11/06/2026
‼️ MAKLUMAN AWAM: DAHAN POKOK TUMBANG DI JALAN TUARAN, LIKAS ✅
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.172 Kota Kinabalu menerima aduan berhubung kejadian dahan pokok tumbang di Jalan Tuaran, Likas pada jam 4.40 petang.
Pasukan Persatuan Bomba Sukarela Luyang KK telah segera bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan. Kerja pembersihan dimulakan sekitar jam 4.50 petang dan telah selesai pada jam 5.00 petang.
Mohon semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika memandu, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
Terima kasih kepada Pasukan Persatuan Bomba Sukarela Luyang KK atas tindakan pantas demi keselamatan pengguna jalan raya dan komuniti setempat.
📞 Sebarang aduan atau makluman, sila hubungi Hotline P.172 Kota Kinabalu: *011-3678 8172