Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis

Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis, Charitable organisation, Kangar.

Banyak aktiviti sihat akan dijalankan sepanjang tahun..nilai-nilai murni yang diterapkan adalah mengeratkan silaturahim, kebajikan bersama, bakat² terpendam perlu diserlahkan..

“Jalinan Silaturahim Abadi”Di pagi Syawal yang penuh cahaya,Takbir bergema menyentuh jiwa,Kemaafan dipohon setulus rasa,...
29/03/2026

“Jalinan Silaturahim Abadi”

Di pagi Syawal yang penuh cahaya,
Takbir bergema menyentuh jiwa,
Kemaafan dipohon setulus rasa,
Mengikat hati sesama kita.

Dalam langkah yang sederhana ini,
Tersirat kasih yang tak terucap,
Tangan dihulur, hati dirapati,
Silaturahim kembali erat terikat.

Bukan sekadar kenangan dan seni,
Namun jiwa yang saling memahami,
Di bawah naungan satu nama dihargai,
Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis disatukan hati.

Walau berbeza jalan dan cerita,
Kita tetap satu dalam rasa,
Kerana ukhwah lebih berharga,
Daripada segala yang sementara.

Di Aidilfitri yang mulia ini,
Kita anyam kasih tanpa henti,
Agar silaturahim terus mekar mewangi,
Selamanya abadi, di hati nurani.

Sekalung tahniah 💐 diucapkan kepada JKKN & MOTAC dengan kejayaan yg cemerlang pada Pesta Angin Timur 2026 dan diucapkan ...
08/02/2026

Sekalung tahniah 💐 diucapkan kepada JKKN & MOTAC dengan kejayaan yg cemerlang pada Pesta Angin Timur 2026 dan diucapkan ribuan terima kasih diatas ruang dan peluang yg diberikan kepada KPSAPRPs menyertai PAT ini..semoga kerjasama dan peluang ini dilanjutkan pada PAT 2027..

18 Disember 2025..Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi..Selesai Sesi kunjung hormat kepada YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah ...
18/12/2025

18 Disember 2025..Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi..Selesai Sesi kunjung hormat kepada YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap Exco Pelancongan , Seni dan Budaya di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Menghadiri Mesyuarat Agung Penaja Gabungan Kelab-Kelab Peminat P.Ramlee Malaysia (GAPERMA) UPSI Tanjung Malim Perak..ser...
29/11/2025

Menghadiri Mesyuarat Agung Penaja Gabungan Kelab-Kelab Peminat P.Ramlee Malaysia (GAPERMA) UPSI Tanjung Malim Perak..seramai 5 orang perwakilan hadir..

KPSAPRPs telah mengiringi JKKN Perlis dalam 2 sesi ziarah penggiat seni negeri Perlis iaitu Encik Yusof bin Hamid & Enci...
19/11/2025

KPSAPRPs telah mengiringi JKKN Perlis dalam 2 sesi ziarah penggiat seni negeri Perlis iaitu Encik Yusof bin Hamid & Encik Ayob bersama Pengarah JKKN Perlis Tuan Shahrizal bin Abdan..

5 Pegawai Tertinggi Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis telah membuat Kunjungan Hormat kepada Pengarah Ja...
14/11/2025

5 Pegawai Tertinggi Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis telah membuat Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perlis Tuan Sharizal Abdan dan pegawai JKKN untuk membincang dan merancang aktiviti kelab utk tahun 2026..

04/11/2025

🎶✨ FIESTA UNITI @ MUZIUM KOTA KAYANG 2025 ✨🎶
📅 1 & 2 November 2025 (Sabtu & Ahad)
📍 Zon A, Muzium Kota Kayang, Perlis

---

🎤 PENCARIAN AKHIR SUARA KLASIK MENGUSIK JIWA (TAN SRI P. RAMLEE) 2025
📅 2 November 2025 (Ahad)
🕔 5.00 Petang
Anjuran: Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis (KPSAPPS)
dengan kerjasama Muzium Kota Kayang, Perlis

✨ Majlis turut diserikan oleh kehadiran
YBrs. Puan Siti Munirah binti Kasim,
Pengarah Muzium Kota Kayang Negeri Perlis.

---

🎬 AKTIVITI MENARIK DI TAPAK PAMERAN (1 & 2 NOVEMBER 2025):
✨ Pameran gambar aktiviti kelab & potret seniman agung Tan Sri P. Ramlee
🛍️ Jualan produk eksklusif:
• Bedak sejuk asli
• T-shirt rasmi Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis
• Buku “P. Ramlee Genius Seni Dunia Melayu”
🎁 Pelbagai cenderamata nostalgia menanti anda!

---

🏆 KEPUTUSAN PERTANDINGAN AKHIR SUARA KLASIK 2025:
🎖️ Juara & Vokal Terbaik: Norsaini
🎵 Jangan Tinggal Daku (Versi Wann) & Patah Hati (Versi Siti Nurhaliza)

🥈 Naib Juara: Masful Anuar
🎵 Jangan Tinggal Daku & Patah Hati

🥉 Tempat Ketiga & Persembahan Terbaik: Zabedah
🎵 Getaran Jiwa (Versi Wann) & Patah Hati (Versi Dato’ Siti Nurhaliza)

🎶 Peserta Lain:
🎤 Syukur – Dimana Kan Ku Cari Ganti, Sri Kedah
🎤 Paklong – Kata Dari Kalbu, Makan Sirih
🎤 Rosh*tah – Bunga Melor, Laksamana Mati Dibunuh

---

💰 HADIAH PERTANDINGAN:
🏆 Juara: RM500 + Sijil + Hamper
🥈 Naib Juara: RM300 + Sijil + Hamper
🥉 Tempat Ketiga: RM200 + Sijil + Hamper
🎖️ Tempat Ke-4 hingga Ke-6: RM50 + Sijil + Hamper

---

🎵 LIRIK LAGU RASMI KELAB PEMINAT SENIMAN AGUNG P. RAMLEE NEGERI PERLIS 🎶

Verse 1
Tunggu sekejap wahai sahabat,
Kami datang dengan semangat,
Warisan agung terus diangkat,
Nama P. Ramlee tetap hebat...

Chorus 1
Oh seniman agung pujaan bangsa,
Cintamu kekal sepanjang masa,
Dari Perlis datang suara cinta,
Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis tercinta.

Verse 2
Filem dan lagu jadi sejarah,
Setiap bait berjiwa indah,
Gelak dan tangis penuh makna,
Jadi pedoman untuk semua...

Bridge (perlahan & syahdu)
Walau zaman silih berganti,
Namamu tetap di sanubari,
Pramlee oh Pramlee,
Kau sinar seni sejati...

Chorus 2
Oh seniman agung, wira budaya,
Kau ukir senyum di jiwa merdeka,
Kami berjanji terus setia,
Menjaga warisan cinta.

Outro
Namamu harum sepanjang zaman,
Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis! 🎶

---

🎶 BARISAN JAWATANKUASA KELAB PEMINAT SENIMAN AGUNG P. RAMLEE NEGERI PERLIS (KPSAPPS) 🎶

👑 Presiden: YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Bahari
🤝 Timbalan Presiden: YBhg. Encik Roshidi bin Rahman
🎬 Naib Presiden: YBhg. Encik Chik Mat bin Long
🖋️ Setiausaha: YBhg. Puan Jayrosmi binti Jasni
📄 Pen. Setiausaha: YBhg. Puan Rochita binti Taharin
💰 Bendahari: YBhg. Puan Jasmawati binti Saad

👥 AJK:

YBhg. Encik Muhammad Umar bin Ponusamy

YBhg. Puan Bibi binti Baharum

YBhg. Puan Anita Azura binti Ahmad

YBhg. Encik Mohd Ramdhan bin Shaharuddin

YBhg. Encik Fairul Anuar bin Rosli

---

💬 PENDAFTARAN AHLI BAHARU DIBUKA!
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia,
terutama yang bermastautin di negeri Perlis.

📱 Sertai kami di pautan berikut:
👉 wasap.my/60175798374/JOINKELAB

---

❤️ Ayuh bersama kami menghidupkan semula nostalgia & keindahan seni Tan Sri P. Ramlee!
✨ Cintai warisan, junjung budaya, sebar kasih seni nusantara! ✨

---

📌

---

Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis dengan kerjasama Muzium Kota Kayang telah berjaya mengadakan Program ...
04/11/2025

Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis dengan kerjasama Muzium Kota Kayang telah berjaya mengadakan Program Pencarian Suara Klasik Mengusik Jiwa Tan Sri P.Ramlee 2025 di Fiesta Uniti @ Muzium Kota Kayang. Majlis yang gemilang ini telah diadakan pada 1 & 2 November 2025 di Muzium Kota Kayang..Terima kasih daun keladi Puan Munirah Pengarah Muzium Kota Kayang Perlis..jasamu dikenang..semoga ditahun hadapan ada lagi kerjasama dengan kelab..

Jemput datang beramai2 menyaksikan Pertandingan (Akhir) Pencarian Suara Klasik Mengusik Jiwa Tan Sri P.Ramlee 2025 anjur...
28/10/2025

Jemput datang beramai2 menyaksikan Pertandingan (Akhir) Pencarian Suara Klasik Mengusik Jiwa Tan Sri P.Ramlee 2025 anjuran Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis dgn kerjasama Muzium Kota Kayang pada 2 November 2025

05/10/2025
Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis dengan jayanya  telah berkolabrasi 2 acara sukan rakyat (Cari benda d...
05/10/2025

Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis dengan jayanya telah berkolabrasi 2 acara sukan rakyat (Cari benda dlam tepung & Lambung kasih) di dalam Sukan Bendang 2025 Parlimen Arau anjuran utama RISDA, MAPIM, UnimaPs dan rakan-rakan stategik di Kg Alor Setar, Pauh Perlis..

Address

Kangar

Telephone

+60174200592

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share