25/07/2025
Seorang jururawat wanita maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Patikang, simpang masuk Patikang Ulu, Keningau, petang tadi.
Dalam kejadian jam 4.10 petang itu, mangsa, Hilen Tingu, 47, yang bertugas di Hospital Keningau, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas Perodua Axia dipandunya dilanggar di bahagian kanan oleh kenderaan jenis Toyota Land Cruiser.