02/07/2026
BUDAYA HIBURAN MASYARAKAT MELAYU
Hiburan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Dalam masyarakat Melayu, hiburan tradisional seperti pantun, dikir, berzanji, nasyid, silat, permainan rakyat dan pelbagai kesenian telah lama menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim serta menyampaikan nilai-nilai murni.
Islam tidak mengharamkan hiburan secara mutlak. Namun, hiburan mestilah berada dalam batas syariat, tidak melalaikan daripada mengingati Allah, tidak mendorong kepada maksiat, serta menjaga adab, akhlak dan maruah.
Masyarakat Melayu perlu terus memelihara warisan budaya yang baik, sambil menapis unsur hiburan yang bercanggah dengan nilai Islam. Kemajuan budaya bukan diukur pada sejauh mana kita meniru budaya luar, tetapi sejauh mana kita mampu mempertahankan identiti bangsa dan agama.
Hiburan yang mendidik akan membina masyarakat.
Hiburan yang melalaikan akan meruntuhkan jati diri
"Dan di antara manusia ada yang memilih perkataan yang melalaikan untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan Allah..."
(Surah Luqman: Ayat 6)
Mengimbau saat mengetuai Kelab Kebudayaan Kolej Matrikulasi Perak(KMPK) satu ketika dahulu, dan gambar ini ketika "Malam Kebudayaan" . Kompang adalah jiwa aku semenjak kecil lagi seawal umur 13 tahun lagi.
Wafi Bahaudin,
Ex Pengerusi Kelab Kebudayaan,
Kolej Matrikulasi Perak(Kmpk) 08/09.