25/12/2024
β¨ Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kempen Sifar Jenayah di SMK Kuala Perlis!
π Penghargaan khas kepada pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia Perlis, terutama ASP Rosilawati, Pegawai Turus D11 Siasatan Jenayah Wanita dan Kanak-kanak IPK Perlis, atas kerjasama luar biasa memberikan sesi talk session kepada pelajar tentang jenis-jenis jenayah seksual, serta pameran kecil yang melibatkan senjata, dadah, dan kenderaan polis.
π Tidak lupa juga penghormatan tertinggi kepada Assoc. Prof. Dr. Nor'izah binti Ahmad, selaku penasihat program atas dorongan dan sokongan yang diberikan sepanjang menjayakan program ini.
π Terima kasih juga kepada Puan Norihan Bt Kassim, Pengetua SMK Kuala Perlis, kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan program ini dengan menyediakan tapak dewan.
π Kami turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atas tajaan barangan set tuala wanita yang menjadi suatu simbol sokongan terhadap usaha menjayakan Program Hormatiku
π€ Kami berharap anda semua akan terus memberikan sokongan kepada kempen-kempen kami yang akan datang. Bersama kita membina komuniti yang lebih selamat dan bebas jenayah!