Persatuan AgroPelancongan Perak

Persatuan AgroPelancongan Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan AgroPelancongan Perak, Non-Governmental Organization (NGO), Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg Kepayang.

Beberapa orang ahli PAPP telah menyertai Kursus AI Productivity in Travel & Tourism pada 3 Nov yang lalu di MPC Kuala Lu...
07/11/2025

Beberapa orang ahli PAPP telah menyertai Kursus AI Productivity in Travel & Tourism pada 3 Nov yang lalu di MPC Kuala Lumpur.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang telah menganjurkan kursus yang sangat bermanfaat kepada ahli-ahli persatuan. Semoga ada peluang lagi kami menyertai kursus kursus seperti ini pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli yang berpeluang menyertai kursus ini.

Taklimat pencegahan kebakaran telah diberikan oleh pegawai bomba dari Balai Bomba Tambun pada 22 Oktober yang lalu. Teri...
07/11/2025

Taklimat pencegahan kebakaran telah diberikan oleh pegawai bomba dari Balai Bomba Tambun pada 22 Oktober yang lalu.

Terima kasih kami ucapkan diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan dari pihak Bomba. Semoga ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu persediaan ahli ahli apabila menghadapi waktu-waktu kecemasan kebakaran terutamanya kepentingan alat pemadam api di premis penginapan, resort, rumah dan kenderaan.

Sijil penyertaan turut diberikan kepada ahli-ahli yang hadir dan menjayakan program persatuan pada hari tersebut.

Tahniah dan terima kasih kepada semua.

30/07/2025

Jemput ke Mega Karnival 3 Dimensi di MITEC !!! Tahniah kepada ahli Persatuan Pn Azima dan team Resort D' Rumah Bonda River View .

Kunjungan Hormat ke MOTAC21hb Julai 2025 (Isnin)9.30 AM"Kunjung hormat dan sesi perkenalan" Persatuan dan MOTAC Perak.Se...
22/07/2025

Kunjungan Hormat ke MOTAC
21hb Julai 2025 (Isnin)
9.30 AM

"Kunjung hormat dan sesi perkenalan" Persatuan dan MOTAC Perak.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Pengarah Tn Muhammad Aminuddin
hadir bersama pegawai MOTAC En Haroun yang sudi menerima kunjungan hormat kami.

Semoga kerjasama dan sokongan dapat membantu ahli ahli persatuan dalam mempertingkatkan perkhidmatan disamping membawa AgroPelancongan Perak ke peringkat yang lebih baik.

Terima kasih Tourism Perak diatas jemputan ke Majlis Penghargaan sempena Tahun Melawat Perak 2024 petang tadi. Semoga ak...
15/04/2025

Terima kasih Tourism Perak diatas jemputan ke Majlis Penghargaan sempena Tahun Melawat Perak 2024 petang tadi.

Semoga akan datang kami juga menjadi antara penerima penghargaan dalam menaikkan semangat 50 ahli persatuan yang terdiri dari pengusaha produk AgroPelancongan seluruh Perak.

Selain ahli ahli yang giat menyertai acara acara dibawah anjuran Tourism Perak, 2 acara besar yang telah kami kendalikan pada tahun lalu sempena menyahut TMP2024 adalah :
JALINAN KEBUDAYAAN PERAK di Resort D' Rumah Bonda Sungai Perak Homestay Chalet Kuala Kangsar pada 30 Ogos dan KELAPA FEST BAGAN DATUK 2024 Kelapa Fest Bagan Datuk 2024 dibawah kelolaan Rungkup Retreat pada 4-6 Oktober lalu.

💪 menuju ke Tahun Melawat Malaysia 2026.

15/04/2025

Setinggi - Tinggi Tahniah kepada YBrs. Encik Mohd Azhar Mohd Yusof di atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC).

Pihak Pengurusan Perak SADC dan seluruh Warga Kerja mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Mohd Azhar dalam menggalas tanggungjawab baharu.

Semoga kepimpinan beliau membawa transformasi positif serta kejayaan berterusan bagi Perak SADC untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan negeri Perak.

Ikhlas Daripada :

Pihak Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja Perak SADC

Innalillahiwainailahirojiun. .Terima kasih Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi diatas segala jasa dan pengorbanan selama memimp...
15/04/2025

Innalillahiwainailahirojiun. .

Terima kasih Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi diatas segala jasa dan pengorbanan selama memimpin Malaysia dan usaha Tun memartabatkan Islam dan agama moga menjadi asbab Tun ditempatkan di syurga kelak.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.
AlFatihah.

Address

Batu 1, Jalan Simpang Pulai
Kg Kepayang
31300

Telephone

+60177132606

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan AgroPelancongan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share