JPKKP Kampung Jarak

JPKKP Kampung Jarak FB Rasmi JPKKP Kampung Jarak, DUN Bintong, Parlimen Kangar

09/04/2025

Komuniti Madani Bintong dengan kerjasama JPKKP Kg. Jarak, KRT Kg. Jarak serta Kelab Belia Perpaduan Bintong ingin menjemput seluruh penduduk serta komuniti berhampiran Kg. Jarak termasuklah Taman Jarak, Taman Seri Bintong Maju, Taman Bintong Pertama serta Taman Bintong Setia untuk hadir ke Program Jiwa Komuniti Madani: Sambutan Perayaan Aidilfitri 1446H seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2025
Hari: Ahad
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Tapak Aktiviti KRT Kg Jarak, Bintong.

Pelbagai juadah makanan disediakan termasuklah duit raya untuk kanak-kanak.

Semua lapisan masyarakat dijemput hadir.

Terima kasih






17/03/2025

KEMAS PERLIS PEDULI

Salam Nuzul Al-Quran
17 Ramadan 1446H✨

Ikhlas daripada,
Pengarah serta Seluruh Warga
KEMAS NEGERI PERLIS

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1446H
17/03/2025

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1446H



Dirgahayu TuankuSelamat menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Sembah Takzim dan Kasih Sayan...
30/12/2024

Dirgahayu Tuanku

Selamat menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.

Sembah Takzim dan Kasih Sayang daripada Pengerusi serta AJK JPKKP Kampung Jarak.

Permohonan rayuan  ke GIATMARA telah dibuka sejak 16 Disember 2024 lagi. Kepada mereka yang tidak mendapat panggilan bol...
25/12/2024

Permohonan rayuan ke GIATMARA telah dibuka sejak 16 Disember 2024 lagi. Kepada mereka yang tidak mendapat panggilan boleh membuat rayuan. Dan juga kepada yang tidak sempat membuat permohonan sebelum ini, bolehlah juga melayari laman web 👉 https://mohon.tvet.gov.my/
untuk mengetahui senarai kursus menarik yang ditawarkan.

Cepat! Cepat! mendaftar!.

Semoga kemahiran terus menjadi pilihan!

GIATMARA, Kemahiran Menjamin Kehidupan




25/12/2024

Bismillahirahmanirahim, pagi ini berlangsung aktiviti penyediaan tapak untuk Projek Pertanian serta Penternakan Itik JPKKP Kampung Jarak dibawah Geran Sejati Madani.

Penghargaan terima kasih diucapkan kepada PMX Dato' Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Madani serta Pejabat ICU Negeri Perlis yang menyalurkan geran ini kepada pihak kami.

Insya-Allah hasil projek ini akan meningkatkan sosio-ekonomi khususnya di dalam kawasan komuniti Kampung Jarak.




12 Ogos 2024 | Dewan Kampung Jarak Alhamdulillah telah berlangsung mesyuarat JPKKP Kampung Jarak Bil 2/2024 yang dipenge...
13/08/2024

12 Ogos 2024 | Dewan Kampung Jarak

Alhamdulillah telah berlangsung mesyuarat JPKKP Kampung Jarak Bil 2/2024 yang dipengerusikan oleh Encik Jaffari Bin Dahaman.

Mesyuarat membincangkan mengenai permohonan Geran Sejati Madani.

Kampung Jarak adalah sebuah kampung yang berpotensi dalam pembangunan ekonomi komuniti kerana terdapat pelbagai tarikkan yang ada di kampung ini.

Oleh itu, JPKKP Kampung Jarak turut menjemput anak-anak Kampung Jarak yang bergiat aktif dalam perniagaan pelbagai bidang untuk turut serta bersama JPKKP Kampung Jarak bagi menjayakan permohonan geran ini.

Antara projek yang dirancang adalah projek penanaman jagung serta sayur-sayuran, projek kolam ikan, projek sukan rekreasi berkayak, projek melawat sambil merawat, projek pembuatan kuih tradisional serta projek jahitan dan kraft tangan.

Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan kelulusannya demi meningkatkan ekonomi komuniti setempat sejajar dengan hasrat YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.







5 Ogos 2024 | Dewan Kampung Jarak Alhamdulillah telah berlangsung mesyuarat JPKKP Kampung Jarak Bil 1/2024 yang dipenger...
13/08/2024

5 Ogos 2024 | Dewan Kampung Jarak

Alhamdulillah telah berlangsung mesyuarat JPKKP Kampung Jarak Bil 1/2024 yang dipengerusikan oleh Encik Jaffari Bin Dahaman.

Mesyuarat turut bersetuju melantik Encik Shaiful Bin Sharif sebagai Bendahari JPKKP Kampung Jarak.

Turut dibincangkan adalah pembukaan akaun bank serta permohonan Geran KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat serta Geran Sejati Madani.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa JPKKP Kampung Jarak:

1. Encik Jaffari Bin Dahaman, Pengerusi
2. Encik Amar Bin Abd Jalil, Setiausaha
3. Encik Shaiful Bin Sharif, Bendahari
4. Puan Ainun Binti Abd Azib
5. Puan Nurhazirah Binti Ismail
6. Encik Ab Wahab Bin Mat Rashid
7. Puan Nor Azmina Binti Mansor
8. Encik Safarizaini Bin Semporna
9. Encik Mohd Shahiq Bin Rahim
10. Encik Mohd Humaimin Bin Mohd Nadzeri
11. Puan Harom Binti Din
12. Encik Hussain Bin Saad
13. Encik Azman Bin Abd Azib






Address

Dewan Kampung Jarak, Jalan Syed Saffi
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKKP Kampung Jarak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share