ISU Sabahan

ISU Sabahan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ISU Sabahan, Non-Governmental Organization (NGO), Kota Kinabalu.

Seorang pemuda dari Selangor yang kini menetap di Sabah berkongsi cerita bagaimana kehidupan di Sabah. Harga ayam sekilo...
11/05/2026

Seorang pemuda dari Selangor yang kini menetap di Sabah berkongsi cerita bagaimana kehidupan di Sabah. Harga ayam sekilo sekitar RM13 atau RM15.

Harga telur sepapan di Sabah RM19 sehingga RM21. Ini harga standard bagi barang keperluan asas di sana

Jika minyak Diesel naik sebagaimana di Semenanjung, bayangkan kenaikan harga barang keperluan asas yang perlu rakyat Sabah dan Sarawak tanggung.

Jadi janganlah membandingkan harga minyak Diesel di Sabah dan Sarawak lebih murah dari Semenanjung.

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk mengambil alih beberapa lagi entiti strategik daripada Kerajaan Persekutuan, s...
10/05/2026

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk mengambil alih beberapa lagi entiti strategik daripada Kerajaan Persekutuan, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan autonomi ekonomi serta kawalan terhadap aset penting negeri ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata langkah itu selari dengan agenda memperluaskan hak Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, langkah itu akan dilaksana berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

"Sebab itu dalam tempoh enam tahun lalu, kita mengambil langkah mengukuhkan ekonomi dengan mengambil alih kuasa tenaga Empangan Hidroelektrik Bakun daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kita mengambil alih Pelabuhan Bintulu; mewujudkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan syarikat penerbangan AirBorneo; serta mengambil alih majoriti ekuiti bank komersial Affin Bank.

"Malah, banyak lagi yang kita hendak ambil alih daripada Kerajaan Persekutuan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Kira-kira 3,000 pekerja daripada 34 kesatuan sekerja, hadir pada perhimpunan itu.

Bagaimanapun, Abang Johari tidak menjelaskan lanjut apa entiti strategik baharu yang akan diambil alih itu.

Katanya, pengambilalihan serta kewujudan banyak entiti strategik itu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, anak Sarawak akan diberikan latihan yang betul dengan memfokus kursus dalam bidang teknikal.

"Mulai tahun ini, Kerajaan Sarawak menawarkan 64 program di institusi pengajian tinggi (IPT) milik Sarawak untuk melahirkan anak Sarawak yang pakar dalam bidang sains, kewangan serta undang-undang baharu, termasuk undang-undang siber," katanya.

Sementara itu pada majlis sama, beliau turut melancarkan 'Job Sarawak', iaitu platform pekerjaan rasmi Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat negeri ini mendapatkan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan padanan kerjaya dengan majikan tempatan.

Inisiatif itu adalah sebahagian usaha memperkukuhkan pembangunan modal insan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak Sarawak, khususnya dalam sektor strategik.

Kredit sumber: Berita Harian

Sabah Electricity boleh tolong jelaskan! Ramai pengguna mengeluh dan keliru.." Mencabar mental juga bil ni.Tiba2 naik, t...
10/05/2026

Sabah Electricity boleh tolong jelaskan! Ramai pengguna mengeluh dan keliru..
" Mencabar mental juga bil ni.Tiba2 naik, tiba2 ada tunggakan. Tunggakan itu dari mana? "

10/05/2026
"Netizen Desak Kerajaan Sabah Tutup Penempatan UNHCR di Pulau Gaya"Gelombang desakan daripda netizen Sabah semakin kuat ...
09/05/2026

"Netizen Desak Kerajaan Sabah Tutup Penempatan UNHCR di Pulau Gaya"

Gelombang desakan daripda netizen Sabah semakin kuat agar kerajaan negeri menutup penempatan UNHCR di Pulau Gaya .Mereka berpendapat keadaan di Filipina kini stabil dan aman , maka penempatan itu tidak lagi relevan.

Sebaliknya, ia didakwa menjadi laluan masuk pendatang asing tanpa izin pelarian yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kedaulatan Sabah.

ini cetuskan perdebatan hangat antara hak kemanusiaa dan keperluan kawalan imigresen .

Sumber FB : Kami Urang Sabah

PENEMPATAN SETINGGAN DI LIKAS SUDAH TERLALU LAMA JADI BOM MASA!Isu ini bukan lagi soal simpati semata-mata.Kawasan terla...
09/05/2026

PENEMPATAN SETINGGAN DI LIKAS SUDAH TERLALU LAMA JADI BOM MASA!

Isu ini bukan lagi soal simpati semata-mata.Kawasan terlalu padat, masalah kebersihan makin serius, saliran gagal berfungsi dengan baik dan risiko kebakaran sentiasa menghantui penduduk sekitar. Bila hujan lebat, banjir jadi langganan. Bila berlaku kebakaran, seluruh kawasan boleh terancam dalam masa singkat.

Kerajaan akhirnya bertindak demi projek tembatan banjir dan keselamatan bandaraya. Tanah kerajaan tetap milik kerajaan. Sabah tidak boleh terus dibebankan dengan penempatan yang semakin tidak terkawal sehingga menjejaskan pembangunan, keselamatan dan imej Kota Kinabalu sendiri.

Yang benar-benar rakyat Sabah dan layak menerima bantuan, wajib dibantu dengan cara yang sepatutnya. Kebajikan mereka jangan diabaikan. Tetapi pihak yang tidak mempunyai hak dan hanya mengambil kesempatan atas tanah kerajaan, tindakan tegas perlu dilaksanakan termasuk penghantaran p**ang mengikut undang-undang.

Pembangunan bandar tidak boleh dikorbankan
hanya kerana takut membuat keputusan. Tegas bukan zalim. Terlambat bertindak, seluruh rakyat yang menanggung akibat.

Sumber FB : Kami Urang Sabah

Perselisihan Hutang Upah Paip Berakhir Tragedi: Lelaki Warga Asing Ditahan Cuba Membunuh, Mengelar Mangsa Dengan Pisau📍 ...
08/05/2026

Perselisihan Hutang Upah Paip Berakhir Tragedi: Lelaki Warga Asing Ditahan Cuba Membunuh, Mengelar Mangsa Dengan Pisau

📍 PENAMPANG, 8 MEI 2026 – Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian ngeri membabitkan kes cubaan membunuh di sebuah rumah di Kampung Tuntuluk, Nosoob, tengah hari semalam.

🔎 Kronologi Kejadian
⏰ 12.00 tengah hari, 7 Mei – Suspek datang menuntut baki hutang kerja paip daripada kakak ipar mangsa.
👨‍👩‍👧 Mangsa bersama anak buah kecil di dapur. Pertengkaran mulut tercetus.
⚔️ Suspek merampas pisau, mengelar leher mangsa dan menolak ke dinding tandas.

🚑 Keadaan Mangsa
Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
- 🩸 Luka kelar di leher.
- 🪓 Luka tetakan di kepala kiri.
➡️ Kini stabil tetapi cedera serius.

👮‍♂️ Penangkapan Suspek
📌 Ditahan jam 5.50 petang di semak tepi Jalan Pekan Kinarut Lama, Papar.
- 👤 Lelaki warga asing, 29 tahun.
- 📄 Tiada dokumen sah.
- 💉 Positif Methamphetamine.

⚖️ Tindakan Undang-Undang
Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan Membunuh).
📢 Polis nasihat orang ramai tidak buat spekulasi.
📞 Maklumat lanjut: ASP Hairie Bin Awang Akub di 016-8032849.

KOTA KINABALU: Kegiatan penyambungan elektrik secara haram atau “curi karen” di Sabah kini semakin membimbangkan apabila...
07/05/2026

KOTA KINABALU: Kegiatan penyambungan elektrik secara haram atau “curi karen” di Sabah kini semakin membimbangkan apabila sambungan tanpa kebenaran dikesan berleluasa terutama di kawasan setinggan dan premis haram.

Selain mencuri bekalan elektrik untuk kegunaan sendiri, ada pihak dipercayai turut menjadikan kegiatan ini sebagai sumber keuntungan dengan menjual semula bekalan elektrik secara haram kepada penghuni lain.

Pendawaian tidak selamat, kabel berselirat dan sambungan terus ke talian utama turut meningkatkan risiko kebakaran besar serta mengancam nyawa penduduk.

Di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap pesalah.

Antara peruntukan utama ialah:

1. Seksyen 61(1) dan 61(3) — mencuri atau menggunakan bekalan elektrik secara haram boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta dan penjara sehingga 10 tahun.

2. Kesalahan berulang p**a boleh membawa hukuman lebih berat termasuk denda sehingga RM5 juta.

3. Individu yang didapati melakukan sambungan tanpa kebenaran atau memintas meter elektrik turut boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk penjara.

4. Di bawah Seksyen 8(1)(b), mana-mana pihak yang menjual atau membekalkan elektrik tanpa lesen sah juga boleh didenda sehingga RM1 juta serta dipenjara sehingga 10 tahun.

Walaupun hukuman berat telah diperkenalkan, kegiatan “curi karen” dilihat masih berlaku secara terbuka sehingga menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan di lapangan.

Isu ini bukan sahaja menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada negeri, malah menjadikan kawasan penempatan haram sebagai “bom jangka” yang boleh mencetuskan tragedi kebakaran pada bila-bila masa.

KOTA KINABALU: Ag Mohd Tahir Mohd Talib bersama isterinya Fauziah Piut serta bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri,...
07/05/2026

KOTA KINABALU: Ag Mohd Tahir Mohd Talib bersama isterinya Fauziah Piut serta bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri, Lim Lam Beng akan mengetahui nasib mereka pada 19 Mei ini sama ada didapati bersalah atau dibebaskan daripada pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit dan barangan mewah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat menetapkan tarikh keputusan itu selepas mendengar hujahan akhir pihak pembelaan di Kota Kinabalu, dengan hujahan bagi Lim didengar pada Rabu manakala hujahan Ag Mohd Tahir dan Fauziah berlangsung pada Selasa.

Ag Mohd Tahir, 63, berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Fauziah, 61, p**a menghadapi 19 pertuduhan di bawah seksyen sama.

Pasangan itu turut berdepan dua pertuduhan bersama membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta selain pemilikan pelbagai barangan mewah yang dipercayai hasil aktiviti haram.

Sementara itu, Lim, 72, menghadapi empat pertuduhan melibatkan pemilikan sebuah Toyota Land Cruiser, wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000 yang dipercayai diperoleh daripada aktiviti menyalahi undang-undang.

Menurut pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk sebuah pejabat di Kota Kinabalu, sebuah rumah di Sembulan dan beberapa cawangan bank antara 4 Oktober hingga 8 November 2016.

Ketiga-tiga tertuduh pertama kali didakwa pada 29 Disember 2016 sebelum perbicaraan bermula pada 7 Mei 2018. Namun, prosiding berdepan kelewatan susulan pandemik COVID-19 serta beberapa permohonan interlocutori.

Pihak pendakwaan menutup kes pada 16 Mei 2024 selepas memanggil seramai 46 saksi. Pada 4 Disember 2024, mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga tertuduh membela diri.

Ag Mohd Tahir memulakan pembelaannya pada 30 April 2025 dan memanggil 12 saksi pembelaan termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Joseph Pairin Kitingan, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Raymond Tan Shu Kiah, selain dua bekas setiausaha tetap dan dua adiknya.

Fauziah p**a memberi keterangan tanpa bersumpah pada 26 September 2025 manakala Lim mengemukakan pembelaannya pada 22 Oktober 2025.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Datuk Ansari Abdullah bersama pasukan peguamnya, sementara Lim diwakili Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Kelvin Wong. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat dan Haresh Prakash Somiah.

TERKINI | Isu skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kembali menjadi perhatian apabila bebera...
06/05/2026

TERKINI | Isu skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kembali menjadi perhatian apabila beberapa aktivis menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan kes yang dilihat semakin perlahan dan tidak menyeluruh. Mereka turut memberi bayangan kemungkinan penganjuran satu lagi himpunan besar sebagai desakan kepada...

[Berita penuh di ruangan komen]

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISU Sabahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ISU Sabahan:

Shortcuts

Share