Kelab Sukan dan Sosial PTGPP

Kelab Sukan dan Sosial PTGPP Kelab Sukan dan Sosial Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

30/03/2025
✨ PROGRAM BINGKISAN SYAWAL KSSPTGPP ✨ Majlis Bingkisan Syawal KSSPTGPP telah berjaya diadakan pada 26 Mac 2025 di Bilik ...
27/03/2025

✨ PROGRAM BINGKISAN SYAWAL KSSPTGPP ✨

Majlis Bingkisan Syawal KSSPTGPP telah berjaya diadakan pada 26 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Tingkat 22, PTGPP. Majlis ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli Kelab Sukan & Sosial PTGPP (KSSPTGPP) serta medan bagi menyampaikan amanat sempena menyambut Aidilfitri.

Penyampaian Bingkisan Syawal telah disempurnakan oleh Penasihat KSSPTGPP, Dr. Faizal bin Kamarudin, kepada wakil-wakil unit sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan.Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua! πŸŒ™βœ¨

πŸ“ΈPROGRAM SUMBANGAN JUADAH IFTAR RAMADAN 1446H/2025M πŸŒ™βœ¨Program Sumbangan Juadah Iftar Ramadan anjuran Kelab Sukan dan Sos...
14/03/2025

πŸ“ΈPROGRAM SUMBANGAN JUADAH IFTAR RAMADAN 1446H/2025M πŸŒ™βœ¨

Program Sumbangan Juadah Iftar Ramadan anjuran Kelab Sukan dan Sosial PTGPP telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac 2025. Terima kasih kepada semua ahli kelab yang hadir dan turut serta dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan kecil ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim di antara kita. πŸ€πŸ’–

Jazakumullahu khair kepada semua yang terlibat!

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ziarah Prihatin dibawah Kelab Sukan dan Sosial, Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pina...
06/03/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ziarah Prihatin dibawah Kelab Sukan dan Sosial, Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang yang diselaras oleh Biro Kebajikan dan Kesejahteraan.

Sumbangan disampaikan kepada ahli kelab yang diuji dengan masalah kesihatan. Dengan penuh rasa syukur, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan. Sumbangan anda amatlah kami hargai.

Semoga usaha kecil ini membawa sinar harapan kepada mereka serta dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Terima kasih atas keprihatinan anda.

✨ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SUKAN DAN SOSIAL PTGPP KALI KE-32 βœ¨πŸ“… Tarikh: 17 Februari 2025 (Isnin)⏰ Masa: 10.30 pagi ...
18/02/2025

✨ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SUKAN DAN SOSIAL PTGPP KALI KE-32 ✨

πŸ“… Tarikh: 17 Februari 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Auditorium A, KOMTAR

Antara agenda penting:
βœ… Pembentangan laporan aktiviti & kewangan
βœ… Pemilihan Jawatankuasa Baharu
βœ… Pembentangan & perbincangan usul

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakan mesyuarat ini! 🌟 Tahniah juga kepada barisan kepimpinan baharu yang bakal meneruskan legasi kecemerlangan kelab. Semoga lebih banyak aktiviti sukan, sosial dan kebajikan dapat dijayakan bersama.

πŸ’¬ Ahli sepakat, kelab meningkat!

πŸŽ‰ MAJLIS APRESIASI JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN SOSIAL PTGPP SESI 2023-2025🎊Pada 14 Februari 2025, telah diadakan Majlis...
16/02/2025

πŸŽ‰ MAJLIS APRESIASI JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN SOSIAL PTGPP SESI 2023-2025🎊

Pada 14 Februari 2025, telah diadakan Majlis Apresiasi bagi menghargai dedikasi dan komitmen Jawatankuasa Kelab Sukan & Sosial PTGPP bagi sesi 2023-2025. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa, masa, dan tenaga yang dicurahkan dalam menjayakan pelbagai program sepanjang sepenggal ini.

Terima kasih atas segala usaha dan sumbangan! πŸ’™ Semoga jawatankuasa yang bakal dilantik kelak terus membawa kecemerlangan! πŸ’ͺ✨

πŸŽ‰ JAMUAN MAKAN MALAM PTGPP 🎀🎟️✨Pada 7 Februari 2025, Kelab Sukan dan Sosial PTGPP telah menganjurkan Jamuan Makan Malam ...
16/02/2025

πŸŽ‰ JAMUAN MAKAN MALAM PTGPP 🎀🎟️✨

Pada 7 Februari 2025, Kelab Sukan dan Sosial PTGPP telah menganjurkan Jamuan Makan Malam bertempat di Bertam Resort, Pulau Pinang dengan kehadiran 180 kakitangan, termasuk kakitangan yang telah bersara dan berpindah.

Majlis dimeriahkan dengan pertandingan karaoke, cabutan bertuah, dan permainan trivia! πŸŽΆπŸŽπŸ’‘ Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis ini!

πŸ“’ [RECAP PROGRAM TEACH-IN 3.0: PENDAFTARAN TANAH] πŸ“’Program Teach-In 3.0: Pendaftaran Tanah yang berlangsung pada 17 Dise...
19/12/2024

πŸ“’ [RECAP PROGRAM TEACH-IN 3.0: PENDAFTARAN TANAH] πŸ“’

Program Teach-In 3.0: Pendaftaran Tanah yang berlangsung pada 17 Disember 2024 bertempat di KOMTAR Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat respons positif daripada para peserta! Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan kepada program ini. πŸ™Œ

πŸ’‘ Apa yang peserta kata tentang program ini?

πŸ“š Kandungan Kursus:
πŸ‘‰ 82% peserta menilai kandungan kursus sebagai "Baik" dan sangat membantu dalam meningkatkan pemahaman mereka!

πŸ“ Lokasi Program:
πŸ‘‰ Ramai peserta menyukai lokasi, tetapi ada juga cadangan untuk meningkatkan keselesaan tempat di masa hadapan.

πŸŽ™οΈ Penceramah:
πŸ‘‰ Terima kasih kepada barisan penceramah Tuan Charanjit Singh, Puan Mazlina Haja Mydin, dan Puan Norul Husna Halim, atas penyampaian ilmu yang jelas dan bermanfaat. πŸ’Όβœ¨

🎯 Apa Seterusnya?
Kami bertekad untuk meningkatkan kualiti program di masa hadapan, dengan fokus kepada:
βœ… Pemilihan lokasi yang lebih selesa.
βœ… Variasi makanan yang lebih baik.
βœ… Penambahbaikan jadual untuk setiap sesi.

πŸ“… Nantikan bengkel serupa yang akan datang! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi yang penuh ilmu dan manfaat seperti ini.

Terima kasih kerana menjadikan program ini satu kejayaan! 🌟

Address

Tingkat 22
Komtar
10000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan dan Sosial PTGPP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sukan dan Sosial PTGPP:

Share