Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur - Poamat

Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur - Poamat SAYANGI SABAH, SEJATERAHKAN RAKYAT. INI BAH KITA MAHU!

29/11/2025

PERUTUSAN PRESIDEN
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG ASAL MALAYSIA TIMUR (POAMAT)
SEMPENA HARI MENGUNDI PRN SABAH KE-17

Salam sejahtera dan salam hormat kepada seluruh rakyat Sabah.

Sempena Hari Mengundi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, saya selaku Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT) ingin menyeru seluruh rakyat Sabah—khususnya masyarakat orang asal—agar turun mengundi dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan.

PRN kali ini bukan sekadar proses memilih wakil rakyat. Ia adalah penentu masa depan tanah air kita, penentu hala tuju pembangunan, serta penentu sejauh mana suara orang asal Sabah benar-benar dihormati dan diangkat. Masa depan ekonomi, sosial dan hak-hak komuniti kita bergantung pada keputusan yang kita buat hari ini.

Saya menyeru semua pengundi orang asal Sabah supaya memilih kepimpinan yang memahami realiti hidup masyarakat kita; yang konsisten memperjuangkan hak tanah adat, pembangunan luar bandar, peluang pendidikan, serta kesinambungan identiti budaya kita. Pilihlah pemimpin yang dekat dengan rakyat, bukan sekadar dekat pada waktu pilihan raya.

Turunlah mengundi dengan hati yang tenang, fikiran yang waras dan tekad yang jelas. Setiap undi adalah suara, dan setiap suara menentukan masa depan generasi kita.

Selamat Menunaikan Tanggungjawab di PRN Sabah Ke-17.
Semoga Tuhan memberkati langkah kita semua.

Presiden
Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT)


28/11/2025

🔥 “ORANG ASAL SABAH… SUARA KITA SEDANG DIPERTARUHKAN!”

⚠️ ORANG ASAL SABAH WAJIB TONTON VIDEO INI.
Buat pertama kali, POAMAT menyuarakan pendirian rasmi demi masa depan Orang Asal Sabah.
Isu tanah adat. Isu pembangunan kampung. Hak warisan. Akses pendidikan.
Semua ini memerlukan kepimpinan yang benar-benar memahami Sabah — parti tempatan.





Baru-baru ini POAMAT telah berjaya menganjurkan dialog bersama dengan Pegawai Daerah Kota belud, JKR Kota Belud, UPPM da...
09/12/2024

Baru-baru ini POAMAT telah berjaya menganjurkan dialog bersama dengan Pegawai Daerah Kota belud, JKR Kota Belud, UPPM dan beberapa pemimpin lain seperti wakil YB dan juga ketua kampung bersama JKK kampung..

Majlis ini sedikit sebanyak telah membuka mata dan minda semua yang terlibat dalam majlis ini untuk mengatasi masalah jalan raya di beberapa buah kampung di kawasan Kota Belud..

Ini adalah bukti bahawa POAMAT ini benar-benar berjuang untuk rakyat. Menyuarakan suara dan keluhan rakyat kepada badan-badan yang bertanggungjawab.

—————————————————
Pihak POAMAT ingin menyeruh kepada semua masyarakat sabah khususnya pemimpin-pemimpin kampung untuk tidak takut bersuara kepada badan-badan berwajib agar pembangunan kawasan kita akan cepat di laksanakan.

Pihak POAMAT juga ingin supaya rakyat sabah ini terus menyokong perjuangan POAMAT kerna bila POAMAT mendapat sokongan dari rakyat maka suara kita akan lebih lantang untuk menyuarakan dan menuntut mana-mana agensi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah di kawasan pendalaman sabah.


09/12/2024

Kembalikan penyelenggaraan jalan raya kampung kepada JKR - Poamat

KOTA BELUD: Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT) mencadangkan agar penyelanggaraan jalan raya yang dijalankan oleh syarikat-syarikat dikembalikan semula kepada pihak JKR untuk memudahkan kerja-kerja penaik tarafan jalan-jalan di kawasan kampung di seluruh Sabah.

Presiden Poamat, Maslan Maginda berkata antara penyebab utama jalan-jalan kampung ini sukar dinaik taraf adalah kerana jalan-jalan berkenaan berada di bawah penyelanggaraan syarikat-syarikat yang banyak mengaut keuntungan daripada kerja-kerja menyelenggara jalan raya kampung di seluruh Sabah dengan hanya menabur batu kelikir berpuluh tahun.

Beliau berkata demikian selepas majlis dialog yang dianjurkan oleh di Pejabat Poamat Daerah Kota Belud yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton,Jurutera Bahagian JKR Kota Belud, Anijah Sibin dan wakil wakil JKKK dan Ketua Kampung baru-baru ini.

Majlis Dialog itu turut dihadiri oleh Presiden Poamat Maslan Maginda, Setiausaha, Wilcius Tetmin, dan Bendahari Poamat Alexson Postar.
Majlis dialog itu berjaya membuka mata dan minda beberapa pemimipn kampung, pemimpinn masyarkat dan kaki tangan kerajaan berkaitan isu masalah jalan raya di beberapa kampung yang sudah berpuluh tahun menunggu dinaik taraf daripada gravel kepada jalan aspal termasuk di kawasan PDM Gaur2 dan PDM Tamu Darat

Maslan berkata, sekiranya peruntukan untuk menaiktaraf itu digunakan untuk mengaspal jalan raya sudah tentu tidak ada lagi jalan gravel di Sabah sekarang.

Beliau berharap, projek menaik taraf jalan jalan dalam kawasan PDM Gaur2 dan PDM Tamu Darat ini akan dimasukkan dalam bajet rancangan Malaysia ke 13 tahun hadapan untuk pengaspalan.

Katanya, pihak Poamat akan terus bersuara bagi kepentingan rakyat Sabah terutama luar bandar dan menyalurkannya kepada pihak kerajaan untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

Tambahnya, sebelum ini, pihak nya juga menerima panggilan penduduk Kampung Pulutan yang meminta agar Poamat menyuarakan masalah berkaitan jalan raya yang perlu di perbesarkan dan dinaik taraf kepada konkrit.

Menurutnya, Poamat difahamkan bahawa penduduk kampung menggunakan duit dan tenaga sendiri untuk memperbaiki jalan mereka tetapi sering kali rosak apabila hujan dan penduduk kampung tidak lagi mampu mengeluarkan duit sendiri membayar kos yang diperlukan memandangkan barang-barang dan sewa mesin terlalu tinggi.

"Kami daripada pihak NGO, merasa sedih mendengar keluhan penduduk kampung yang kini seakan akan tidak dipedulikan oleh wakil rakyat dan kerajaan gagal menyediakan kemudahan perhubungan jalan raya yang baik untuk mereka," kata Maslan.

FOTO

DIALOG…Antara yang menghadiri sesi dialog anjuran Poamat di Pejabat Daerah Kota Belud.

POAMAT menyeru kepada orang ramai, YB, Datuk, Tan Sri, Seri, badan korporat, syarikat, individu dermawan, kontraktor dan...
05/12/2024

POAMAT menyeru kepada orang ramai, YB, Datuk, Tan Sri, Seri, badan korporat, syarikat, individu dermawan, kontraktor dan usahawan yang sama-sama ingin memberi manfaat untuk rakyat agar memberi sumbangan kepada tabung kemasyarakatan yang dianjurkan oleh POAMAT.

Setiap sumbanggan anda amat bermakna bagi orang yang memerlukan.

Logo syarikat atau nama anda juga akan di paparkan di ruangan penyumbang dalam video kemasyarakatan yang akan kami buat.

Tujuan pungutan ini adalah bagi memperbaiki beberapa rumah rakyat yang terlalu usang agar keselesaan itu juga boleh dirasakan oleh rakyat yang kurang berkemampuan.

Namun keperluan-keperluan lain seperti keperluan asas masyarakat juga turut POAMAT perjuangkan demi kebaikan rakyat sabah khususnya.




22/11/2024

Part 3..

Penerangan tentang tujuan "PETISYEN" dibuat dan dihantar kepada kerajaan Sabah oleh Tuan Maslan Maginda selaku Presiden POAMAT.




15/11/2024

Part 2..

Penerangan tentang apa itu "POAMAT" oleh Tuan Maslan Maginda selaku Presiden POAMAT.




15/11/2024

PART 1..

Yang mahu berkenalan lebih dalam dengan Presiden POAMAT boleh la like video ini..😁




Ini adalah isi kandungan dalam petisyen yang dihantar oleh Poamat kepada kerajaan Sabah (GRS) pada 15.10.2024.
15/11/2024

Ini adalah isi kandungan dalam petisyen yang dihantar oleh Poamat kepada kerajaan Sabah (GRS) pada 15.10.2024.

09/11/2024

Penduduk kampung terpaksa menggunakan kewangan sendiri untuk membuat jalan kampung.!

Kami dari Persatuan POAMAT memohon kepada wakil rakyat kawasan ini agar mengambil perhatian segera terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat di kampung Pulutan Menggatal ini.

Ambilah kesempatan ini sebelum pilihan raya dijalankan agar undi YB tidak lari..

# # # # #

Lawatan POAMAT di Kg Pulutan Menggatal untuk mendengar keluhan penduduk berkenaan jalan dan bekalan air bersih.


Send a message to learn more

Semoga kerajaan memandang baik petisyen yang dihantar oleh POAMAT untuk kebaikan mayarakat Sabah..INI BAH KITA MAHU..!
20/10/2024

Semoga kerajaan memandang baik petisyen yang dihantar oleh POAMAT untuk kebaikan mayarakat Sabah..

INI BAH KITA MAHU..!


POAMAT hantar petisyen 30 perkara demi kesejahteraan rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT) menghantar petisyen kepada kerajaan mengandungi beberapa perkara penting untuk membina negara demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Petisyen mengandungi 30 perkara itu untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dikemukakan sendiri oleh Maslan Maginda dan Ahli Jawatankuasa POAMAT ke pejabat Jabatan Ketua Menteri baru-baru ini.

Antara isi penting dalam petisyen itu ialah Kerajaan Sabah perlu melakukan perubahan yang lebih besar dan memerlukan pengorbanan dan tindakan yang penuh berani, iaitu mengadakan satu Resolusi Dewan Undangan Sabah (DUN) bagi mengambil satu keputusan yang muktamad ke arah pemerintahan yang mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Presiden POAMAT, Maslan Maginda berkata antara perkara yang disentuh dalam petisyen itu ialah penyelesaian isu tanah agar ia lebih cepat ditangani.

Kerajaan boleh membuat keputusan muktamad untuk menyelesaikan isu pertikaian tanah antara syarikat dan penduduk kampung serta dapat mempermudahkan urusan memproses permohonan geran tanah dengan kerjasama PANTAS dan ketua kampung.

Penduduk kampung yang memohon tanah hanya perlu berurusan dengan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan ketua kampung sebagai saksi.

Setelah proses permohonan tanah selesai, maka pihak JTU hendaklah menyerahkan permohonan itu kepada pemeriksa sebelum diserahkan kepada PANTAS untuk proses penyukatan.

Geran tanah harus dikeluarkan dalam tempoh satu minggu atau 14 hari dari tarikh selesainya penyukatan.

Tanah adat (NCR) tidak boleh diceroboh oleh syarikat.

Bagi tanah-tanah yang mempunyai pertikaian antara syarikat dengan penduduk kampung yang disebabkan tiada perundingan yang baik atau tanpa pengetahuan penduduk kampung, tanah tersebut harus ditarik balik dan diserahkan semula kepada penduduk kampung tanpa membayar apa-apa kerugian kepada syarikat kerana mereka melanggar proses pemilikan tanah sehingga mendatangkan masalah kepada penduduk kampung, katanya.

Tanah rezab milik kerajaan yang sudah diduduki penduduk kampung melebihi 5 tahun tanpa sebarang pemberitahuan, hendaklah diserahkan oleh kerajaan kepada penduduk kampung dan digajet sebagai kawasan perkampungan dan penduduk kampung boleh membuat rumah di tanah itu dan mengusahakannya tapi tidak boleh dipohon gerankan, dan sekiranya penduduk kampung keluar daripada tanah itu maka tanah itu akan menjadi milik kerajaan semula.

Status tanah simpanan yang dituntut oleh penduduk kampung, kerajaan harus mengeluarkannya daripada hutan simpan dan diserahkan kepada penduduk kampung untuk diusahakan atau dijadikan sebagai kawasan perkampungan.

Pihak kerajaan harus mengutamakan kepentingan rakyat terlebih dahulu kerana tanpa rakyat kerajaan tidak akan dapat dibentuk.

POAMAT juga menggesa, kerajaan agar mewujudkan Bank Yayasan Tanah untuk membantu rakyat Sabah mendapatkan pinjaman tanpa menjual tanah mereka kepada syarikat atau individu.

Bank Yayasan Tanah boleh memberikan pinjaman kepada pemilik tanah melalui cagaran tanah secara tebus guna bersama.
Dengan adanya badan ini,maka setiap pemilik tanah yang memerlukan wang, mereka boleh cagarkan tanah itu kepada Bank Yayasan Tanah.

Bank Yayasan Tanah akan mengusahakan tanah tersebut dengan kerjasama pemilik tanah.
Hasil daripada tanah itu akan dibahagi dua antara Bank Yayasan Tanah dan pemilik tanah.

Setelah hutang pemilik tanah itu selesai maka geran tanah itu menjadi miliknya semula dan meneruskan mengusaha tanah tersebut, dengan cara ini kerajaan telah berjaya menghapuskan kemiskinan rakyat luar bandar secara tuntus.

Petisyen itu ditandatangani oleh Presiden POAMAT, Maslan Maginda, Naib Presiden POAMAT, Justin Bakayas, Setiausaha Agung, Wilcius Tetmin, Bendahari Agung POAMAT, Aleson Postar dan Pengerusi Penerangan, Stephen Majin.

Keterangan Gambar.

SERAH PETISYEN…Maslan (kanan sekali) mengetuai AJK POAMAT menyerahkan petisyen kepada Jabatan Ketua Menteri.

Address

Kota Belud

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur - Poamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur - Poamat:

Share