As-Syahadah

As-Syahadah "Islam ini milik Allah, maka Allah-lah yang menjaganya. Para pejuangnya akan pergi dan pasti berganti, kita hanya penyambung mata rantai perjuangan".

Assalamualaikum Warahmatullah.Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun.Terima berita sedih pagi ini.Bangunan Kelas Bimbingan Mua...
30/03/2026

Assalamualaikum Warahmatullah.

Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun.
Terima berita sedih pagi ini.

Bangunan Kelas Bimbingan Muallaf Kg Pagar-pagar yang di bina oleh Al-Marhum Ayahanda Ustaz Mohd Fadli Yusof, di uji dengan kebakaran.

Sedih melihat bangunan yang penuh kisah terindah, sudah musnah di jilat api. Tapak beribadah bersama Muallaf, tarbiyyah dan Ukhwah. Sepanjang bulan Ramadan, kita berbuka bersama, terawih bersama, program ukhwah bersama. Semalam kita smabung lagi, dengan solat berjemaah Maghrib dan Isyak di akhiri dengan Pengajian Agama. Juga semalam, kita rancang untuk buat Majlis Idil Fitri dalam minggu hadapan. Namun, segalanya telah tersurat. Allah Maha Mengetahui segalanya. Ujian untuk kita bersama. Pasti ada hikmahnya.

Salam Takziah buat Para SaudaraKu yang di uji. 3 buah rumah berdekatan juga, turut terbakar.

Alhamdulillah, wakil As-Syahadah IMAM NAZ, telah bersama sejak jam 2 pagi tadi. Ziarah para Muallaf kita dan membantu apa yang perlu.

Doakan kami ya sahabat semua..
Moga kuat menerima ujian ini.

" Segala info rasmi, berkaitan Kelas Bimbingan Muallaf Kg Pagar-pagar Keningau Sabah, adalah melalui FB As-Syahadah atau FB Safwatullah Bin Mohd Fadli . Terima kasih."

-2252

SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H 🕌DARIPADA : "  AS-SYAHADAH "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Sedikit makluman dan per...
20/01/2026

SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H 🕌

DARIPADA : " AS-SYAHADAH "

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sedikit makluman dan perkongsian buat semua.

💚Pada 27 Rejab 1447H, bersamaan 17 Januari 2026, umat Islam memperingati ulang tahun berlakunya peristiwa agung yang dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah ﷺ, iaitu *Peristiwa Israk dan Mikraj*.

Israk Mikraj merupakan satu peristiwa luar biasa yang membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT serta kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ.
Secara ringkasnya:
👉 Israk
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ pada satu malam dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis (Palestin) dengan menaiki Buraq.
👉 Mikraj
Dari Masjidil Aqsa, Nabi ﷺ telah diangkat ke tujuh lapisan langit sehingga ke Sidratul Muntaha, bertemu para nabi dan menerima perintah solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT.

🕋Pengajaran utama Israk Mikraj ialah kewajipan menunaikan solat lima waktu, yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam. Dengan kasih sayang dan rahmat Allah SWT, kewajipan solat yang asalnya 50 waktu telah diringankan menjadi hanya 5 waktu, namun ganjarannya tetap seperti 50 waktu.

✅Insya-Allah, marilah kita berusaha agar rumah, kampung dan masjid kita sentiasa diimarahkan dengan solat lima waktu sehari semalam, serta berazam untuk istiqamah dalam menjaga hukum-hakam Allah dan sunnah Rasul-Nya.

✅Marilah kita terus berjuang dan beramal kerana Allah dan Rasul-Nya, mengharapkan keberkatan Nabi Muhammad ﷺ serta keredaan Allah SWT.

Alhamdulillah.
Semoga Allah SWT menerima segala amal bakti kita, pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang akan datang.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.🤲🏻


Alhamdulillah, semalam Allah izinkan As-Syahadah ziarah seorang pelakon Veteran Malaysia, Saudara Sathiya (Pi Mai Tang T...
17/01/2026

Alhamdulillah, semalam Allah izinkan As-Syahadah ziarah seorang pelakon Veteran Malaysia, Saudara Sathiya (Pi Mai Tang Tu). Yang kebetulan beliau adalah sahabat baik, Muallaf kita.

Dalam ziarah Uncle Sathiya, beliau menceritakan keadaan hidupnya. Sejarah lalu dan perkembangan terkini. Subhanallah, walaupun keadaannya kurang sihat, tetap beliau menyantuni kami.

Sudah lama beliau menceriakan hidup kita dengan lawak jenakanya, sejak kita kecil lagi. Kini, kita kembalikan semangatnya dan kenalkan kebahagian sebenarnya dari Yang Maha Mencipta.

Alhamdulillah, Ustaz Fida Udin Fadli sempat memberikan sedikit buah tangan buatnya, dan bantuan serba sedikit bagi memudahkan urusan hidupnya.

Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Uncle dan menjadi asbab hidayah buatnya Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

-2250

Pesan Guruku.."Sampaikanlah Risalah Allah,Tapi bukan untuk di bayar upah.Berbuat baiklah, tapi jangan mengaku baik.Berju...
07/01/2026

Pesan Guruku..

"Sampaikanlah Risalah Allah,
Tapi bukan untuk di bayar upah.
Berbuat baiklah, tapi jangan mengaku baik.
Berjuanglah, tapi jangan mengaku wira.
Berhikmahlah di dalam berjuang,
Terutama dalam berdakwah.
Moga kebenaran terserlah,
Mudah-mudahan, di redhai Allah.."

~ Al-Marhum Ustaz Mohd Fadli Yusof ~

Al-Fatihah
-2250

Syukur alhamdulillah, semalam di malam hari, Allah kurniakan hidayah buat Saudara ShaShi. Seorang pemuda yang sentiasa m...
05/01/2026

Syukur alhamdulillah, semalam di malam hari, Allah kurniakan hidayah buat Saudara ShaShi. Seorang pemuda yang sentiasa mencari kebenaran. Asbab bersahabat dengan para Muallaf kita, beliau melihat sendiri perubahan dari hari ke hari, kehidupan saudara baru kita yang bersungguh-sungguh mengamalkan Islam. Beliau mula jatuh hati pada agama Islam. Walau banyak ujian yang beliau hadapi, masalah kesihatan dan beberapa masalah yang lain, beliau tetap kuat dengan adanya dorongan dan sokongan dari umat Islam.

Semalam pada 4 Januari 2026, beliau melafazkan 2 kalimah Syahadah di dalam Van yang di sediakan oleh Pertubuhan Nur Kasih. Kerana lokasi berdekatan kurang sesuai di kawasan Chow Kit. Selesai Syahadah, baru kita bawanya ke sebuah Restoran yang sesuai, untuk berikan bimbingan ibadah.

Pada 1 Januari 2026 yang lalu, para Muallaf kita, adakan Majlis Doa selamat di sana (Jemputan Khas bersama As-Syahadah). Dalam jamuan bersama, beliau sempat hadir dan melihat umat Islam menyantuni para tetamu yang belum Islam (Termasuk dirinya). Subhanallah, di malam itulah, hatinya mula merasa kuat untuk memeluk Islam. Sebelum itu pernah beliau menyimpan hasrat ini, namun masih lagi mencari kebenaran dan mencari pembimbing.

Biiznillah, semalam adalah hari bersejarah buat dirinya. Alhamdulillah Allahuakbar! Beliau insan ke 2250 sepanjang Misi As-Syahadah berlangsung. (Jumlah Pengislaman selepas Al-Marhum Ustaz Mohd Fadli Yusof Kembali Kerahmatullah : Beliau adalah Insan ke 169). Segalanya dengan izin Allah.

Doakan, moga Allah kukuhkan imannya dan menjadi asbab hidayah buat yang lain. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin. 🤲🏻💚🤍🖤

-2250
☝🏻

05/01/2026

Alhamdulillah, Allahuakbar! Telah Islam saudara ShaShi di Chow Kit Kuala Lumpur. Subhanallah, berkat doa sahabat semua, Allah permudahkan segalanya. Hasil dakwah bersama, di malam 1 Januari, Misi Dakwah lalu, Allah kurniakan hidayah buatnya. Mudah-mudahan Allah kukuhkan imannya & menjadi asbab hidayah buat yang lain.
-2250

Pesan Guruku..Untuk DiriKu yang Lupa..
04/01/2026

Pesan Guruku..
Untuk DiriKu yang Lupa..

" Misi kita ialah membina insan. Manusia mungkin mampu untuk membina masjid, tapi agak payah untuk membina insan. Kita b...
25/12/2025

" Misi kita ialah membina insan. Manusia mungkin mampu untuk membina masjid, tapi agak payah untuk membina insan. Kita boleh lihat masjid yang besar, tapi yang berada di dalamnya sedikit sahaja."

• Al-Marhum Ustaz Mohd Fadli Yusof •

Address

Keningau
Keningau

Telephone

+60168392421

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when As-Syahadah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to As-Syahadah:

Share