Alumni Kolej Islam

Call Website Contact the organization

Alumni Kolej Islam Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia. atau ringkasnya ALKIS.

Persatuan khusus untuk pelajar lepasan tiga generasi Kolej Islam, Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†ΩŽBELASUNGKAWAKami merakamkan ucapan dukacita atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah ...
28/09/2026

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†ΩŽ

BELASUNGKAWA

Kami merakamkan ucapan dukacita atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali
12 Julai 1926 – 28 September 2026

Semoga Allah SWT mengampuni segala khilaf Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga serta semua yang mengenali dan menghargai jasa Allahyarhamah.

Al-Fatihah.








28/09/2026

TAHNIAH ALKIS VT! πŸπŸ†πŸ’›πŸ’š

Alumni Kolej Islam (ALKIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pasukan ALKIS VT atas pencapaian cemerlang di Karnival Sukan Alumni SBP 2026.

πŸ₯‡ ALKIS VT Junior β€” Pingat Emas
πŸ₯‰ ALKIS VT Senior β€” Pingat Gangsa

Daripada satu pasukan dan satu podium pada tahun lalu, ALKIS VT kembali tahun ini dengan dua pasukan dan dua podium, satu pencapaian yang mencerminkan semangat, disiplin, kerja berpasukan serta ukhuwah yang semakin kukuh.

Tahniah juga kepada para pemain ALKIS VT yang menerima pengiktirafan individu:

πŸ† Ahmad Syahmie β€” MVP, Open Category
🧱 Luqman Hakim β€” Best Blocker, Open Category
🎯 Uwais Al-Qarni β€” Best Setter, Open Category
πŸ”₯ Zulkifli Jafar β€” Best Server, Veteran Category

Pencapaian ini bukan sekadar tentang pingat. Ia membawa bersama semangat persaudaraan, kesungguhan dan kebanggaan dalam membawa nama Kolej Islam ke gelanggang.

ALKIS turut merakamkan penghargaan kepada semua pemain, pengurus pasukan, penyokong serta pihak yang telah bersama-sama menjayakan perjalanan ALKIS VT.

Terima kasih juga kepada penaja rasmi ALKIS VT:

🀝 Jet Kertas Travels Sdn Bhd
🀝 Kembara Suffah Travel & Tours Sdn Bhd

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk ALKIS VT terus melangkah lebih jauh, memperkukuh ukhuwah sesama alumni dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Dari satu pasukan kepada dua.
Dari satu podium kepada dua.
Insya-Allah, perjalanan ini akan terus berkembang. 🏐πŸ”₯

Syabas dan tahniah, ALKIS VT!

Teruskan membawa nama Kolej Islam dengan penuh semangat dan kebanggaan. πŸ’›πŸ’š







TAHNIAH ALKIS VT! πŸπŸ†πŸ’›πŸ’šAlumni Kolej Islam (ALKIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pasukan ALKIS VT atas...
28/09/2026

TAHNIAH ALKIS VT! πŸπŸ†πŸ’›πŸ’š

Alumni Kolej Islam (ALKIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pasukan ALKIS VT atas pencapaian cemerlang di Karnival Sukan Alumni SBP 2026.

πŸ₯‡ ALKIS VT Junior β€” Pingat Emas
πŸ₯‰ ALKIS VT Senior β€” Pingat Gangsa

Daripada satu pasukan dan satu podium pada tahun lalu, ALKIS VT kembali tahun ini dengan dua pasukan dan dua podium, satu pencapaian yang mencerminkan semangat, disiplin, kerja berpasukan serta ukhuwah yang semakin kukuh.

Tahniah juga kepada para pemain ALKIS VT yang menerima pengiktirafan individu:

πŸ† Ahmad Syahmie β€” MVP, Open Category
🧱 Luqman Hakim β€” Best Blocker, Open Category
🎯 Uwais Al-Qarni β€” Best Setter, Open Category
πŸ”₯ Zulkifli Jafar β€” Best Server, Veteran Category

Pencapaian ini bukan sekadar tentang pingat. Ia membawa bersama semangat persaudaraan, kesungguhan dan kebanggaan dalam membawa nama Kolej Islam ke gelanggang.

ALKIS turut merakamkan penghargaan kepada semua pemain, pengurus pasukan, penyokong serta pihak yang telah bersama-sama menjayakan perjalanan ALKIS VT.

Terima kasih juga kepada penaja rasmi ALKIS VT:

🀝 Jet Kertas Travels Sdn Bhd
🀝 Kembara Suffah Travel & Tours Sdn Bhd

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk ALKIS VT terus melangkah lebih jauh, memperkukuh ukhuwah sesama alumni dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Dari satu pasukan kepada dua.
Dari satu podium kepada dua.
Insya-Allah, perjalanan ini akan terus berkembang. 🏐πŸ”₯

Syabas dan tahniah, ALKIS VT!

Teruskan membawa nama Kolej Islam dengan penuh semangat dan kebanggaan. πŸ’›πŸ’š







PERKAMPUNGAN ILMU 2.0 | KEMBALI KE KISAS, KEMBALI MEMBERIπŸ“… 2–6 September 2026ALKIS berkesempatan bersama adik-adik Tingk...
19/09/2026

PERKAMPUNGAN ILMU 2.0 | KEMBALI KE KISAS, KEMBALI MEMBERI
πŸ“… 2–6 September 2026

ALKIS berkesempatan bersama adik-adik Tingkatan 5 KISAS dalam Program Perkampungan Ilmu 2.0, membawa sokongan alumni serta sedikit pesanan buat calon SPM 2026.

ALKIS diwakili oleh:
β€’ Hj Zamri bin Jemain β€” Presiden
β€’ Faaizulasswad bin Mohamad Salleh β€” Timbalan Presiden
β€’ Dr. Husaini bin Jamil β€” Naib Presiden
β€’ Amir Nadzim bin Kaharudin
β€’ Nur Dzafirah Sa’adah binti Hairon Zafuan
β€’ Mohd Azam bin Mat Soaed @ Mohd Shoib
β€’ Syahrin bin Ahmad Sabri

Antara pesanan yang dikongsikan kepada para pelajar:

1️⃣ Kembali dan memberi kepada alma mater β€” apabila tiba masanya nanti, kembalilah dengan kepakaran, pengalaman, masa atau sumbangan.

2️⃣ Istiqamah dan sentiasa merendah diri β€” di mana pun kita berada, kita membawa nama Kolej Islam dan nilai-nilai Islam.

3️⃣ Pelihara ukhuwah dan setiakawan β€” kekalkan hubungan sesama batch dan teruskan silaturahim bersama alumni.

Terima kasih kepada seluruh ALKISAN yang telah menyumbang. Sebanyak RM3,500 berjaya dikumpulkan bagi menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil ini memberi semangat kepada adik-adik Tingkatan 5 untuk terus berusaha menuju SPM 2026, dan suatu hari nanti kembali p**a untuk memberi kepada generasi seterusnya. 🀍

Sumbangan kepada KISAS melalui ALKIS boleh dibuat ke:

Persatuan Alumni Kolej Islam
Maybank: 5642 5850 0577
Rujukan: Program KISAS

πŸ“š RAYUAN SUMBANGAN PERKAMPUNGAN ILMU KISAS 2026 πŸ“šπŸŒŸ Jom kita bersama membantu anak-anak KISAS mencapai kecemerlangan!Pers...
05/09/2026

πŸ“š RAYUAN SUMBANGAN PERKAMPUNGAN ILMU KISAS 2026 πŸ“š

🌟 Jom kita bersama membantu anak-anak KISAS mencapai kecemerlangan!

Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS) membuka ruang kepada para ALKIS, ibu bapa, warga KISAS, orang perseorangan, pihak korporat serta para dermawan untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan Program Perkampungan Ilmu Tingkatan 5 & Tingkatan 6 KISAS 2026.

Program ini merupakan salah satu usaha membantu anak-anak pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 KISAS dalam membuat persediaan menghadapi SPM, STAM dan STPM pada tahun ini.

🎯 SASARAN SUMBANGAN: RM6,000

πŸ’š Walau kecil sumbangan anda, besar maknanya buat mereka.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah dan asbab kejayaan anak-anak KISAS dunia dan akhirat. 🀲

πŸ’³ Sumbangan boleh disalurkan ke:

Maybank Islamic Berhad (MBB)
Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS)
🏦 5642 5850 0577

πŸ“² Imbas QR pada poster untuk membuat sumbangan.

Ayuh bersama ALKIS menyokong generasi pewaris ilmu!
🌱 Sumbangan hari ini, kecemerlangan mereka esok hari.







πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan16 September 2026 | Hari Malay...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan
16 September 2026 | Hari Malaysia

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air serta menghargai keamanan, perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi.

Ayuh kita bersama-sama menyemai semangat Malaysia Madani, memperkukuh perpaduan dan terus berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan bermaruah.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas Daripada,
Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS)

BICARA KERJAYA ALKIS: INSPIRASI ALUMNI, ASPIRASI MASA DEPAN πŸŽ“βœ¨Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS) dengan kerjasama Kole...
25/08/2026

BICARA KERJAYA ALKIS: INSPIRASI ALUMNI, ASPIRASI MASA DEPAN πŸŽ“βœ¨

Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS) dengan kerjasama Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) menganjurkan program Bicara Kerjaya ALKIS khas buat adik-adik Tingkatan 5 KISAS.

Program ini bertujuan membuka minda, memberi pendedahan realiti dunia kerjaya, serta membakar semangat para pelajar sebelum melangkah ke alam pengajian tinggi.

Barisan penceramah hebat dan alumni yang bakal dibawakan khas merangkumi pelbagai bidang profesional:
πŸŽ™οΈ Panel Penceramah & Tokoh ALKIS:
1. Puan Adlin Haryati binti Arshad (ALKIS '97)
Exco ALKIS / Financial Risk Manager PETRONAS
2. Encik Mohd Rifahmi bin Abdul Musikin (ALKIS '97) /Peguam
3. Ts. Azmir bin Ilias (ALKIS '98)
Exco ALKIS / Senior Cybersecurity Manager, Digital Bank
4. Puan Nadiah Syariani binti Md Sharif (ALKIS '05)
Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Forensik, Kolej Universiti Manipal Malaysia

πŸ“Œ Maklumat Program:
πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 2.40 PM – 4.40 PM

πŸ“ Sesi 1 (Tingkatan 5 Ibnu Malik – 5 Ibnu Kathir)
Panel: Puan Adlin Haryati & Encik Mohd Rifahmi
Lokasi: Dewan Ulul Albab

πŸ“ Sesi 2 (Tingkatan 5 Ibnu Sina – 5 Ibnu Khaldun)
Panel: Ts. Azmir bin Ilias & Puan Nadiah Syariani
Lokasi: Dewan Al-Muttaqin Al Mutahaqqafin

Semoga perkongsian pengalaman, kepakaran, dan liku-liku perjalanan karier daripada para alumni ini menjadi pencetus inspirasi buat generasi pembina ummah masa depan.


πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita kembali menghayati sirah, akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda SAW serta menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak mulia Baginda dan menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan. Semoga kita semua dikurniakan syafaat Baginda SAW serta dihimpunkan bersama Baginda di syurga Allah SWT. 🀲🏻❀️

β€œΩ‚ΩΩ„Ω’ Ψ₯ِنْ كُنْΨͺُمْ ΨͺΩΨ­ΩΨ¨ΩΩ‘ΩˆΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩŽ فَاΨͺΩŽΩ‘Ψ¨ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩΩŠ ΩŠΩΨ­Ω’Ψ¨ΩΨ¨Ω’ΩƒΩΩ…Ω Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΩˆΩŽΩŠΩŽΨΊΩ’ΩΩΨ±Ω’ Ω„ΩŽΩƒΩΩ…Ω’ Ψ°ΩΩ†ΩΩˆΨ¨ΩŽΩƒΩΩ…Ω’ Ϋ— ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω غَفُورٌ Ψ±ΩŽΨ­ΩΩŠΩ…ΩŒβ€

β€œKatakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali Imran: 31)

🌹 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H 🌹

Ikhlas Daripada,
Presiden dan seluruh EXCO
Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS)

RETREAT KEPIMPINAN EXCO PERSATUAN ALUMNI KOLEJ ISLAM KLANG (ALKIS) SESI 2026/2028KUALA LUMPUR, 16 Ogos β€” Exco Persatuan ...
16/08/2026

RETREAT KEPIMPINAN EXCO PERSATUAN ALUMNI KOLEJ ISLAM KLANG (ALKIS) SESI 2026/2028

KUALA LUMPUR, 16 Ogos β€” Exco Persatuan Alumni Kolej Islam Klang (ALKIS) Sesi 2026/2028 telah menjayakan Retreat Kepimpinan selama dua hari satu malam bermula 15 hingga 16 Ogos 2026 bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Retreat ini dianjurkan khusus sebagai medan perbincangan strategik bagi merangka serta memuktamadkan Taqwim dan Perancangan Gerak Kerja Sesi 2026/2028.

Sepanjang sesi berlangsung, Ahli Jawatankuasa Exco telah meneliti pelbagai perancangan program, pembahagian portfolio, serta hala tuju organisasi bagi memastikan amanah yang digalas dapat dilaksanakan secara berstruktur, berimpak tinggi, dan memberikan manfaat berterusan kepada seluruh warga alumni.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Exco atas komitmen yang diberikan. Semoga usaha dan strategi yang dirangka mendapat perkenan serta keberkatan daripada Allah SWT demi kemajuan ALKIS.

"Memperkasa Alumni, Memimpin Masa Depan"


Kanan ALKIS98 dan Pengarah SBP ALKIS89
12/08/2026

Kanan ALKIS98 dan Pengarah SBP ALKIS89

Address

Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Kolej Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Alumni Kolej Islam:

Shortcuts

Share