11/09/2026
🤝 MEMPERKUKUH JALINAN KOMUNITI MELALUI BORAK KOMUNITI SANTAI
KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PENDUDUK SAUJANA UTAMA (MPPSU) KE PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
Alhamdulillah, satu sesi Borak Komuniti Santai telah berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni antara Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama (MPPSU) bersama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Selangor serta pihak Nakhoda Bentara Training Centre.
📅 9 September 2026 (Rabu)
🕤 9:30 malam
📍 Nakhoda Bentara Training Centre
No. 1, Jalan Bidara 7, Saujana Utama
MPPSU diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Kamal Hj. Malik Pengerusi MPPSU bersama En. Wan Ismail Hashim, Pengerusi INFRA & KOMUNITI
MPP Saujana Utama. Turut hadir Pn. Irma Elis Nasaruddin Setiausaha MPPSU
Rombongan MPPSU telah disambut oleh Tuan Muhamad Kairur bin Abu Nasir, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Selangor, bersama pihak Pengurusan Nakhoda Bentara Training Centre dan tenaga pengajar.
💬 Borak Komuniti Santai bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mengenal pasti ruang kerjasama dalam memperkukuh pembangunan komuniti Saujana Utama.
Dalam suasana santai dan penuh kemesraan, pelbagai pandangan serta idea telah dikongsikan khususnya berkaitan pembangunan belia, aktiviti kemasyarakatan, sukan, seni mempertahankan diri dan penglibatan komuniti.
MPPSU sentiasa mengalu-alukan jalinan kerjasama bersama pertubuhan, persatuan, institusi dan komuniti setempat dalam usaha mewujudkan Saujana Utama yang lebih harmoni, aktif, selamat dan bersatu padu.
💪 Bersama kita bina komuniti.
🤝 Bersama kita perkukuh permuafakatan.
❤️ Bersama kita berkongsi kebaikan.
Santai Borak • Memperkasa Komuniti • Berkongsi Pandangan
BERKONGSI KEBAIKAN 🤝