01/05/2026
Assalamualaikum Salam Sejahtera
HEBAHAN MAKLUMAN KEPADA PENDUDUK
Adalah dimaklumkan bahawa satu lawatan tapak bersama pihak DBKK (Bahagian Pengangkutan dan Trafik) telah berjaya dilaksanakan pada 27 April 2026 (semalam) bagi tujuan permohonan izin lalu berkaitan urusan perbekalan elektrik di kampung ini.
Sehubungan itu, penduduk adalah diingatkan bahawa proses pengurusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, kerana ia perlu melalui prosedur dan kelulusan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, serta memerlukan tempoh masa tertentu sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Untuk makluman juga:
* Sebanyak 70 set borang permohonan yang telah lengkap diisi akan disimpan sementara waktu, atas nasihat pihak SESB, bagi memberi laluan kepada proses kelulusan berdasarkan hasil lawatan tapak yang telah dijalankan.
* Pembukaan Kaunter Permohonan Elektrik 2.0 yang telah dihebahkan sebelum ini akan ditangguhkan sementara dan akan disambung semula pada waktu yang sesuai, dengan makluman lanjut akan disampaikan dari semasa ke semasa.
Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa:
* 6 kawasan tapak yang telah dicadangkan sebelum ini adalah MUKTAMAD (FINAL).
* Sebarang gangguan terhadap tapak-tapak tersebut, termasuk pembinaan bangunan atau apa-apa aktiviti yang boleh menghalang atau menjejaskan urusan perbekalan elektrik, akan diambil tindakan serta-merta.
Semua penduduk dimohon untuk:
* Bersabar dalam melalui proses ini, dan
* Terus memberikan sokongan penuh kepada usaha pengurusan bekalan elektrik yang sedang dilaksanakan dengan kerjasama pihak ADUN N.16 Karambunai, susulan perhimpunan bersama penduduk dan pihak SESB pada 4 Februari yang lalu.
Admin & Team,
Pengurusan Permohonan Bekalan Elektrik Kampung Delima Melayu
01/05/2026 (Jumaat)