Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Kijal Kemaman

  • Home
  • Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Kijal Kemaman

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Kijal Kemaman Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1989 di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan.
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan.







🌿 ❇️ DOA HARI ARAFAH ❇️ 🌿“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”(HR Malik)Hari Arafah adalah detik mustajab,di ma...
25/05/2026

🌿 ❇️ DOA HARI ARAFAH ❇️ 🌿

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
(HR Malik)

Hari Arafah adalah detik mustajab,
di mana langit terbuka dan rahmat Allah turun melimpah.
Jangan sia-siakan peluang ini!
Luangkan masa, angkat tangan, panjatkan doa dengan penuh harapan.

Marilah kita semua memperbanyakkan doa terutama titikkan doa kepada anak-anak pelajar Sek. Men. Keb. Kijal agar diberikan kefahaman dan mudah menerima segala ilmu seterusnya berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Doakan juga kepada guru-guru kita agar dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan di dalam mendidik anak-anak kami.

Amin ya rabba alamin.

Hari ini kami berkesempatan bersua muka dengan 30 orang pelajar elit SPM 2026 yang bakal mengalas tanggungjawab memacu p...
20/05/2026

Hari ini kami berkesempatan bersua muka dengan 30 orang pelajar elit SPM 2026 yang bakal mengalas tanggungjawab memacu prakarsa pendidikan.

Bagi menghargai usaha ini, PIBG dengan kerjasama pasukan Projek SPM 2026 telah menjemput kedua ibu bapa dan penjaga kesemua pelajar bagi menyantuni mereka.

Setiap tahun kami akan membuat analisa berdasarkan percapaian akademik semenjak mereka di tingkatan 4 lagi. Dan diukur dengan ujian OTI 1 dan OTI 2 dengan menghasilkan ETR 2026.

Tahun ini seramai 30 orang pelajar yang layak dikategorikan sebagai pelajar elit yang bakal mengubah lanskap SPM Sek. Men. Keb. Kijal pada tahun ini.

Perbincangan secara dua hala turut mendapat hasil yang sangat positif apabila guru dilantik sebagai mentor pelajar dan kepercayaan para ibu bapa dan penjaga mwnaruh harapan yang tinggi kali ini.

PIBG merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada anak-anak SPM 2026 yang menyahut cabaran kami semua.

Semoga kejayaan menanti kalian semua.

Majlis Apresiasi Ting. 1 hingga Ting. 4  dan PPKI sesi 2025.Seramai 200 orang pelajar yang cemerlang bagi kategori Anuge...
20/05/2026

Majlis Apresiasi Ting. 1 hingga Ting. 4 dan PPKI sesi 2025.

Seramai 200 orang pelajar yang cemerlang bagi kategori Anugerah Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko Kurikulum sesi 2025 telah diadakan.

PIBG mengadakan majlis penghargaan bagi menghargai kejayaan yang telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar dalam lapangan masing-masing.

Selain sijil penghargaan, hadiah wang tunai turut disampaikan kepada para pelajar yang cemerlang kali ini.







Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kijal mewakili ibu bapa dan penjaga turut sama memeriahkan sambutan Hari Guru yan...
18/05/2026

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kijal mewakili ibu bapa dan penjaga turut sama memeriahkan sambutan Hari Guru yang diadakan di peringkat sekolah.

Selain menyampaikan kek Hari Guru, Yang Di Pertua PIBG En. Abdul Ghafar bin Mohamed turut menyerahkan pulut kuning sebagai simbolik tradisi orang melayu meraikan jasa dan pengorbanan barisan guru-guru yang telah menabur bakti dan jasa kemenjadian dan pembentukan serta pembangunan modal insan negara.

Antara aktiviti yang diserikan dalam sambutan kali ini, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada guru dan kakitangan turut diserahkan. Jugak menobatkan guru-guru yang dipilih dari kalangan pelajar mengikut kategori yang ditetapkan. Serta meraikan Jasamu Dikenang kepada mantan Pengetua SMK KIjal, Tuan Haji Mohd Nordin bin Ab. Majid yang telah banyak mengubah corak dan pola pendidikan SMK Kijal.

Seterusnya, guru-guru turut disajikan pertandingan antara warga menyaksikan baisan guru-guru dan pelajar sekolah sebagai mengeratkan silaturahim yang terus utuh.

Akhir sekali, kami sama-sama menjamu selera tengahari.







Kami merakamkan ucapan Selanmat Hari Guru.
16/05/2026

Kami merakamkan ucapan Selanmat Hari Guru.







Tahniah diucapkan kepada warga Sek. Men. Keb. Kijal di atas percapaian dan dinobatkan penerima Anugerah Sekolah Inspiras...
30/04/2026

Tahniah diucapkan kepada warga Sek. Men. Keb. Kijal di atas percapaian dan dinobatkan penerima Anugerah Sekolah Inspirasu Reformasi Sekolah 2025.

Percapaian ini merupakan kali kedua secara turutan apabila sekali lagi sekolah ini berjaya mengekalkan keunggulan percapaian yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Pada tahun lepas sekolah ini telah terkeluar dari Sekolah Fokus untuk berada di status Sekolah Inspirasi. Dan, tahun ini sekolah ini bukan sahaja berjeya mengekalkan reputasi percapaian dalam peperiksaan awan malah turut mencipta rekod terbaru memperoleh nilai peratusan dalam Lulus Semua Subjek bagi sesi 2025.

Usaha ini hasil daripada pengemblengan antara sekolah, pemegang taruh, rakan strategik dan semestinya ransangan perbelanjaan daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak.







゚viralvideo

Hari ini PIBG mengadakan satu majlis meraikan dan menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru  yang terlibat secara langsu...
29/04/2026

Hari ini PIBG mengadakan satu majlis meraikan dan menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang terlibat secara langsung kemenjadian pelajar-pelajar SPM 2025.

Majlis ini merupakan majlis kali kedua diadakan setelah dimulakan pada tahun 2024. Ianya bertujuan sebagai menghargai pengorbaman masa, tenaga dan maahan wang ringgit sendiri dari poket guru-guru bagi menjayakan projek SPM yang bermula dari Januari sehingga hari terakhir peperiksaan awam itu dijalankan.

Usaha ini tidak dapat dibayar dan tolok ganfi dengan apa jua balasan apa pun melainkan kami dari Jawatankuasa PIBG Sekolah mengambil peluang ini mengadakan dan meraikan usaha tanpa penat jemu guru-guru di sekolah ini.







゚viralvideo

Majlis Apreasasi Kecemerlangan SPM 2025 telah dianjurkan oleh PIBG SMK Kijal melibatkan 35 orang alumni SPM 2025.Majlis ...
10/04/2026

Majlis Apreasasi Kecemerlangan SPM 2025 telah dianjurkan oleh PIBG SMK Kijal melibatkan 35 orang alumni SPM 2025.

Majlis ini dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah turut meraikan kedua ibu bapa dan penjaga yang turut memainkan peranan utama di dalam kemenjadian SPM 2025 kali ini..

PIBG telah menyediakan hadiah kepada semua 35 orang alumni yang terdiri daripada wang tunai, sijil penghargaan, bouquet dan set laptop jenama HP.

Semoga pemberian hadiah ini akan membei inspirasi kepada pelajar-pelajar Ting. 5 yang turut bersama dalam majlis ini untuk meningkatkan pretasi dalam akademik dan juga sebagai persediaan kepada alumni yang akan meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi nanti.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak alumni SMK Kijal di atas kejayaan SPM 2025.







゚viralvideo

Konsep raya santai.....sepertimana permintaan anak-anak SMK Kijal, PIBG suntikkan sedikit pemberian dana khas bagi menga...
10/04/2026

Konsep raya santai.....sepertimana permintaan anak-anak SMK Kijal, PIBG suntikkan sedikit pemberian dana khas bagi mengadakan jamuan hari raya ke setiap kelas.

Semoga jalinan ukhwah antara anak-anak pelajar dan guru erat terjalin.







゚viralvideo

Address

Kampung Darat Kijal

24100

Telephone

+6098634891

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Kijal Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share