Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu

  • Home
  • Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu

Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu, Non-Governmental Organization (NGO), Pejabat Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Kota Kinabalu, .

Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu merupakan sebuah persatuan berdaftar yang ditubuhkan pada Tahun 2024 bagi memperjuangkan kebajikan, pembangunan dan pemerkasaan penjaja serta peniaga kecil di Daerah Kota Kinabalu.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ | πŸπŸŽπŸπŸ”πŒDi kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya dan keluarga tercinta ingin mengu...
27/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ | πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya dan keluarga tercinta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, para usahawan, penjaja, peniaga kecil serta seluruh rakyat Sabah.

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat kita semua. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diterima oleh Allah SWT, di samping mengurniakan kebahagiaan, kesihatan yang baik, keberkatan rezeki dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim bersama keluarga serta insan tersayang. Amin

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. Salam Kosong-kosong

Ikhlas daripada,

Ramzih Ruzin
Pengerusi Persatuan Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Kinabalu (PUPPKKK),
Ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Kinabalu (M3PN),
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS)









πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸͺSelamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli PUPPKKK, usahawan, penjaja, peniaga kecil serta...
27/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸͺ

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli PUPPKKK, usahawan, penjaja, peniaga kecil serta masyarakat umum.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dibawa oleh Aidiladha terus menyatukan kita bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan sahabat handai.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
PUPPKKK

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 βœ¨β€‹Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, keteguhan hati, dan semangat pengo...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 ✨

​Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, keteguhan hati, dan semangat pengorbanan yang sebenar. Semoga hari yang penuh barakah ini membawa seribu rahmat, meluaskan pintu rezeki, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

​Selamat menjalankan ibadah korban dan selamat bercuti bersama keluarga tercinta buat semua rakan niaga, klien, dan seluruh komuniti.

​Tulus ikhlas daripada kami di PUPPKKK. πŸ•‹β€οΈ

20/05/2026

Alhamdulillah, harini team PUPPKKK selesai atur pemasangan Banner Baharu untuk Pasar Malam Sabah Trade Center.

Semoga dengan adanya Banner ini membantu menyampaikan mesej kepada para pengunjung yang melalui jalan istiadat Likas untuk berkunjung ke Pasar Malam Sabah Trade Center ini.

Kami masih membuka lot tapak berniaga sebanyak 5 buah lot kepada para Peniaga/Vendor yang sedang mencari tempat berniaga di Pasar Malam.

Yang berminat boleh hubungi kami menerusi talian dibawah πŸ‘‡πŸ»
wasap.my/60162692990 - Kapten Ramzih
wasap.my/60108262990 - Cik Sherra



Pagi ini Team Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu sedang membuat pengurusan pemasangan Banne...
20/05/2026

Pagi ini Team Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu sedang membuat pengurusan pemasangan Banner baharu untuk Pasar Malam Sabah Trade Centre yang terletak betul-betul di kawasan tapak parking Sabah Trade Center.

Untuk makluman semua, Pasar Malam Sabah Trade Centre beroperasi SETIAP HARI yang mana bermula daripada Jam 4 Petang sehingga Jam 12 Malam. Bagi para pengunjung yang berkunjung ke Pasar Malam ini jangan risau pihak Vendor/Peniaga memang ada menyediakan tempat duduk untuk pelanggan which is "Free Seating"

Jom ramai-ramai datang dan support vendor/peniaga tempatan kita bagi memeriahkan lagi Pasar Malam Sabah Trade Center !

Pin Lokasi
https://share.google/QxfvuUGyZPbjdOhqS



19/05/2026

Harini sebagai pihak pengurusan Pasar Malam Sabah Trade Center kita melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan rumput-rumput tebal yang berada di kawasan sekitar Lot Tapak Vendor/Peniaga yang berniaga kemas dan bersih.

Tujuan utama adalah yang pertama memang kita kena pastikan rumput tersebut tidak subur kerana kerisauan utama adalah apabila ada haiwan berbisa seperti Ular bersembunyi di kawasan tersebut, selain itu adalah untuk mengelak tikus bersarang juga di kawasan tersebut.

Pihak pengurusan akan memastikan kawasan sentiasa terjaga dan kemas yang mana kita mahu pengunjung-pengunjung juga happy kalau lepak santai dan makan di sini.

Good news ! kita masih open Lot dalam 5 buah lot, kepada usahawan/peniaga/vendor yang mencari tempat untuk berniaga boleh hubungi terus talian dibawah πŸ‘‡πŸ»

wasap.my/60162692990
wasap.my/60108262990



16/05/2026

Alhamdulillah syukur harini siap sudah sepenuhnya kita punya Meter air dan sambungan terus ke tangki air.

Selepas ini vendor tidak perlu risau sudah tentang keperluan stock air yang ada di tangki kerana dengan adanya meter air, pihak Pengurusan (PUPPKKK) akan keep topup air dalam tangki setiap hari.

Ini adalah satu inisiatif untuk kita bantu para Penjaja dan Peniaga kecil di Pasar Malam Sabah Trade Center. Semoga ada manfaat bukan sahaja untuk vendor tetapi kepada Customer yang datang "Dine In" atau "Walk in" makan dan minum disini.

Sekali lagi good news, kami masih membuka 5 buah lot kepada peniaga yang ingin masuk berniaga di Pasar Malam Sabah Trade Center.

Boleh hubungi talian dibawah untuk maklumat lanjut :
wasap.my/60162692990 - Kapten Ramzih
wasap.my/60108262990 - Cik Sherra



Hai Kamurang !Mau war-warkan sikit, sekarang ni Pasar Malam Sabah Trade Centre masih buka pengambilan vendor/peniaga mak...
15/05/2026

Hai Kamurang !

Mau war-warkan sikit, sekarang ni Pasar Malam Sabah Trade Centre masih buka pengambilan vendor/peniaga makanan & minuman lagi

Setakat ni tinggal 5 LOT kosong saja
Kalau kamu ada jual makanan, minuman, dessert, street food, kuih-muih, coffee, tea atau menu viral, memang ngam join sini.

Tempat memang strategik, ramai orang lalu-lalang tiap malam
Parking pun senang, kawasan selesa dan kami pun aktif buat promosi untuk bantu tarik pelanggan datang πŸ‘πŸ»

Suasana pasar malam memang meriah & happening πŸ”₯
Sesuai untuk yang baru mau mula berniaga atau yang mau tambah tapak jualan baru.

πŸ“ Lokasi : Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu
πŸ•“ Operasi : 4.00 petang – 12.00 malam

πŸ“² Berminat boleh terus WhatsApp:
Kapten Ramzih – 016-2692990
Cik Sherra – 010-8262990



15/05/2026

Harini saya membuat tinjauan bagi memastikan progress sambungan meter air di Pasar Malam Sabah Trade Center berjalan lancar.

Inshallah harini semua vendor/peniaga sudah mula boleh menggunakan air bagi aktiviti menyuci kelengkapan dan customer juga boleh menyuci tangan bila "Dine In".

Untuk makluman, masih ada lot kosong ya di Tapak Pasar Malam Sabah Trade Center, yang berminat boleh hubungi kami di talian dibawah.

wasap.my/60162692990 - Kapten Ramzih
wasap.my/60108262990 - Cik Sherra




πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π ππ„ππ“πˆππ† πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍-𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇⏳ TARIKH AKHIR PERMOHONAN GERAN SME-UP 2026 bakal ditutup tidak lam...
15/05/2026

πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π ππ„ππ“πˆππ† πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍-𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

⏳ TARIKH AKHIR PERMOHONAN GERAN SME-UP 2026 bakal ditutup tidak lama lagi!

πŸ“… 16HB MEI 2026 (Sabtu)
πŸ•š 11.59 MALAM

Jangan lepaskan peluang untuk memohon bantuan pembangunan perniagaan yang ditawarkan melalui program Bantuan SME-UP 2026 DIDR Sabah.

Antara bantuan yang ditawarkan:
βœ… Mesin & Peralatan
βœ… Pembungkusan & Pelabelan
βœ… Mesin Retort
βœ… Pensijilan Halal
βœ… Pendaftaran Cap Dagangan

πŸ“Œ Kepada usahawan yang belum membuat permohonan, anda disarankan untuk bertindak segera sebelum tarikh TUTUP.

☎ HOTLINE BANTUAN & INFORMASI BERKENAAN PERMOHONAN
πŸ“ž Hotline 1 : 011-6549 8233
πŸ“ž Hotline 2 : 011-6539 8233

JANGAN TERLEPAS LAGI KERANA MASIH ADA 1 HARI LAGI UNTUK PELUANG INI !

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 π”ππ“π”πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 & π•π„ππƒπŽπ‘ π“π„πŒππ€π“π€πSempena Kota Kinabalu International Mayors Dialogue 2026, kami kini mencari 10–2...
14/05/2026

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 π”ππ“π”πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 & π•π„ππƒπŽπ‘ π“π„πŒππ€π“π€π

Sempena Kota Kinabalu International Mayors Dialogue 2026, kami kini mencari 10–20 usahawan/vendor terpilih untuk menyertai acara antarabangsa ini.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

πŸ—“ 7hb – 10hb Oktober 2026
πŸ“ Grand Ballroom, Pacific Sutera, Kota Kinabalu

Kategori jualan dicari :
βœ… Produk IKS
βœ… Kraftangan
βœ… Makanan kering
βœ… Produk makanan laut
βœ… Produk makanan berbungkus

Kelebihan menyertai program ini :
πŸ‘‰πŸ» Memperkenalkan produk anda kepada delegasi antarabangsa
πŸ‘‰πŸ» Meluaskan jaringan perniagaan
πŸ‘‰πŸ» Meningkatkan jenama & jualan anda

πŸ’Ό Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin bandar dan komuniti global!

⏳ Tarikh tutup penyertaan :
πŸ•— Jam 8:00 malam ini (Khamis)

πŸ“ž Untuk penyertaan & pertanyaan :
πŸ“± Kap. Ramzih β€” 016 269 2990
πŸ“± Cik Shera β€” 010 826 2990
🌐 www.datappk.com









Address

Pejabat Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Kota Kinabalu

88000 KOTA KINABALU, SABAH

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00
Saturday 09:00 - 03:00

Telephone

+60162692990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share