26/07/2026
Tarikh : 26 Julai 2026 (Ahad)
Waktu : 8 Pagi
Lokasi : Bertam Resort & Water Park,Kepala Batas
Program : Perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas..
Skuad Sabil Bahagian Kepala Batas Menjalankan tugasan dan tanggungjawab menjaga dan mengawal keselamatan dalam program Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas tahun 2026 yang berlangsung di Bertam Resort,Penang .
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato sri’ Reezal Merican Naina Merican, Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas merangkap Adun Bertam yang telah menyampaikan amanat yang cukup bermakna dan membakar semangat perjuangan dengan tema ‘Rumah Bangsa Agendaku’.
Turut bersama dalam majlis perasmian ini ialah, Dato’ Haji Roslan Saidin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas; Saudara Nordin Wahab, Naib Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas; Puan Zainab Bakar, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas; Saudara Helmi Juhari, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas; Puan Farah Izzati Abdul Rahman, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas; Dato’ Haji Ahmad Darus, Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas; Tuan Haji Noor Faiz Haji Hassan, Bendahari UMNO Bahagian Kepala Batas; Ustaz Mohd Naim Haji Salleh, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kepala Batas merangkap Pegawai Penyelaras Kadun Penaga.