Persatuan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku Sabah - COMBI

Persatuan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku Sabah - COMBI Sebuah NGO berdaftar yang bermatlamatkan untuk memperkasakan dan menggalakkan ahli komuniti melaksanakan aktiviti perubahan tingkah laku kesihatan

Jangan lupa cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.Tangan bersih tubuh sihat
05/05/2026

Jangan lupa cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.

Tangan bersih tubuh sihat

04/05/2026

20,451 kes denggi.

Itu bukan angka kecil.
Itu bukan sekadar nombor yang lalu di dashboard iDengue.

Itu bermaksud ribuan rumah sudah disentuh rasa cemas.
Anak demam panas.
Badan mula lemah.
Platelet jatuh.
Keluarga mula ulang-alik ke klinik dan hospital dengan harapan semuanya masih sempat.

Yang lebih membimbangkan, setakat awal Mei 2026 pun Malaysia sudah mencatat 20,451 kes denggi.
Sedangkan sepanjang tahun 2025, jumlah keseluruhan kes denggi yang dilaporkan ialah 55,399 kes.

Maknanya, belum pun separuh tahun berjalan, jumlah kes tahun ini sudah mencecah kira-kira 37 peratus daripada keseluruhan tahun lepas.

Ini petanda yang kita tak boleh lagi ambil mudah.
Denggi bukan tunggu rumah kotor.
Denggi juga bukan hanya masalah jiran.
Kadang-kadang ia bermula dengan benda kecil yang kita sendiri tak nampak penting.
Piring pasu.
Baldi lama.
Bekas plastik.
Longkang tersumbat.
Air bertakung yang dibiarkan terlalu lama.

Ramai orang tunggu fogging.
Sedangkan fogging hanya bantu bunuh nyamuk dewasa.
Kalau tempat pembiakan masih ada, kitaran itu akan bermula semula.

Sebab itu mesej paling penting malam ini mudah sahaja.
Periksa rumah anda.
Periksa kawasan luar rumah.
Buang bekas yang menakung air.
Cuci tempat yang selalu terlepas pandang.

Jangan tunggu ada orang rumah sendiri kena baru hendak panik.
Kadang-kadang, 10 minit memeriksa kawasan rumah boleh elakkan satu keluarga melalui ketakutan yang panjang.

20,451 kes bukan angka untuk dibaca dan dilupakan.
Ia patut jadi amaran.

Sumber: iDengue

06/04/2026

INFO SIHAT‼️

Kemaskini situasi wabak Denggi terkini sehingga 5 April 2026.

🏡 Terdapat 5 lokaliti wabak aktif Denggi.

🦟🏡 Terdapat 1 lokaliti baru wabak Denggi TAMAN SEMARAK RUMAH PANGSA.

🎉 Lokaliti tamat wabak Denggi :

1. TG BT KG PUKAT LAUT (J.IKAN)
2. ⁠TAMAN HOTSPRING JAYA
3. ⁠KG SENANG HATI BT 4 1/2
4. ⁠TG BT PUKAT DARAT

~ TIADA AEDES, TIADA DENGGI ~

-Ayuk Sihat Bah-







28/02/2026
Mudah sahaja untuk menyertai One Hour Malaysia Clean Up!
29/01/2026

Mudah sahaja untuk menyertai One Hour Malaysia Clean Up!

One Hour Malaysia Clean Up 2026. Hanya sejam! sertai aktiviti membersihkan persekitaran di premis masing-masing pada har...
29/01/2026

One Hour Malaysia Clean Up 2026. Hanya sejam! sertai aktiviti membersihkan persekitaran di premis masing-masing pada hari Sabtu minggu ke-4 setiap bulan.

26/12/2025

Ubah gaya hidup anda. Budayakan hidup sihat

☕️ Kurangkan gula - 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik
🧂 Kurangkan garam - cukup sedikit, cegah penyakit
🚭 Rokok dan v**e - Jangan mula, jangan cuba
😇 Kesihatan mental - jangan hakimi, jauhi stigma
🏃‍♂️ Kekal aktif - Lakukan X-Break, elakkan duduk melebihi 2 jam



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasark...
24/11/2025

Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasarkan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Impak Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) :
📌 menurunkan kadar kejadian penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin
📌 mengurangkan komplikasi penyakit yang boleh membawa kematian
📌 Menurunkan kadar kematian bayi dan kanak-kanak
📌 Meningkatkan status kesihatan generasi

24/11/2025
Vaksin membantu menguatkan sistem imun 💪🏻 anak anda untuk melindungi mereka daripada komplikasi yang boleh membahayakan ...
23/11/2025

Vaksin membantu menguatkan sistem imun 💪🏻 anak anda untuk melindungi mereka daripada komplikasi yang boleh membahayakan nyawa. Oleh sebab itu, Program Imunisasi Kebangsaan mengesyorkan agar kanak-kanak 👶🏻👦🏻 diberi vaksin semenjak lahir dan seterusnya.

Berikut adalah Jadual Imunisasi Kebangsaan Bayi dan Kanak-Kanak.

Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria 🦠 yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. ...
23/11/2025

Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria 🦠 yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk 😷.

⚠️ Di Malaysia seramai 26,781 orang dikesan menghidapi TB pada tahun 2023 dan mencatatkan 2,623 kematian pada tahun yang sama. Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera.

Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TB❓ Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.

Address

Unit Promosi Kesihatan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Tingkat 1 Rumah Persekutuan
Kota Kinabalu
88814

Telephone

088225632

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku Sabah - COMBI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share