26/12/2023
Dadah Musuh No.1 Negara.
Kartel dadah terbesar di Sabah didalangi penaung NGO tumpas
berita harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.
Serbuan dilakukan jam 2.45 pagi semalam di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu hasil kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dalam serbuan itu polis menahan 10 lelaki, termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berusia 40 tahun.
"Siasatan awal mendapati, sindiket ini memperoleh bekalan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan mereka menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri terbabit, selain turut diseludup ke Indonesia dan Filipina.
"Semua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur p**a di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Siasatan di bawah SOSMA adalah bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket secara menyeluruh," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.
Ayob Khan berkata, sembilan lagi yang ditahan adalah seorang peniaga berusia 36 tahun dan pembantu peribadi berusia 48 tahun yang juga orang kanan sindiket berkenaan, penjawat awam berusia 44 tahun yang juga pegawai sebuah agensi penguatkuasaan berperanan sebagai transporter bagi sindiket serta seorang buruh berusia 34 tahun yang berperanan sebagai keldai dadah.
"Selain itu, dua individu berusia 32 dan 45 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak dan pengarah urusan rangkaian restoran yang menguruskan aspek kewangan sindiket, dua individu berusia 30 dan 31 tahun yang juga penganggur sebagai pengedar dadah dan seorang lagi penganggur berusia 48 tahun yang disyaki tonto kepada sindiket ini," katanya.