24/09/2026
๐ฟ PROSEDUR MASUK ISLAM | HCF KELANTAN
Memeluk Islam adalah satu langkah besar dalam kehidupan. Di Hidayah Centre Foundation (HCF), kami percaya bahawa langkah ini wajar dimulakan dengan ilmu, kefahaman dan bimbingan.
Atas dasar itu, HCF membudayakan pendekatan:
โจ โMASUK ISLAM DENGAN KEFAHAMANโ
Bagi mereka yang ingin memeluk Islam di bawah pengurusan HCF, Sesi Kenali Islam merupakan satu keperluan untuk memberi ruang kepada pemohon mengenali asas iman, memahami Islam, bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan sebelum membuat keputusan.
Sesi ini bukan untuk menyukarkan, tetapi untuk memudahkan seseorang memahami apa yang bakal dilaluinya sebagai seorang Muslim.
Kami mahu setiap insan yang memilih Islam melangkah dengan kesedaran dan kefahaman yang baik, bukan semata-mata kerana pengaruh keadaan, hubungan, keluarga atau faktor luaran yang mungkin berubah.
๐ค Kerana syahadah bukan sekadar permulaan sebuah status, tetapi permulaan sebuah perjalanan mengenal Allah.
Semoga setiap langkah menuju hidayah dipandu dengan ilmu, disertai kefahaman dan terus mendapat sokongan dalam perjalanan sebagai seorang Muslim.
๐ Hidayah Centre Foundation Kelantan
๐ 013-2962220 โ Pejabat
Ilmu โข Kefahaman โข Bimbingan โข Sokongan