Persatuan Amal Dan Jariah Sabah - Van Jenazah & Ambulans Percuma

Persatuan Amal Dan Jariah Sabah - Van Jenazah & Ambulans Percuma Van Jenazah Percuma & Ambulans Percuma Sabah

๐ŸŒ™ *SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M* ๐ŸŒ™_"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"_Persatuan Amal & Jariah Sabah mengucapkan Selam...
17/06/2026

๐ŸŒ™ *SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M* ๐ŸŒ™

_"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"_

Persatuan Amal & Jariah Sabah mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada seluruh ahli, penyumbang dan masyarakat.

Marilah kita jadikan Maal Hijrah ini titik permulaan untuk berhijrah ke arah kebaikan. Hayati nilai Malaysia MADANI, kukuhkan ukhwah, dan teruskan amal jariah demi ummah yang diberkati.

Semoga Allah SWT menerima setiap amal dan melimpahkan rahmat-Nya untuk kita semua.

Salam Maal Hijrah. Maaf Zahir & Batin.


Innalillahi wainna ilaihi raji'un.Ucapan Takziah diatas Pemergian Yang Dihormati ACP Jasmin bin Hussin, Ketua Polis Daer...
16/06/2026

Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

Ucapan Takziah diatas Pemergian Yang Dihormati ACP Jasmin bin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau.

Dengan penuh rasa dukacita dan takzim, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khasnya Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, serta isteri, anak-anak dan seluruh keluarga Allahyarham YDH ACP Jasmin bin Hussin.

Pemergian YDH ACP Jasmin bin Hussin adalah satu kehilangan besar buat pasukan PDRM dan masyarakat Tawau. Dikenali sebagai pemimpin yang berintegriti, tegas namun berjiwa rakyat, Allahyarham telah banyak mencurah bakti dalam menjaga keamanan, ketenteraman awam, dan kesejahteraan penduduk Tawau.

Segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan akan sentiasa menjadi kenangan dan inspirasi buat warga kerja serta masyarakat.

Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa, melapangkan kuburnya, dan menempatkan beliau di kalangan para solihin. Semoga keluarga yang ditinggalkan tabah dan kuat menghadapi ujian berat ini.

Al-Fatihah. Dibaca.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa Ajinan bin Damrah telah kemba...
07/06/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa Ajinan bin Damrah telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat berjasa dan sentiasa menghulurkan tenaga serta khidmat dalam menjayakan misi Khidmat Ambulans Percuma Lahad Datu Team Amal . Banyak kebaikan, pengorbanan dan bantuan yang telah dicurahkan demi membantu masyarakat yang memerlukan.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat-sahabat serta seluruh warga Team Amal. Semoga segala amal jariah, keikhlasan dan kebaikan yang telah dilakukan menjadi asbab ganjaran pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.

โ€œPerginya seorang insan yang baik bukan kerana jasadnya hilang daripada pandangan, tetapi kerana jasa dan kenangannya akan terus hidup dalam hati mereka yang pernah menerima kebaikannya.โ€

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, meluaskan kuburnya, menerangi alam barzakh beliau dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman serta beroleh syurga tanpa hisab.

Al- Fatihah dibaca untuk Allahyarham Ajinan bin Damrah
๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ•Š๏ธ๐Ÿค

๐ŸŒ™โœจ ๐Ÿ„ JOM SERTAI IBADAH QURBAN 2027 BERSAMA PERSATUAN AMAL & JARIAH SABAH ๐Ÿ„โœจ๐ŸŒ™๐Ÿคฒ Rebutlah peluang melaksanakan ibadah qurba...
05/06/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐Ÿ„ JOM SERTAI IBADAH QURBAN 2027 BERSAMA PERSATUAN AMAL & JARIAH SABAH ๐Ÿ„โœจ๐ŸŒ™

๐Ÿคฒ Rebutlah peluang melaksanakan ibadah qurban yang penuh keberkatan dan ganjaran di sisi Allah SWT. Setiap titisan darah qurban yang disembelih dengan ikhlas menjadi bukti ketaatan, kesyukuran dan pengorbanan demi mencari keredaan-Nya. โค๏ธ

๐Ÿ“ข PENYERTAAN KINI DIBUKA!

โœ… Terbuka kepada semua umat Islam
โœ… 1 Bahagian Qurban hanya RM1,000
โœ… Bayaran serendah RM100 sebulan ๐Ÿ’ต
โœ… Sijil penyertaan disediakan ๐Ÿ“œ
โœ… Bimbingan & ceramah ibadah qurban ๐Ÿ•Œ
โœ… Penyembelihan oleh penyembelih berpengalaman mengikut syariat Islam โ˜‘๏ธ
โœ… Pilihan lokasi di Lahad Datu & Kota Kinabalu ๐Ÿ“

๐Ÿ”ช CARA PENYERTAAN

โœ… Hubungi nombor yang tertera.
โœ… Peserta akan dimasukkan dalalm group whatsapp mengikut lokasi yang dipilih.

๐Ÿ’š โ€œQurban Anda, Senyum Mereka, Pahala Berterusan.โ€ ๐Ÿ’š

๐ŸŒŸ Jangan lepaskan peluang menambah saham akhirat untuk diri sendiri, ibu bapa dan keluarga tersayang. Tempah bahagian qurban anda lebih awal dan nikmati kemudahan bayaran yang mudah.

๐Ÿ“ž Masaidil: 013-2150310
๐Ÿ“ž Masrul: 011-12848516

๐Ÿ“– โ€œMaka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.โ€
(Surah Al-Kauthar: 2)

๐Ÿคฒ๐Ÿ„โค๏ธ Ibadah โ€ข Taat โ€ข Berkat โค๏ธ๐Ÿ„๐Ÿคฒ

๐ŸŒ™โœจ

KOTA KINABALU | 03 APRIL 2026 | 01:00AMDisaat kita tidur lena, diatas tilam yang empuk, di sudut lain ada saudara kita y...
02/04/2026

KOTA KINABALU | 03 APRIL 2026 | 01:00AM

Disaat kita tidur lena, diatas tilam yang empuk, di sudut lain ada saudara kita yang berduka.

Menghantar insan tersayang ke Hospital dengan penuh harapan tetapi akhirnya berjalan keluar dari hospital dengan lingangan air mata. Separuh jiwa hancur, apa yang terjadi bagaikan satu mimpi. Tapi hakikatnya ini lah realiti kehidupan yang sebenar. Setiap yang bernyawa pasti akan MATI.

Khidmat Van Jenazah Percuma ini bukanlah tentang siapa yang hebat, tetapi bertujuan membantu mereka yang dalam kesusahan. Kami hadirkan diri membantu tanpa mengharap balasan kerana ini adalah tentang sifat kemanusiaan.

Semoga roh-roh insan yang telah pergi meninggalkan kita di tempatkan bersama orang-orang beriman.

- Masrul MG
Pengasas Team Amal


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H.Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan, kegembiraan, dan kedamaian. Maaf za...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H.
Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan, kegembiraan, dan kedamaian. Maaf zahir dan batin atas segala khilaf, serta selamat mengeratkan silaturahim bersama keluarga tercinta. Moga ikatan ukhwah terus mekar dan rezeki melimpah ruah. Selamat menyambut hari kemenangan dengan penuh kesederhanaan kejayaan yang lebih besar dalam hidup kita.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda terhadap kerja kebajikan yang kami lakukan, terutama program Van Jenazah dan perkhidmatan Ambulans secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan di negeri Sabah ini.

Mohon maaf zahir dan batin atas segala kekurangan kami. Semoga kita semua dapat terus berbuat baik dan menyebarkan kasih sayang di hari raya ini.

Masrul bin Guding
- Pengasas Team Amal



BAIK PULIH VAN JENAZAH PERCUMA.Mohon sumbangan Anda untuk baikpulih van jenazah kami, agar kami dapat terus membantu mas...
06/03/2026

BAIK PULIH VAN JENAZAH PERCUMA.

Mohon sumbangan Anda untuk baikpulih van jenazah kami, agar kami dapat terus membantu masyarakat dengan lebih baik dan menghantar jenazah ke tempat peristirahatan terakhir dengan sempurna. Setiap sumbangan Anda sangat berharga dan kami hargai.

Kami telah menerima wakaf sebuah van terpakai untuk dijadikan van jenazah. Van jenazah ini boleh digunakan untuk semua bangsa dan agama.

Sumbangan diperlukan sebanyak RM10,000 (Sepuluh ribu sahaja)
โ€ข BANK ISLAM
โ€ข 10016010111096
โ€ข PERSATUAN AMAL DAN JARIAH SABAH
โ€ข โ 01112848516 - Masrul

Semoga Amal ini menjadi saham kita diakhirat.


02/01/2026

"Kematian adalah kepastian, tapi kesedihan yang ditinggalkan adalah yang paling menyakitkan."

-Masrul MG-



Selamat tahun baru 2026Team Amal Van Jenazah Percuma & Ambulans Percuma Untuk SemuaKami hadir dengan satu niat berkhidma...
01/01/2026

Selamat tahun baru 2026

Team Amal Van Jenazah Percuma & Ambulans Percuma Untuk Semua

Kami hadir dengan satu niat berkhidmat kerana Allah, membantu tanpa mengira latar belakang.

Dalam saat duka mahupun kecemasan, kami berusaha menjadi tangan yang menghulur, bahu yang menyokong dan kekuatan untuk masyarakat.

Semoga setiap langkah kecil pasukan ini menjadi amal jariah, diberi kekuatan, kesihatan dan keikhlasan untuk terus berbakti.

Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan dan pihak yang sentiasa menyokong perjuangan ini.

Berkhidmat dengan ikhlas, membantu untuk semua.

@โจMasrul Mgโฉ

ูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Pihak Masjid Nurul Hikmah dengan dengan ke...
09/08/2025

ูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pihak Masjid Nurul Hikmah dengan dengan kerjasama Persatuan Amal & Jariah Sabah penuh rasa prihatin menjemput seluruh ahli kariah dan umat Islam untuk bersama-sama menghadiri Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin bagi untuk Adik Zara Qairina Mahathir disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025.

๐Ÿ“… Tarikh : 10 OGOS
๐Ÿ•ฐ Masa : Bacaan Yassin Selepas Solat Maghrib & Solat Hajat Selepas Solat Isya
๐Ÿ“ Tempat : Masjid Nurul Hikmah

Marilah kita sama-sama menghulurkan doa dan munajat agar Arwah Adik Zara anak syurga ini diberikan keadilan, dan mendapat pembelaan oleh Allah SWT.

โ€œDoa orang beriman itu adalah senjata yang paling kuat. Semoga dengan doa kita bersama, Allah makbulkan hajat kita.โ€

Sekian, jazakumullahu khairan.
ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Daripada: Biro Belia Masjid Nurul Hikmah
& Team Amal Jariah Sabah

Address

Kota Kinabalu
Kinabalu

Telephone

+601112848516

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Amal Dan Jariah Sabah - Van Jenazah & Ambulans Percuma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Amal Dan Jariah Sabah - Van Jenazah & Ambulans Percuma:

Share