ogos 202228 Muharram 1444HSetelah 2 minggu pembelajaran, anak-anak SGS7 masih teguh pendiriannya untuk mendalami ilmu...
28/08/2022

26 Ogos 2022
28 Muharram 1444H

Setelah 2 minggu pembelajaran, anak-anak SGS7 masih teguh pendiriannya untuk mendalami ilmu baharu buat mereka. Walapun ketika ini dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Hujan disebelah petang sehingga malam, kami daripada pihak pengurusan berusaha yang terbaik untuk mencari tempat-tempat yang membolehkan aktiviti ini terus berlangsung. Cuaca hujan tidak menghalang anak-anak untuk hadirkan diri dan boleh katakan gelanggang penuh dan kami juga bersemangat untuk meneruskan aktiviti.

Diharapkan semangat ini terus kekal sehingga semua tamat dengan jayanya. Terima kasih semua.

27/08/2022

24 Ogos 2022
26 Muharram 1444H

JEMPUTAN PERSEMBAHAN SENI SILAT GAYUNG SUMUR 7.

Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya,
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya.

Pertama-tamanya kami daripada pengurusan SGS7 ingin mengucapkan kepada pengurusan majlis sempena program tourism homestay yang diadakan di Kg Lukut kerana sudi menjemput kami bagi memenuhi persembahan Seni Silat Gayung Sumur 7 setelah sekian lamanya.

Program Tourism Homestay ini telah menjadikan salah satu seni silat sebagai persembahan utama selain daripada zapin serta persembahan angklung. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi menjemput kami.

26/08/2022

19 Ogos 2022
21 Muharram 1444H

ASAS PERSILATAN SENI SILAT GAYUNG SUMUR 7.

Tak akan sumbang langkah kakimu,
Kerana kepahlawananmu sudah terbilang,
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan Melayu jadi terbilang.

Setiap permulaan pasti ada asasnya. Anak-anak seusia muda ini sewajarnya kita lenturkan dengan seni-seni yang dapat mereka guna pakai dikemudian hari. Alhamdulilah, anak-anak SGS7 begitu semangat untuk meneruskan pengajian walaupun disebelah siang mereka menutut ilmu di sekolah, di sebelah malam mereka masih bersemangat untuk belajar asas persilatan SGS7.

Benarlah bab kata pepatah 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya', dengan izin Allah, anak-anak ini dapat ilmu yang bermanfaat serta dapat dibentuk disiplinnya seusia muda.

Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang mampu sama-sama memberi dorongan buat anak-anak ini dalam meneruskan pembelajaran.

11 Ogos 202213 Muharram 1444H PEMBUKAAN GELANGGANG SENI SILAT GAYUNG SUMUR 7 KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.Tanah Mel...
25/08/2022

11 Ogos 2022
13 Muharram 1444H

PEMBUKAAN GELANGGANG SENI SILAT GAYUNG SUMUR 7 KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.

Tanah Melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat dijunjung nama dijaga,
Tidak Melayu hilang didunia.

Setelah sekian lama gelanggang ini melabuh tirai. Akhirnya dibuka semula khusus buat anak-anak jati di Kg Lukut. Pembukaan gelanggang ini pada awalnya dibuka semula pada tahun 2019. Akan tetapi, pada tahun 2020 semasa Pandemik COVID 19, segala aktiviti persilatan terpaksa ditutup semula.

Alhamdulilah, pada tahun 2022, sambutan yang sangat padu bagi aktiviti persilatan ini kembali dibuka sehingga penyertaan pada peringkat pendaftaran mencecah hampir 70 pelajar baharu.

Warisan persilatan ini sudah lama dibuka sekitar 1980an yang diasaskan oleh Allahyarham Norden Abd Manaf dan kini ia disambung legasinya oleh anak beliau serta tenaga pengajar lain yang sudah lama berguru dengan Allahyarham Norden.

Sambutan hangat daripada anak-anak Kg Lukut ini telah menjadikan perwarisan ini terus diwarisi oleh anak-anak kita. Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa/penjaga anak-anak daripada pengurusan SGS7. Semoga semua ahli baru SGS7 berjaya tamatkan pembelajaran dengan sempurna.

Al-Fatihah buat Allahyarham Norden bin Abd Manaf

Address

Kampung Lukut
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 21:00 - 23:00
Tuesday 21:00 - 23:00
Wednesday 21:00 - 23:00
Thursday 21:00 - 23:00
Friday 21:00 - 23:00
Sunday 21:00 - 23:00

Telephone

+60197848576

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seni Silat Gayung Sumur 7 Kg Lukut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share