Pertubuhan Nadi Khidmat Wanita Sabah

Pertubuhan Nadi Khidmat Wanita Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Nadi Khidmat Wanita Sabah, Non-Governmental Organization (NGO), Kota Kinabalu.

Terlupa cara lafaz niat puasa Ramadhan?Jangan risau dibawah kami kongsikan lafaz niat puasa harian atau sebulan sebagai ...
22/03/2023

Terlupa cara lafaz niat puasa Ramadhan?

Jangan risau dibawah kami kongsikan lafaz niat puasa harian atau sebulan sebagai rujukan buat kita semua.

Sebelum itu, kami Pertubuhan Nadi Khidmat Wanita Sabah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1444H buat semua umat Islam..

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Belumlah datang masanya bagi orang yang beriman bahawa akan khusyuk hati mereka mengin...
21/03/2023

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Belumlah datang masanya bagi orang yang beriman bahawa akan khusyuk hati mereka mengingati Allah dan apa yang Dia turunkan daripada kebenaran. Dan janganlah ada mereka seperti orang yang kedatangan kitab sebelumnya. Maka panjanglah masa yang mereka lalui, maka menjadi kasarlah hati mereka, dan banyaklah antara mereka yang fasik."

(Surah al-Hadid, ayat 16)

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ”2hari lagi kedatangan Bulan Ramadhan, bulan suci yang dipenuhi k...
21/03/2023

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ”

2hari lagi kedatangan Bulan Ramadhan, bulan suci yang dipenuhi keberkatan. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan mendapatkan balasan berlipat kali ganda.

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan, marilah kita persiapan diri menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Tak lupa juga untuk berdoa diberi peluang bertemu Ramadhan pada tahun ini.

Firman Allah SWT:وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىMaksudnya: “Dan hendakla...
09/03/2023

Firman Allah SWT:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.”

Begitu juga, al-Syaukani ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa al-Tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan sebahagian daripada perhiasan dan kecantikannya yang (sepatutnya) wajib untuk ditutupinya, yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian laki-laki — yakni syahwat mereka.
Pertubuhan Nadi Khidmat Wanita Sabah

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad SAW); wa...
09/03/2023

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Pertubuhan Nadi Khidmat Wanita Sabah

Malam nisfu sya’ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul Qodar.Malam Nisfu Sya’ban adalah...
07/03/2023

Malam nisfu sya’ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul Qodar.

Malam Nisfu Sya’ban adalah hari di mana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan di gantikan dengan buku catatan yang baru.

Banyak kelebihan malam nisfu Sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Jadi, perbnyakkan beramal, zikir selawat, solat sunat dan banyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa kita yang terdahulu dan yang terkemudian.
Moga-moga dengan malam yang penuh keberkatan Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan makbulkan doa-doa kita.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًاMaksudnya: “Ya Allah, sejah...
07/03/2023

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِPerbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa kami mengikut sega...
06/03/2023

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.🤲🏻

PERBANYAKKAN selawat pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ.
03/03/2023

PERBANYAKKAN selawat pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ.

DOA HARI SELASA“Hari Selasa ialah hari Allah mencipta sesuatu yang tak disukai manusia amnya seperti penyakit, musibah d...
28/02/2023

DOA HARI SELASA

“Hari Selasa ialah hari Allah mencipta sesuatu yang tak disukai manusia amnya seperti penyakit, musibah dsb.

Sebab itu Rasulullah ﷺ mengajarkan kita membaca doa ini,
selepas solat Subuh pada hari Selasa, agar dijaga daripada perkara yang kita tak sukai, daripada hari Selasa ini sehingga Selasa minggu berikutnya, In sha Allah.

اَللَّهُمَّ يَكَافِيَ البَلَاء اِكْفِنَا الْبَلَاء قَبْلَ نُزُولِهِ مِنَ الْسَّمَاء.( يا الله x7 )

Maknanya:
"Ya Allah Yang Maha Menghalang segala bala' bencana, elakkanlah kami dari ditimpa bencana sebelum bencana itu turun dari langit, Ya Allah (7x)."

✒ Doa selepas solat yang diajar oleh Rasulullah ﷺ kepada Muaz ...Daripada Mu'az bin Jabal RA ,  bahawa Rasulullah ﷺ meme...
27/02/2023

✒ Doa selepas solat yang diajar oleh Rasulullah ﷺ kepada Muaz ...

Daripada Mu'az bin Jabal RA , bahawa Rasulullah ﷺ memegang tangannya dan berkata:

“Wahai Mu'az, demi Allah, aku mencintaimu." Kemudian baginda ﷺ berkata: "Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'az, janganlah engkau tinggalkan ucapan ini setiap selesai solat,

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

(Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik).

[HR. Abu Daud (1301), disahihkan oleh Syeikh Albani]

26/02/2023

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Nadi Khidmat Wanita Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share