15/10/2026
Ada kehilangan yang tidak mampu diterjemahkan oleh air mata.
Kerana yang gugur bukan sekadar seorang anak, tetapi seluruh masa depan yang pernah disulam dalam diam oleh seorang ibu dan ayah.
Anak yang lahir daripada rahim yang menanggung sakit, membesar dalam dakapan yang tidak pernah berkira penat.
Ditatah kasihnya, dijaga setiap denyut nadinya.
Seorang putera, satu-satunya benih yang tumbuh di laman sebuah keluarga
Namun, maut datang tanpa mengetuk pintu.
Dipetiknya bunga yang belum sempat menghabiskan musim mekarnya.
Ditinggalkannya dua jiwa yang kini terpaksa belajar bernafas dalam kehidupan yang telah kehilangan makna.
➡️ 8 OKTOBER 2026, 4.00 PETANG
Adik Mohamad Khairuzan dikatakan mengalami muntah² dan tubuhnya menjadi lemah.
Melihat keadaan adik Khai, ibunya segera membawanya ke Hospital Sabak Bernam, ditemani oleh datuk dan neneknya.
Setibanya di Jabatan Kecemasan, adik Khai terus diberikan rawatan.
Ketika dirawat, jantungnya dilaporkan terhenti selama kira² lapan minit.
Pasukan perubatan segera melakukan CPR bagi menyelamatkan nyawanya.
Alhamdulillah, keadaan adik Khai kembali stabil sebelum ditidurkan.
Doktor memaklumkan kepada si ibu, adik Khai mengalami kekurangan sel darah merah dan garam dalam badan.
Doktor kemudian memutuskan untuk memindahkannya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi mendapatkan rawatan pakar.
➡️ 8 OKTOBER 2026, 10.00 MALAM
Adik Khai dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang menggunakan ambulans.
➡️ 9 OKTOBER 2026, 10.00 PAGI
Hasil pemeriksaan doktor pakar mendapati adik Khai mengalami kekurangan gula dalam darah, jantung membengkak serta paru² dan buah pinggang yang tidak lagi berfungsi.
Ketika itu, adik Khai hanya bergantung pada mesin bantuan oksigen untuk meneruskan kehidupan.
➡️ 11 OKTOBER 2026
Doktor pakar memaklumkan kepada ibu dan ayahnya agar banyak bersabar serta reda dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
➡️ 12 OKTOBER 2026, 5.00 PAGI
Si ibu membisikkan kata² ke telinga anak kesayangannya,
“Ibu reda kalau adik Khai pergi.”
Tidak lama selepas itu, paras oksigen adik Khai mula menurun.
➡️ 12 OKTOBER 2026, 5.20 PAGI
Adik Mohamad Khairuzan disahkan meninggal dunia.
Pengurusan untuk adik Khai telah dibantu oleh pihak UKVJ HQ dan UKVJ Kuala Selangor.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Terap.
Adik Khai merupakan anak istimewa autisme dan satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarganya.
Adik Khai juga dikatakan sangat rapat dengan ayahnya.
Malam sebelum jatuh sakit, adik Khai meminta ibunya memeluknya, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Pelukan yang tidak disangka-sangka itu menjadi kenangan terakhir yang akan terus hidup dalam ingatan seorang ibu.
Perginya adik Khai bukan sekadar meninggalkan jasad yang kaku.
Tetapi turut membawa sebahagian jiwa seorang ibu dan ayah yang selama ini mencurahkan kasih sayang tanpa penghujung.
Kini, yang tinggal hanyalah kenangan, rindu dan sebuah pelukan terakhir yang tidak mungkin dapat diulang kembali💔