Pertubuhan Gerakan Kebajikan Anak Sabah - G E R K A S

Pertubuhan Gerakan Kebajikan Anak Sabah - G E R K A S Pertubuhan Gerakan Kebajikan Anak Sabah (GERKAS), sebuah platform NGO rakyat untuk rakyat demi rakyat

Lawatan kepada ahli GERKAS di Hospital Tawau yang terlibat dalam kemalangan.Semoga diberikan kesembuhan kepadanya dan di...
08/03/2026

Lawatan kepada ahli GERKAS di Hospital Tawau yang terlibat dalam kemalangan.

Semoga diberikan kesembuhan kepadanya dan dipermudahkan segala urusan.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahteraBersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Pertubuhan Gerakan Kebajikan Ana...
16/03/2025

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Pertubuhan Gerakan Kebajikan Anak Sabah (GERKAS) akan melaksanakan program Sahur Jalanan khusus untuk mereka yang memerlukan.

Pada 18 Mac 2025 (Selasa) bertepatan dengan tarikh Nuzul Al Quran, kita akan mengagihkan set makanan sahur kepada komuniti seperti gelandangan, pelawat hospital, petugas awam, dan sebagainya di sekitar Kota Kinabalu.

Justeru, kita amat berharap dan mengalu-alukan sumbangan daripada semua untuk menjayakan misi ini. Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda.

Maklumat Saluran Sumbangan

🙏🏻Akaun Maybank GERKAS
🙏🏻560232152210

"Semoga Sumbangan Anda Diganjari Pahala Berlipat Ganda"

17/01/2025

INFAQ KASIH RAMADAN KAREEM

| Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera |

Pada bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi akan tiba, Pertubuhan Gerakan Kebajikan Anak Sabah berhasrat untuk melaksanakan program Infaq Kasih Ramadan yang diinisiatifkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

GERKAS menyasarkan 50 pek bantuan untuk disalurkan kepada 50 buah keluarga kurang berkemampuan untuk meringankan bebanan mereka mengharungi bulan Ramadan yang mulia ini.

Justeru, GERKAS turut membuka ruang kepada Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin, Tuan, Puan, untuk bersama-sama dalam menyumbang bagi menjayakan misi bantuan ini.

MAKLUMAT PEK BANTUAN
🤲🏻 Satu Pek Bantuan Barangan Dapur berjumlah RM50/PEK.
🤲🏻 Jumlah sumbangan bantuan adalah tidak terhad kepada jumlah tertentu. Anda boleh menyumbang dengan jumlah serendah RM1.
🤲🏻 Jumlah keseluruhan diperlukan sebanyak RM2500 sahaja. Jika sasaran telah cukup, memo rasmi akan diumumkan untuk menutup kutipan.

Maklumat Saluran
▶️560232152210
▶️MAYBANK
▶️Pertubuhan Gerakan Kebajikan Anak Sabah

"TIDAK AKAN FAQIR MEREKA YANG BERINFAQ"

Al FatihahTelah selamat dikebumikan saudara kita brother Latif, kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 11.00 malam ...
23/10/2024

Al Fatihah

Telah selamat dikebumikan saudara kita brother Latif, kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 11.00 malam semalam.

Semoga Allah mengampuni dosanya, merahmati rohnya, dan diterima segala amal baiknya di dunia, dipermudahkan perjalanan akhiratnya. Aamiin.

19/09/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat GERKAS.

Untuk makluman, sebuah rumah yang diduduki sebuah keluarga telah terbakar di Kg Bunga, Tenghilan.

Alhamdulillah, pasangan ibu bapa dan dua anak mereka berusia 11 tahun dan 6 tahun selamat, namun mereka sangat memerlukan bantuan.

Untuk bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun GERKAS.

🛑560232152210
🛑Maybank

InshaAllah jika keadaan masa mengizinkan kita akan serahkan dalam ahad minggu ini bersama sedikit bantuan fizikal berupa pakaian dan bekalan pek makanan.

Al FatihahSalam takziah kepada keluarga almarhum LK I PLM Arman San Hermansa, atas pemergian beliau semasa bertugas dala...
29/08/2024

Al Fatihah

Salam takziah kepada keluarga almarhum LK I PLM Arman San Hermansa, atas pemergian beliau semasa bertugas dalam operasi salvaj KD Pendekar, Johor.

Seluruh warga GERKAS amat berdukacita dan mendoakan almarhum ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin.

Almarhum adalah anak jati Sepagaya, Lahad Datu.

Address

Pejabat Urusan GERKAS, 1st Floor, University Plaza, Jalan Sepanggar
Kota Kinabalu
88450

Telephone

+60169725589

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Gerakan Kebajikan Anak Sabah - G E R K A S posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Gerakan Kebajikan Anak Sabah - G E R K A S:

Share