Masjid Kg Payoh Kijal Kemaman

Call

Masjid Kg Payoh Kijal Kemaman Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ini adalah laman rasmi facebook Masjid Kg Payoh.Setiap aktiviti

Gotong-Royong Tanam Sawit Masjid Kg Payoh.Alhamdulillah, harini gotong royong untuk memasang pagar dan menanam anak sawi...
25/08/2026

Gotong-Royong Tanam Sawit Masjid Kg Payoh.

Alhamdulillah, harini gotong royong untuk memasang pagar dan menanam anak sawit bagi ekonomi Masjid Kg Payoh Kijal Kemaman telah berlangsung.
Terima kasih kepada warga qariah Kg Payoh, Kg Bukit Teruna dan Kg Bujal yang hadir bagi melaksanakan aktiviti amal jariah ini. Turut hadir Tuan Hj Zakaria Che Soh ( Ahli Majlis Perbandaran Kemaman ) menyertai program ini.

Update progress:

Pemasangan Pagar: 100%โœ…
Tanam sawit: 25%โœ…

In Shaa Allah, Jumaat ini akan bersambung kerja2 menanam anak sawit yang masih berbaki 75%. Jom pakat hadir menanam saham pahala๐Ÿ’š

*Untuk makluman, segala kos pembelian anak sawit, pagar dan kerja2 penyediaan tapak adalah melalui hasil infaq daripada anda semua๐Ÿฅฐ

๐Ÿ•Œ PERSIAPAN GOTONG-ROYONG MASJID KAMPUNG PAYOH ๐ŸŒฟAlhamdulillah, persiapan awal untuk gotong-royong Masjid Kampung Payoh s...
24/08/2026

๐Ÿ•Œ PERSIAPAN GOTONG-ROYONG MASJID KAMPUNG PAYOH ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, persiapan awal untuk gotong-royong Masjid Kampung Payoh sedang giat dijalankan.

Kayu-kayu untuk kerja-kerja pembaikan dan persiapan kawasan masjid telah mula dikumpulkan. ๐Ÿ’ช๐ŸŒณ

๐Ÿ“ข Esok kita gotong-royong bersama!

Mohon kerjasama seluruh ahli qariah Masjid Kampung Payoh untuk hadir beramai-ramai bagi membantu membersihkan, mencantikkan dan menyediakan kawasan masjid.

๐Ÿค Bersatu kita jayakan.
๐Ÿ•Œ Masjid milik kita bersama.
โค๏ธ Khidmat kita, manfaat untuk semua.

Insya-Allah, setiap tenaga dan usaha yang dicurahkan untuk masjid menjadi amal jariah.

Jom turun padang esok! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ข HEBAHAN AWAL KEPADA SELURUH QARIAH MASJID KAMPUNG PAYOHAssalamualaikum w.b.t.Insya-Allah, pihak ADTEC JTM Kampus Kemam...
24/08/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN AWAL KEPADA SELURUH QARIAH MASJID KAMPUNG PAYOH

Assalamualaikum w.b.t.

Insya-Allah, pihak ADTEC JTM Kampus Kemaman akan mengadakan satu program khas bersama komuniti Kampung Payoh dan kampung sekitar, khususnya kepada warga emas berumur 50 tahun ke atas.

๐Ÿ” PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SIBER, PANCINGAN DATA (PHISHING) & STRATEGI PENIPUAN (SCAM) TERKINI

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang ancaman penipuan siber, scam, phishing serta langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan.

๐Ÿ“… Tarikh: 7 September 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 8.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Serbaguna Masjid Kampung Payoh
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Warga emas 50 tahun ke atas
๐Ÿ‘ฎ Penceramah: Wakil Polis IPD Kemaman

๐ŸŽ 50 peserta terawal akan menerima hamper percuma daripada pihak penganjur.

Program ini sangat bermanfaat terutama kepada golongan ibu bapa dan warga emas yang sering menjadi sasaran penipuan telefon, WhatsApp, pautan palsu, akaun bank dan sebagainya.

๐Ÿ“ฃ Hebahan awal kepada seluruh qariah.
Mohon anak-anak dan ahli keluarga mengajak serta membawa ibu bapa, jiran dan warga emas untuk hadir bersama ke program ini.

Sama-sama kita tingkatkan ilmu dan kesedaran agar tidak mudah menjadi mangsa scam.

Insya-Allah, maklumat lanjut berkaitan program dan pendaftaran akan dimaklumkan kemudian.

Jom hadir beramai-ramai! ๐Ÿค

Masjid Kampung Payoh

๐ŸŒฟ ZIARAH AHLI KHAIRAT MASJID ๐ŸŒฟ๐Ÿ“… 18 Ogos 2026Alhamdulillah, pihak Masjid berkesempatan menziarahi beberapa ahli khairat s...
18/08/2026

๐ŸŒฟ ZIARAH AHLI KHAIRAT MASJID ๐ŸŒฟ
๐Ÿ“… 18 Ogos 2026

Alhamdulillah, pihak Masjid berkesempatan menziarahi beberapa ahli khairat sebagai tanda prihatin dan mengeratkan ukhuwah sesama jemaah.

๐Ÿ  Pok Mansor โ€“ baru sahaja keluar dari wad dan sedang berehat di rumah.
๐Ÿ  Ayub โ€“ baru sahaja keluar dari wad dan sedang menjalani proses pemulihan di rumah.
๐ŸŽ“ Maisara โ€“ menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma.
๐ŸŽ“ Nur Shamimi Zaidi โ€“ menyambung pengajian ke peringkat Diploma.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan kesembuhan sepenuhnya kepada Pok Mansor dan Ayub. ๐Ÿคฒ

Buat Maisara dan Nur Shamimi Zaidi, semoga dipermudahkan segala urusan pengajian, diberikan kejayaan serta ilmu yang bermanfaat. ๐ŸŽ“โœจ

Semoga ziarah ini terus menjadi jambatan ukhuwah, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan ahli khairat dan jemaah masjid.

โ€œZiarah membawa kasih, ukhuwah membawa keberkatan.โ€ โค๏ธ

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•ŒJ O Mใ€ฐใ€ฐใ€ฐKULIAH MAGHRIB BERSAMAALFADHIL UST ZULKIFLI AHMAD_( Penceramah bebas)_โ–ชโ–ชโ–ชโ–ชโ–ชโ–ชโ–ชโ–ชSABTU_MALAM INI_01...
01/08/2026

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–

๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ

J O M
ใ€ฐใ€ฐใ€ฐ

KULIAH MAGHRIB BERSAMA

ALFADHIL UST ZULKIFLI AHMAD
_( Penceramah bebas)_

โ–ชโ–ชโ–ชโ–ชโ–ชโ–ชโ–ชโ–ช

SABTU_MALAM INI
_01-08-2026_

๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

_MASJID KG PAYOH KIJAL KEMAMAN_

๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ธ

_Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir Beramai-ramai Mengimarahkan Ramadhan Al Mubarak Yang Mulia Ini._

รทรทรทรท SEBARKAN รทรทรทรท

ALHAMDULILLAH ZIARAH AHLI KHAIRAT PETANG SEMALAM1. Ahli Khairat No. 280 โ€“ Sdr. Roslan    Telah dimasukkan ke wad selama ...
18/07/2026

ALHAMDULILLAH ZIARAH AHLI KHAIRAT PETANG SEMALAM

1. Ahli Khairat No. 280 โ€“ Sdr. Roslan
Telah dimasukkan ke wad selama 5 hari kerana masalah jantung.
2. Ahli Khairat No. 134 โ€“ Anak Sdr. Mazri Juhari (Adik Iman)
Yang terlibat dalam kemalangan beberapa hari yang lalu dan mengalami patah di bahagian atas buku lali.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan buat mereka. Aamiin.

Admin
18/07/2026

27/05/2026

Alhamdulillah selesai sudah Program Korban Perdana Masjid Kg Payoh bagi tahun 1447H/2026.

Jutaan terima kasih kepada semua peserta korban, ahli jawatankuasa, petugas serta para dermawan yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala pengorbanan, tenaga dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga ukhuwah terus terjalin dan kita dipertemukan lagi pada ibadah korban akan datang. ๐Ÿคฒ๐Ÿ„






Admin
27/05/2026

Alhamdulillah selesai sudah Program Korban Perdana Masjid Kg Payoh bagi tahun 1447H/2026.Jutaan terima kasih kepada semu...
27/05/2026

Alhamdulillah selesai sudah Program Korban Perdana Masjid Kg Payoh bagi tahun 1447H/2026.

Jutaan terima kasih kepada semua peserta korban, ahli jawatankuasa, petugas serta para dermawan yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala pengorbanan, tenaga dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga ukhuwah terus terjalin dan kita dipertemukan lagi pada ibadah korban akan datang. ๐Ÿคฒ๐Ÿ„






Admin
27/05/2026

Alhamdulillah, selesai ziarah kebajikan pihak masjid ke rumah Poksu Hasan yang telah mengalami kemalangan pada bulan Ram...
15/05/2026

Alhamdulillah, selesai ziarah kebajikan pihak masjid ke rumah Poksu Hasan yang telah mengalami kemalangan pada bulan Ramadhan tempoh hari. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga. ๐Ÿคฒ

Turut diadakan ziarah ke rumah waris khairat masjid yang telah kehilangan ayah tercinta beberapa minggu yang lalu. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. ๐Ÿค

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ziarah kebajikan ini. Semoga ukhuwah dan sifat prihatin sesama masyarakat terus mekar dalam jiwa kita semua.

ADMIN
15/05/2026

๐Ÿšง Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan tempat letak motosikal muslimat kini sedang dalam progress.Jutaan terima kasih di...
12/05/2026

๐Ÿšง Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan tempat letak motosikal muslimat kini sedang dalam progress.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua para dermawan yang telah menyumbang dan membantu menjayakan usaha murni ini. Semoga setiap sumbangan dan kebaikan yang diberikan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒโœจ

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembinaan ini.





admin
12/05/2026

Address

Kemaman
24100

Telephone

+60143755213

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kg Payoh Kijal Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share