Pusat Bantuan Guaman Kelantan, Majlis Peguam Malaysia

Pusat Bantuan Guaman Kelantan, Majlis Peguam Malaysia Khidmat Nasihat Guaman

11/09/2024
Pada 25 Ogos 2024, Pusat Bantuan Guaman (Kelantan) Majlis Peguam Malaysia dengan kejasama LAC YBGK Kelantan telah mengan...
25/08/2024

Pada 25 Ogos 2024, Pusat Bantuan Guaman (Kelantan) Majlis Peguam Malaysia dengan kejasama LAC YBGK Kelantan telah menganjurkan satu program Sembang Santai secara Live sebagaimana tetapan berikut:-

📌 Tajuk : Pindahmilik Tanah Melalui Perintah Mahkamah
🗓️ Masa : 1:00 tengah hari - 2:00 petang (Ahad)
🎥 Platform :
(1) Laman Facebook Pusat Bantuan Guaman Kelantan, Majlis Peguam Malaysia
(2) Tiktok Penceramah wani_rahman

Terima kasih diucapkan kepada Puan Azwani Binti Abdul Rahman dari Tetuan Amir Azwani & Jailani Norfaruqi kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pengetahuan & pengalaman beliau sebagai Peguam Hartanah.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada para penonton & pendengar kerana sudi turut serta dan sama-sama menjayakan program pada hari ini.

Pada 25 Ogos 2024 (Ahad), Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmu...
25/08/2024

Pada 25 Ogos 2024 (Ahad), Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Kelantan untuk memberi ceramah yang bertajuk "JENAYAH & JUVANA".

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesalahan-kesalahan jenayah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar sekolah seperti dadah, ketum, buli, kesalahan seksual dan merempit. Program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh pihak sekolah dan dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4.

Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga SMK Mahmud Mahyidin serta para pelajar kerana telah memberi kerjasama dan tumpuan yang sangat baik untuk menjayakan program pada kali ini.

Semoga kita bertemu lagi untuk program seterusnya.

Terima kasih.

Ahli Lembaga Pengarah Terkini
04/07/2024

Ahli Lembaga Pengarah Terkini

Pada 05 Jun 2024, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah hadir ke Sekolah Menengah kebangsaan Panji untuk m...
11/06/2024

Pada 05 Jun 2024, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah hadir ke Sekolah Menengah kebangsaan Panji untuk memberi ceramah yang bertajuk "Cabaran Jenayah Dalam Dunia Remaja".

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang gangguan seksual dan kesalahan jenayah dalam kalangan pelajar. Program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh pihak sekolah serta pelajar-pelajar. Kami mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah serta para pelajar kerana telah memberi kerjasama dan tumpuan yang baik untuk menjayakan program kami pada kali ini.

Semoga kita bertemu lagi untuk program seterusnya. Terima kasih.

Selamat sejahtera! Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) akan mengadakan satu Kaunter Khidmat Nasihat Guaman Per...
04/06/2024

Selamat sejahtera!
Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) akan mengadakan satu Kaunter Khidmat Nasihat Guaman Percuma. Butiran program adalah seperti berikut:-

KAUNTER KHIDMAT NASIHAT GUAMAN PERCUMA
Tarikh/Hari: 05/06/2024 (RABU)
Jam: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: KOMPLEKS MAHKAMAH KOTA BHARU

Jika anda mempunyai permasalahan melibatkan undang-undang, jemput datang ke kaunter kami untuk mendapatkan nasihat undang-undang.
Semua dijemput hadir!
Terima kasih.

Pada 18 Mei 2024, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah mengadakan satu Kaunter Khidmat Nasihat Guaman Per...
19/05/2024

Pada 18 Mei 2024, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah mengadakan satu Kaunter Khidmat Nasihat Guaman Percuma Sempena Program Muslet Outreach: Kesedaran Undang-Undang bertempat di Dewan Samad Gul, Pusat Tarbiyah Rantau Panjang, Kelantan.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka yang mempunyai permasalahan melibatkan undang-undang supaya mengunjungi kaunter kami untuk mendapatkan nasihat undang-undang secara percuma.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Lepasan Undang-Undang Muslimat Negeri Kelantan (MUSLET) serta semua pihak yang hadir dan memberi kerjasama untuk menjayakan program kami pada kali ini.

Semoga bertemu lagi untuk program seterusnya!

Terima kasih!

Pada 2 Mei 2024, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, di Machang u...
12/05/2024

Pada 2 Mei 2024, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, di Machang untuk memberi ceramah yang bertajuk "Teenage World: Remaja & Jenayah".

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang jenayah di kalangan remaja. Program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh pihak sekolah. Kami mengucapkan terima kasih kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah kerana telah memberi kerjasama untuk menjayakan program kami pada kali ini.

Mana-mana pihak sekolah yang ingin mengadakan program sebegini, sila hubungi Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) di 011-11976700.

Semoga kita bertemu lagi untuk program seterusnya. Terima kasih.

Pada 29 April 2024 (Isnin), Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah mengadakan satu Sembang Santai Fb Live B...
06/05/2024

Pada 29 April 2024 (Isnin), Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kelantan) telah mengadakan satu Sembang Santai Fb Live Bersama Puan Noradilah binti Othman dengan tajuk Tuntutan Lapuk: Keberkesanan Dokumentar Lama dalam Perundangan Malaysia.

Program ini bertujuan untuk memahami peruntukan undang-undang mengenai dokumen usang serta meneroka kaedah-kaedah pengesahan dokumen dalam konteks undang-undang di Malaysia.
Kami mengucapkan terima kasih semua pihak yang hadir dan memberi kerjasama untuk menjayakan program kami ini.

Semoga ada kesempatan untuk bertemu lagi pada kesempatan yang lain, terima kasih!

https://www.facebook.com/100069170560909/videos/1216005956081899/

Telah selesai program sembang santai bersama Pelatih Dalam Kamar berkenaan dengan tajuk General Litigation: CivilProcedu...
28/02/2024

Telah selesai program sembang santai bersama Pelatih Dalam Kamar berkenaan dengan tajuk General Litigation: CivilProcedure & Practice yang diadakan di Kelantan Bar.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Syaerah Binti Meor Zulkefli 'Auni atas perkongsian yang cukup bermanfaat.

Address

Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas-Salor Kota Bharu, .
Kota Bharu
15510

Opening Hours

Monday 09:00 - 04:00
Tuesday 09:00 - 04:00
Wednesday 09:00 - 04:00
Thursday 09:00 - 04:00
Sunday 09:00 - 04:00

Telephone

+601111976700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Bantuan Guaman Kelantan, Majlis Peguam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share