HALUAN Kelantan

Call Website Contact the organization

HALUAN Kelantan HALUAN Kelantan adalah cawangan kepada HALUAN Malaysia. "Berakhlak, Mendidik dan Berbakti"

HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik, status sosial mahupun geografi. Sejak tahun 2002, dengan peningkatan keahlian dan kemampuan mereka membantu masyarakat setempat, HALUAN mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan secara lebih meluas. Perkembangan terancang ini melibatkan aktivis-aktivis HALUAN turun membantu mengubati masalah-masalah sosial, di samping bantuan-bantuan kepada masyarakat miskin, golongan terbiar, anak-anak yatim, mereka yang ditimpa bencana dan seumpamanya. Usaha ini juga dapat memberi ruang kepada mereka yang mampu dan ikhlas dari kalangan masyarakat untuk menjadi sukarelawan bersama HALUAN dengan usaha yang kemas dan tersusun. Sebagai perkumpulan aktivis yang terlatih dan prihatin, HALUAN memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk memenuhi tanggungjawab asas kemanusiaan, di samping menunaikan kewajipan kepada Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, ahli-ahli dan aktivis-aktivis HALUAN bersandar kepada motto mereka, iaitu โ€Berakhlak, Mendidik dan Berbaktiโ€. Adalah menjadi aspirasi HALUAN untuk bersama masyarakat dalam apa juga bentuk aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan ruang-lingkup motto tersebut. Ahli-ahli HALUAN kini bertanggungjawab untuk bergerak ke hadapan, bersedia dan bangga untuk membantu, supaya sentiasa dirasai kehadiran mereka dalam masyarakat, tanpa unsur-unsur kemegahan atau kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu. Secara umumnya, objektif kepada aktiviti-aktiviti HALUAN adalah seperti berikut:

-Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutama dalam aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluarga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim.
-Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat.
-Menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDengan penuh rasa dukacita, HALUAN Kelantan  merakamkan ucapan salam takziah...
02/08/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, HALUAN Kelantan merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah Almarhum Ustaz Mohd Fauzi Naim, Mudir Sekolah Rendah Pratahfiz Integrasi Ibrah , Pulau Pinang.

Sesungguhnya pemergian seorang pendidik, murabbi dan pendakwah merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada dunia pendidikan, warga sekolah serta ummah.

Jasa, ilmu dan pengorbanan Allahyarham dalam mendidik generasi berakhlak serta menyampaikan risalah Islam akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada mereka yang meneruskan legasi pendidikan dan dakwah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya, melapangkan kuburnya, menerangi pusaranya dengan cahaya iman serta mengurniakan syurga sebagai tempat kembali yang terbaik.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

๐Ÿ“ข JEMPUTAN CERAMAH KEIBUBAPAAN & KESIHATAN MATA ANAK-ANAKAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Tuan/Puan yang dirah...
22/07/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN CERAMAH KEIBUBAPAAN & KESIHATAN MATA ANAK-ANAK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

Sukacita dijemput hadir ke program ceramah khas yang membincangkan isu semasa berkaitan penggunaan gajet dan kesannya terhadap kesihatan mata kanak-kanak.

๐Ÿ“ Tajuk:
Kesan Gajet Kepada Mata Kanak-Kanak

๐ŸŽ™ Penceramah:
Prof. Dr. Mohtar bin Ibrahim
Profesor Kunjungan & Pakar Perunding Oftalmologi

๐Ÿ“… Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 malam
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Al-Hidayah, Taman Kurnia Jaya

Antara perkara yang akan dikupas:
โœ… Kesan penggunaan gajet yang berlebihan terhadap penglihatan anak-anak
โœ… Tanda-tanda awal masalah mata yang perlu diberi perhatian ibu bapa
โœ… Langkah pencegahan dan penjagaan kesihatan mata yang betul
โœ… Sesi soal jawab bersama pakar oftalmologi

Program ini amat sesuai untuk ibu bapa, guru, penjaga serta masyarakat yang prihatin terhadap perkembangan dan kesihatan anak-anak.

๐Ÿ“Œ Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua.

Jom hadir beramai-ramai dan manfaatkan peluang menimba ilmu secara terus daripada pakar.

Anjuran:
Biro Pelajaran, Dakwah & Multimedia
Masjid Al-Hidayah Taman Kurnia Jaya
dengan kerjasama HALUAN Malaysia Cawangan Kelantan

โ€œMencegah lebih baik daripada merawat. Lindungi mata anak-anak kita bermula hari ini.โ€ ๐Ÿ‘๏ธโœจ

๐Ÿ•Š๏ธ SALAM TAKZIAH ๐Ÿ•Š๏ธุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽHALUAN Malaysia Cawangan Kelantan merakamkan setinggi-ting...
28/06/2026

๐Ÿ•Š๏ธ SALAM TAKZIAH ๐Ÿ•Š๏ธ

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

HALUAN Malaysia Cawangan Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Rumizan bin Yusoff atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Jasa, sumbangan, ilmu serta komitmen beliau dalam menyantuni masyarakat dan menyebarkan kebaikan akan terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.

Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat yang seluas-luasnya kepada Allahyarham, melapangkan kuburnya, menerangi alam barzakhnya serta menempatkan beliau dalam kalangan para solihin dan penghuni syurga-Nya.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.

Al-Fatihah.

Daripada:
HALUAN Malaysia Cawangan Kelantan




๐Ÿšจ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ช๐‘จ๐‘ต๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ตUjian berat sedang menimpa saudara kita di ๐—ž๐—ด ๐—š๐—ผ๐—ธ ๐—ž๐—ฎ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ (๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚).๐Ÿ”ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ...
12/06/2026

๐Ÿšจ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ช๐‘จ๐‘ต๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต

Ujian berat sedang menimpa saudara kita di ๐—ž๐—ด ๐—š๐—ผ๐—ธ ๐—ž๐—ฎ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ (๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚).

๐Ÿ”ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ ๐Ÿญ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น

Mereka kini amat memerlukan bantuan kecemasan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mari bersama-sama hulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas.

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ:
๐Ÿฆ Bank: ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜
๐Ÿ”ข No. Akaun: ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฑ ๐Ÿฒ๐Ÿฏ๐Ÿฏ๐Ÿณ ๐Ÿญ๐Ÿฌ
๐Ÿข Nama Akaun: ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

๐Ÿ“Œ Rujukan: ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ
Sila hantarkan resit sumbangan anda kepada nombor di bawah untuk tujuan rekod:

๐Ÿ“ฒ Manzur: 019-9180675
๐Ÿ“ฒ Suhaini: 018-2424675

Setiap sumbangan anda, walau berapa pun nilainya, amat bermakna buat mereka pada waktu yang sukar ini. Mohon jasa baik anda untuk bantu kongsikan (share) mesej ini.



๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—š. ๐—š๐—ข๐—ž ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ HALUAN Kelantan melalui Biro Mi...
11/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—š. ๐—š๐—ข๐—ž ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ HALUAN Kelantan melalui Biro Misi Kemanusiaan telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapor yang terjejas dalam insiden kebakaran pada 8 Jun 2026.

Misi kemanusiaan ini diketuai oleh Mohamad Syahmi bin Mohamad Bakri, Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Kelantan, bersama barisan sukarelawan HALUAN Kelantan yang turun meninjau sendiri keadaan mangsa serta menyampaikan bantuan keperluan asas kepada keluarga yang terkesan.

Turut bersama dalam misi ini ialah:

1. Mohd Muslim Mahmud โ€“ Setiausaha HALUAN Kelantan
2. Manzur El Hassan Abd Aziz โ€“ Bendahari HALUAN Kelantan
3. Suhami Yusoff

Dalam lawatan tersebut, delegasi HALUAN Kelantan turut meninjau kawasan kebakaran yang mengakibatkan kemusnahan beberapa buah rumah serta mendengar sendiri luahan dan keperluan segera mangsa yang terlibat.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Mat Ariffin Saman, Naib Yang Dipertua 4 HALUAN Kelantan (Kluster Kebajikan & Kemanusiaan), sebagai tanda keprihatinan dan solidariti HALUAN terhadap keluarga yang sedang berdepan ujian berat akibat musibah tersebut.

Seramai 27 keluarga mangsa kebakaran menerima sumbangan awal berupa keperluan asas bagi membantu meringankan beban mereka dalam tempoh kecemasan.

Antara barangan yang disalurkan ialah:

* Kit kebersihan
* Biskut
* Sardin
* Lampin pakai buang kanak-kanak
* Air mineral
* Lampin pakai buang dewasa

Menurut pihak HALUAN Kelantan, bantuan awal ini merupakan sebahagian daripada usaha segera bagi memenuhi keperluan asas mangsa sementara proses bantuan dan pemulihan yang lebih menyeluruh diselaraskan bersama pihak-pihak berkaitan.

HALUAN Kelantan merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada semua mangsa yang terlibat serta mendoakan agar mereka diberikan ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.

โ€œ๐‘บ๐’†๐’”๐’–๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‰๐’๐’š๐’‚ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’”๐’–๐’Œ๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐’Š๐’•๐’– ๐’‚๐’…๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’Ž๐’–๐’…๐’‚๐’‰๐’‚๐’.โ€ (๐‘บ๐’–๐’“๐’‚๐’‰ ๐’‚๐’-๐‘ฐ๐’๐’”๐’š๐’Š๐’“๐’‚๐’‰: 6)

Disediakan oleh:
Biro Misi Kemanusiaan
HALUAN Kelantan
9 Jun 2026

[Program]Telah berlangsung program Sumbangan Ramadan Untuk Asnaf (Ehsan-Care) bertempat di Klinik Ehsan Cawangan Peringa...
18/03/2026

[Program]

Telah berlangsung program Sumbangan Ramadan Untuk Asnaf (Ehsan-Care) bertempat di Klinik Ehsan Cawangan Peringat 22 Jam. Program ini adalah anjuran Haluan Kelantan Zon Ketereh, Persatuan Kesihatan Barakah Malaysia dan Klinik Ehsan Sdn Bhd.

Program ini bertujuan menyantuni golongan asnaf yang terdiri dari fakir miskin, ibu tunggal, muallaf dan anak yatim dan telah dirasmikan oleh Presiden Haluan Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abdul Rahman.





[Ihya Ramadan]Haluan Zon Selatan telah menganjurkan program Majlis Berbuka Puasa dan Pemberian sumbangan asnaf bertempat...
18/03/2026

[Ihya Ramadan]

Haluan Zon Selatan telah menganjurkan program Majlis Berbuka Puasa dan Pemberian sumbangan asnaf bertempat di Restoran Selera Tepi Sungai Tanah Merah.

Program ini telah dihadiri seramai 100 orang peserta termasuk relawan dan asnaf di kawasan sekitar yang terpilih.



[Program]Program Mega Iftar Pemuda Haluan Gathering telah diadakan pada 28 Februari bertempat di Dewan Bdarlife Pengakal...
17/03/2026

[Program]

Program Mega Iftar Pemuda Haluan Gathering telah diadakan pada 28 Februari bertempat di Dewan Bdarlife Pengakalan Chepa. Program anjuran Biro Pemuda , IPT dan Haluanita telah berjaya mengumpulkan seramai 230 orang jemputan terdiri dari ahli dan relawan Haluan.



[ Program ]Program Kem Anak Soleh anjuran Kelab Remaja  Haluan Kelantan (KeARAH) bertempat di Masjid Mukim Pendek. Penye...
12/03/2026

[ Program ]

Program Kem Anak Soleh anjuran Kelab Remaja Haluan Kelantan (KeARAH) bertempat di Masjid Mukim Pendek. Penyertaan seramai 100 perserta dari pelbagai peringkat umur sekolah rendah.

Berakhlak | Mendidik | Berbakti

Address

Kota Bharu
15000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUAN Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HALUAN Kelantan:

Shortcuts

Share