21/09/2026
KG HJ MOHD SHARIF MERU KLANG, besok , Selasa 22 SEPT 2026 bermula jam 3.00 Petang akan berlangsung Jualan Ehsan Rahmah MADANI anjuran Pertubuhan ERAT Kg Hj Mohd Sharif Meru dengan kerjasama Team Parlimen Kapar P109 & barisan kepimpinan pejabat Ketua Kg Meru.
Program kali ini akan di adakan di Perkarangan Balai Raya Kg Hj Mohd Sharif , Jalan Hj Mohd Sharif , Meru KLANG.
Turut hadir bersama , Ketua Penyelaras P109 Parliment Kapar , Dato' Sri Azizi Hj Ayub dan Ketua Kg Meru @ Pengerusi JPKK Kg Meru , Tuan Hishamuddin Ismam.
Di jemput semua warga Kg Hj Mohd Sharif & Komuniti sekitar nya utk turut serta dlm program ini sambil membeli belah barang² keperluan Asas dgn harga yg lebih murah.
Di atas segala sokongan & kehadiran tuan²/puan² kami merakamkan jutaan terima kasih.
Salam hormat dari saya,
Harizan Tarmuji
Pengerusi,
Pertubuhan ERAT Kg Hj Mohd Sharif Meru