PERTUBUHAN HESA KEDAH OFFICIAL

PERTUBUHAN HESA KEDAH OFFICIAL Ikuti perjalanan program2 pendidikan khusus buat sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Kedah.

Pertubuhan HESA Kedah sebuah pertubuhan NGO pendidikan, yang menaungi 87buah sekolah dan 37 buah pondok di Kedah khususnya.

๐Ÿ“ LAWATAN KERJA RASMIYB Ts. Dr. Mohd Suffian bin YusoffPengerusi Lajnah Pendidikan & Pengajian Tinggi PAS Kedah merangka...
10/06/2026

๐Ÿ“ LAWATAN KERJA RASMI

YB Ts. Dr. Mohd Suffian bin Yusoff
Pengerusi Lajnah Pendidikan & Pengajian Tinggi PAS Kedah merangkap Penasihat HESA Kedah

telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Pentadbiran Pendidikan PAS Kedah (KPPPK) bagi meninjau perkembangan semasa serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan pengurusan dan pembangunan pendidikan di bawah seliaan KPPPK.

๐Ÿ—“ 10 Jun 2026 (Rabu)
๐Ÿ•’ 3.00 Petang
๐Ÿ“ Kompleks Pentadbiran Pendidikan PAS Kedah (KPPPK), Guar Chempedak, Kedah

Lawatan ini turut menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara pihak-pihak berkepentingan serta membincangkan pelbagai usaha dan inisiatif ke arah memperkasakan pendidikan Islam, pengajian tinggi dan pembangunan modal insan di Negeri Kedah.

Semoga pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwwah dan komitmen ini menjadi pemangkin kepada kejayaan pelbagai agenda pendidikan, sekali gus melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. ๐Ÿค๐Ÿ“šโœจ

๐Ÿ“ 29 Mei 2026PERTUBUHAN HESA KEDAH OFFICIAL telah melakar satu lagi sejarah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (M...
10/06/2026

๐Ÿ“ 29 Mei 2026

PERTUBUHAN HESA KEDAH OFFICIAL telah melakar satu lagi sejarah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Rabitah Madaris Pakistan bagi memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ustaz Mohamad Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan HESA Kedah, bersama Dr. Atta' Ur Rahman, Setiausaha Agung Rabitah Madaris Pakistan.

Majlis bersejarah ini berlangsung di Jamiah Islamiah Tafheemul Al Quran, Malakand Road, Mardan, Pakistan, dan turut disaksikan oleh Dato' Ustaz Hj Ahmad Yahya, Pengerusi Pertubuhan HESA Kedah.

Melalui persefahaman ini, kedua-dua pihak akan menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai aspek pendidikan, termasuk pertukaran kepakaran, guru dan pelajar, di samping memperkukuhkan pembangunan pengajian Islam serta pendidikan Tahfiz al-Quran di peringkat antarabangsa.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan ummah yang lebih cemerlang, melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing di peringkat global. ๐Ÿค๐Ÿ“–โœจ

๐Ÿ“ 9 Jun 2026Alhamdulillah, Pertubuhan HESA Kedah berbesar hati menerima kunjungan daripada Yayasan Kedah Sejahtera (YKS)...
09/06/2026

๐Ÿ“ 9 Jun 2026

Alhamdulillah, Pertubuhan HESA Kedah berbesar hati menerima kunjungan daripada Yayasan Kedah Sejahtera (YKS) Kedah bagi mengadakan sesi perbincangan dan penyelarasan program-program strategik tahun 2026.

Pertemuan ini menjadi medan memperkukuh kerjasama dalam usaha memperkasa pendidikan, memantapkan kepimpinan serta membina sahsiah generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Moga setiap perancangan yang dirangka dipermudah oleh Allah SWT, diberkati segala urusannya, serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada agama, bangsa dan negara.

KerjasamaStrategik

09/06/2026

๐Ÿ“ 9 Jun 2026

Pertubuhan HESA Kedah berbesar hati menerima kunjungan daripada Yayasan Kedah Sejahtera (YKS) Kedah.

Pertemuan ini diisi dengan sesi perbincangan dan penyelarasan program-program strategik HESA dan YKS bagi tahun 2026, ke arah memperkasa pendidikan, memantapkan kepimpinan serta membina sahsiah generasi yang cemerlang.

Semoga segala perancangan yang dirangka dipermudah urusannya dan membawa manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat.

Persiapan TESUMA 2026Batu demi batu kami teroka, panas dan penat kami redah. Demi mencari gelanggang terbaik untuk  .Doa...
07/06/2026

Persiapan TESUMA 2026

Batu demi batu kami teroka, panas dan penat kami redah. Demi mencari gelanggang terbaik untuk .

Doakan urusan dipermudahkan. Insya-Allah, bakal lahir sebuah temasya yang bukan sahaja mencungkil juara di padang, bahkan membentuk sahsiah gemilang.

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ…
"Sukan Cemerlang, Sahsiah Gemilang"



thegreaterkedah less

07/06/2026

Batu lepas batu, padang lepas padang.

Misi hari ini: mencari medan terbaik untuk TESUMA 2026.

Doakan yang terbaik. ๐Ÿค๐Ÿ…

TG Baba Abu Bakar bin Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 31 Mei 2026 bersamaan 14 Zulhijjah 1447H.Ra...
01/06/2026

TG Baba Abu Bakar bin Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 31 Mei 2026 bersamaan 14 Zulhijjah 1447H.

Ramai yang pernah menumpang teduh di bawah kasih dan bimbingan Baba ketika di dunia. Moga di alam baqa, Baba sentiasa dinaungi limpahan rahmat, keampunan dan reda Allah SWT.

Jasamu terpahat dalam ingatan, nasihatmu kekal berbekas di hati, dan doamu terus mengalir dalam kehidupan anak-anak murid serta pencintamu.

Semoga Allah meluaskan kuburmu seluas pandangan mata, menerangi persemadianmu dengan cahaya iman, serta menghimpunkanmu bersama para solihin dan kekasih-kekasih-Nya.

ู„ู‡ ุงู„ูุงุชุญุฉ

31/05/2026
HEBAHAN PEMERGIAN TUAN GURU Majlis Guru Pondok HESA Kedahุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDengan penuh rasa d...
31/05/2026

HEBAHAN PEMERGIAN TUAN GURU

Majlis Guru Pondok HESA Kedah

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, pihak Persatuan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA Kedah) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ustaz Abu Bakar bin Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 31 Mei 2026 bersamaan 14 Zulhijjah 1447H.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat dunia pendidikan Islam, khususnya institusi pondok serta para pencinta ilmu.

Insya-Allah, jenazah akan dibawa pulang ke Madrasah beliau di Kampung Batu Besar, S*k untuk urusan pengkebumian.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

Al-Fatihah buat Allahyarham.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh.

Daripada: Majlis Guru Pondok HESA Kedah

Address

KOMPLEKS PENTADBIRAN HESA, PASTI & SRITI NEGERI KEDAH, Kampung Pondok Haji Majid, Guar Chempedak
Kedah Darul Aman
08800

Opening Hours

Monday 09:00 - 03:00
Tuesday 09:00 - 03:00
Wednesday 09:00 - 03:00
Thursday 09:00 - 03:00

Telephone

+60124740014

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERTUBUHAN HESA KEDAH OFFICIAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERTUBUHAN HESA KEDAH OFFICIAL:

Share